Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan

13 Mac, 2012

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2011


Setelah lama menanti kahirnya tiba jua saat yang dinanti-nantikan iaitu keputusan SPM 2011. Harap semua calon bersedia untuk hari penting dalam sejarah hidup anda...AbuSakeena


----------------------------------------

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. 


Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.



Sekian, terima kasih

sumber : Portal KPM

07 Mac, 2012

Pelajar terbaik STPM Terengganu amal 4 petua


07/03/2012 6:46pm


BESUT — Seorang daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri Terengganu, Siti Aisyah Syahirah Azman dari Sekolah Menengah Agama Maarif di sini sentiasa mengamalkan empat perkara yang beliau anggap telah menentukan kejayaannya.
Anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini berkata, amalan yang dilakukan secara ikhlas setiap hari itu mempermudahkan beliau belajar dan mengulang kaji pelajaran sehinggalah mencapai kejayaan dalam semua mata pelajaran yang diambil.
"Saya selalu amalkan sembahyang sunat dhuha, sembahyang hajat, baca Al-Quran dan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis,” katanya ketika ditemui di sekolahnya selepas menerima keputusan STPM di sini hari ini.
Gadis berusia 19 tahun ini memperolehi ”A” dalam Pengajian Am, Usuluddin, Syariah dan Sejarah serta ”B ” dalam Bahasa Arab.
Siti Aisyah Syahirah, anak seorang ahli perniagaan dan ibunya seorang guru agama berkata, masanya tidak pernah dibiarkan berlalu dengan kosong tanpa kegiatan yang berfaedah yang sekurang-kurangnya dipenuhi dengan membaca Al-Quran.— BERNAMA
sumber : kosmo

01 Mac, 2012

Keputusan STPM diumumkan Rabu depan


KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu depan. 


Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.
Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM ResultNo.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh tersebut. 

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada tarikh yang sama pada jam 12 tengah hari di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor. 

Tahun lalu 50,602 calon menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumlah itu, 46,817 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,266 calon sekolah swasta dan 2,519 calon persendirian. - BERNAMA



Berita Harian

25 Disember, 2011

SMKDP kedua Terbaik Kelantan PMR 2011

AbuAqil aka Abu Sakeena

Ketika merayau-rayau di alam maya saya melawati blog akademik2. blogspot iaitu  blog sektor pendidikan akademik JPN Kelantan. Saya terbaca post terbarunya iaitu senarai 10 sekolah terbaik PMR 2011 peringkat negeri Kelantan yang baru diumumkan.

SMKDP berada di tempat kedua di belakang SM (Sains) TG. Muhd. Faris Petra yang juga muncul kedua terbaik keseluruhan SBP de belakang SM Sains Hulu Selangor yang mencatat GPS 1.00. SMKDP mencatat GPS 1.04 mengatasi seluruh sekolah Sains dan SMKA di Kelantan. Satu pencapaian yang sangat luar biasa. Kejayaan yang membanggakan semua warga SMKDP.

Berikut senarai lengkap sekolah yang mendapat pencapaian terbaik dalam PMR 2011 peringkat negeri Kelantan.

SM (Sains) TG. Muhd. Faris Petra ( 1.01)
SMK Dato Perdana Bachok (1.04)

SM (Sains)Machang (1.04)
SM (Sains) Pasir Puteh (1.05)
SMK Kubang Bemban, Pasir Mas (1.11)
SMK Naim Lil-Banat, Kota Bharu (1.12)
SMK Ahmad Maher, Kota Bharu (1.12)
SMK(A) Tok Bachok (1.15)
SMK Bachok (1.17)
Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu (1.18)


23 Disember, 2011

PMR SMK Dato' Perdana di Utusan Malaysia

AbuAqil aka AbuSakeena

Awal pagi ini saya menerima sms ' jangan lupa beli akhbar utusan Malaysia hari ini'. Saya tertanya-tanya juga kenapa?. Lepas subuh terus online dan membelek akhbar tersebut dan rupa-rupanya berita keputusan PMR SMK Dato' Perdana terdapat di dalamnya. Cuma berita tersebut kurang sempurna kerana tiada foto. 

85 pelajar SMK Dato' Perdana dapat 8A, 9A

BACHOK 22 Dis. - Seramai 110 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Perdana dekat sini, bersyukur selepas sekolah berkenaan mencatat kelulusan seratus peratus dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang diumumkan hari ini.

Pengetua sekolah berkenaan, Khatimas Mohamood berkata, keputusan cemerlang itu turut mengembirakan pelajar terbabit apabila 85 daripada mereka mendapat 8A dan 9A sekali gus membantu meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS) kepada 1.04 berbanding 1.21 tahun lalu

Menurutnya, pada tahun lalu hanya 36 daripada 107 calon yang menduduki peperiksaan itu memperoleh keputusan cemerlang 8A.

"Ini menunjukkan satu lonjakan yang drastik hasil kesungguhan guru mengajar tanpa mengira waktu dan kegigihan pelajar memusatkan tumpuan terhadap pembelajaran berfokuskan peperiksaan," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian slip peperiksaan PMR 2011 kepada pelajar sekolah itu hari ini.

Khatimas berkata, program seperti motivasi pelajar, membangunkan sahsiah, kem solat, amalan membaca surah Yasin dan pembelajaran di bilik darjah merupakan pendorong kepada kecemerlangan yang dicapai pada tahun ini. 

sumber

09 Ogos, 2011

Kerajaan umum bonus setengah bulan gaji

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

11 Jun, 2011

Kelantan Isytihar Cuti Peristiwa Esok Sempena Piala FA


KOTA BAHARU: Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa esok sempena perlawanan akhir Piala FA Kelantan bertemu Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Sabtu.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Aiseri Alias bagi menjaga keselamatan dan memberi peluang kepada penyokong-penyokong bola sepak negeri itu pulang dengan selesa dari menyaksikan perlawanan berprestij itu.

Katanya, kerajaan negeri mengambil inisiatif mengisytiharkan cuti esok kerana turut meraikan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong bola sepak negeri ini.

"Inilah kali ketiga berturut-turut Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa selepas kali pertama muncul naib johan Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 2009,dan johan bertemu Selangor pada tahun lepas," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dengan perisytiharan itu beliau berharap penyokong-penyokong bola sepak Kelantan dan rakyat negeri ini supaya pulang dengan selamat sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur dan tidak terlalu gopoh untuk pulang ke rumah masing-masing. - BERNAMA

06 Jun, 2011

Melaka : 5 Zon Larangan Merokok



 Satu tindakan bijak dan boleh dipuji oleh kerajaan negeri Melaka. Nampaknya golongan perokok pasti akan ‘kepanasan’ bila mengetahui berita ini. Semasa berada di masjid al-Alami, Ayeh Keroh baru-baru ini sempat minum air di restoran berdekatan. Di situ tertarik dengan memo yang ditampal dekat kaunter bayaran ‘maaf rokok tidak dijual di sini, anda berada dalam zon larangan merokok’. Begitulah ayatnya lebih kurang. Semoga langkah positif ini dapat ditiru oleh negeri-negeri lain terutama di bumi ‘Serambi Mekah’, bumi tercinta ini….AbuAqil aka AbuSakeena

-----------------------------

MELAKA: Berita buruk kepada perokok dan berita baik kepada mereka yang tidak merokok di Melaka. Ini kerana mulai 15 Jun ini, orang ramai dilarang menghisap rokok di lima kawasan awam di negeri itu termasuk tempat tumpuan pelancong seperti sekitar kota peninggalan penjajahan Portugis, A’Farmosa dan pesisiran Sungai Melaka. 

Ini berikutan penguatkuasaan pewartaan Zon Larangan Merokok di Bandar Warisan Dunia, yang terletak di Bandar Melaka, Melaka Raya, Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh dan pusat bandar Alor Gajah serta pusat bandar Jasin. Lima zon berkenaan membabitkan kawasan seluas 338 hektar, iaitu zon larangan merokok yang pertama di Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ketika mengumumkannya semalam, berkata penguatkuasaan larangan merokok di lima kawasan itu tidak termasuk di premis persendirian dan mereka yang didapati merokok boleh dikenakan kompaun minimum RM300.

02 April, 2011

Risau 'dibogelkan' Dalam Facebook


MANGSA (kiri) menunjukkan gambar lelaki yang didakwa mengugut untuk menyebarkan gambar bogelnya kepada Michael Chong di Kuala Lumpur semalam

Kepada pemilik akaun facebook yang gemar upload gambar-gambar peribadi terutama muslimah sila hati-hati. Dibimbangi gambar anda dimanipulasi seperti kes ini.....AbuAqilAdnan
--------------------------------
KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Fakulti Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan kini hidup dalam keadaan tertekan selepas menerima ugutan daripada seorang penggodam internet yang mahu menyebarkan gambar lucah menerusi teknik pertindihan (superimpose) dirinya.
Pelajar tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Devi, 20, menerima ugutan itu daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Rao dan mendakwa bekerja sebagai pereka laman web.
Devi memberitahu, dia menerima ugutan tersebut selepas mengesahkan permintaan lelaki berkenaan untuk menjadi rakan di laman sosial Facebook pada 24 Mac lepas.
Dia mendakwa, selepas itu lelaki berkenaan bertindak mengambil gambarnya yang ada di dalam album di laman sosial itu serta mencuri alamat akaun miliknya.
“Lelaki berkenaan juga menukar kata laluan akaun alamat laman carian Yahoo! milik saya hingga membolehkan dia mengakses dan menukar maklumat peribadi saya sesuka hati,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pengaduan Awam MCA di sini semalam.
Sumber KOSMO

'Wajib duduki ujian bahasa Arab'


Universiti Al-Azhar perkenal syarat baru sebelum layak terus pengajian 

KUALA LUMPUR: Pelajar yang ingin mengikuti bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir diwajibkan menduduki peperiksaan kelayakan bahasa Arab oleh universiti berkenaan, mulai tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata hasil peperiksaan itu, calon cemerlang akan terus ditawarkan tempat ke universiti berkenaan, manakala calon dengan pencapaian sederhana akan diminta mengikuti kelas Bahasa Arab selama tiga bulan di Pusat Bahasa Arab universiti itu sebelum ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian.

“Calon lemah pula akan diminta mengikuti kelas persediaan Bahasa Arab di Kolej (Maahad) Bahasa Arab Universiti Al-Azhar di Malaysia yang akan ditubuhkan dan kelas terbabit akan dikendalikan tenaga pengajar dari universiti berkenaan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini semalam. 

16 Mac, 2011

Keputusan SPM 2010 Diumumkan Pada 23 Mac ini

Keputusan SPM 2010 akan diumumkan pada 23 Mac ini sebagaimana yang dilaporkan oleh 
Nes Strait Times. 
------------

KUALA LUMPUR: The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination results will be out on March 23.Education director-general Datuk Abdul Ghafar Mahmud confirmed the date yesterday with the News Straits Times.

Between Nov 23 and Dec 20 last year, some 467,970 candidates sat the SPM examination at 3,594 centres nationwide.


There has been much speculation on various online channels such as blogs and social networking sites about the date the results will be released


sumber

26 Februari, 2011

Semoga Hijrahku Peroleh Keredaan


AbuAqil Adnan

Penghijrahan sememangnya tidak dapat dielakkan dalam kehidupan kita.  Sama ada berhijrah tempat tinggal, tempat kerja, jawatan dan yang pasti kita akan berdepan dengan hijrah ke alam baqa’ (abadi) satu masa nanti. Bila tiba saat tersebut maka ia tidak akan terlewat dan terawal walau sedetikpun…iaitulah maut.

Tarikh 27 hb Februari 2011 merupakan hari terakhir  berada di SMK Putri Saadong  sebelum akan memikul amanah sebagai pendidik di destinasi berikut di SMK Dato’ Perdana. Setulus hati dinyatakan bahawa perasaan suka, duka, gembira dan sedih silih berganti di hati ini. Gembira kerana akan berkhidmat di tempat baru yang jarak lebih dekat dari tempat tinggal, mendapat sasaran dakwah yang baru, akan mendidik anak bangsa yang terpilih.

Kebiasaannya insan akan peroleh semangat baru bila berada dalam suasana baru. Kualiti kerja biasanya akan menurun bila kita berada dalam suasana yang sama dalam masa yang lama. Mudah-mudahan hijrah ini akan meningkatkan lagi iman, takwa, ilmu, motivasi dan kualiti kerja diri ini. Paling penting semoga hijrah ini akan mendekatkan diri ini kepada Rabb Yang Maha Mengetahui.

Perasaan sedih tidak dapat dielakkan bila teringatkan akan meninggalkan sekolah yang menjadi tapak untuk mencipta kecemerlangan sebagai seorang pendidik. Di sinilah sebenarnya keupayaan diri ini terserlah bila diberi peluang mengajar subjek Bahasa Arab. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pentadbir kerana memberi peluang ini. Tiga tahun yang sungguh bermakna di SMKPS.

 Tempat jatuh lagikan dikenang….inikan pula tempat mencurahkan bakti, tempat suka-duka mendidik anak didik yang pelbagai kerenah dan perangai, tempat  gembira,tawa hilai bersama rakan-rakan seperjuangan yang mempunyai semangat kerjasama yang mantap.

Lebih menyedihkan bila mendapati ramai anak-anak didik yang kecewa, marah dengan penghijrahan ini. Maafkan ustaz… Maafkan ustaz… Maafkan ustaz… ustaz tiada pilihan. Hijrah ustaz bukan kerana benci,marah atau kecewa dengan anda. Anda semua hebat, budak baik dan mudah mendengar nasihat. Namun begitulah sunnatullah, peraturan Allah dalam kehidupan ini. Berdoalan agar Allah menggantikan dengan orang lain yang lebih baik dari ustaz…insya Allah.

Jangan bimbang…ustaz tetap membantu Bahasa Arab anda untuk menghadapi PMR nanti. Ustaz janji. Ustaz tidak akan lepas tangan begitu sahaja. Senyumlah..jangan bersedih. Kehidupan mesti diteruskan.

Seribu penghargaan dan terima kasih kepada pihak pentadbir yang memberi peluang untuk berbakti kepada SMKPS. Juga guru-guru,rakan seperjuangan yang bersama-sama mencipta suka dan duka, susah senang bersama sepanjang tiga tahun ini. Terima kasih juga kepada semua anak didik yang sudi menjadi anak didik ustaz,sudi mengamalkan ilmu, nasihat yang dikongsikan.

Hamba yang kerdil ini menyusun sepuluh jari memohon berbanyak-banyak kemaafan kepada  semua di atas segala kesalahan, kesilapan sama ada disedari atau tanpa disedari. Jangan simpan dendam dan benci di dalam hati. Maafkanlah diri ini…

Semoga penghijrahan ini mendapat reda Ilahi,reda sahabat-sahabat dan reda anak-anak didik semua. Doakan agar diri ini sentiasa dirahmati Allah, sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri.

 Ya Allah…Semoga hijrahku ini keranaMu ya Rabb.

17 Februari, 2011

Keputusan STPM Keluar Isnin 21 Feb


PETALING JAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2010 akan diumumkan Isnin ini (21 Feb).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Majlis Peperiksaan Malaysia, calon-calon boleh memperolehi keputusan mereka di sekolah masing-masing dari tengah hari pada hari berkenaan manakala calon-calon persendirian pula akan menerima keputusan mereka melalui pos.
Calon-calon juga boleh memeriksa keputusan mereka melalui khidmat SMS dengan menaip STPM (jarak) diikuti dengan no kad pengenalan dan hantar ke 36363 atau dengan menaip KEPUTUSAN STPM (jarak) diikuti dengan no kad pengenalan dan hantar ke 15888.
Mereka juga boleh memeriksa keputusan masing-masing dengan melayari http://www.mpm.edu.my bermula dari Isnin tengah hari.
Sejumlah 53,674 calon telah menduduki peperiksaan itu tahun lalu.

16 Februari, 2011

Anugerah Maulidul Rasul : Pelajar Cina Tunggal peroleh A B. Arab PMR 2010



Wee Soo Yen  ( kiri sekali) bersama penerima-penerima anugerah yang lain
Pelajar ini pernah diulas dalam artikel ini pada tahun lepas kerana keberanian pelajar cina ini mengambil subjek bahasa Arab dalam PMR yang lepas. Kecekalan dan kesungguhannya membuahkan hasil yang diluar jangkaan iaitu mendapat keputusan 9A termasuk kertas pendidikan Islam. Subhanallah…AbuAqil
--------------------

PUTRAJAYA: Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran dan mendapat tentangan daripada keluarga pada peringkat awal, Wee Soon Yen, 16 tetap mencabar dirinya untuk mempelajari Bahasa Arab memandangkan minatnya yang amat mendalam untuk memahirkan diri dalam bahasa asing.
Atas usaha gigih dan semangat kental, remaja ini berjaya membuktikan agama dan keturunan bukan penghalang untuk seseorang itu mempelajari bahasa Arab.

12 Februari, 2011

Hosni Mubarak Akhirnya Letak Jawatan


MESIR: Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman mengumumkan bahawa Hosni Mubarak telah melepaskan jawatannya sebagai presiden negara itu dan menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada pihak tentera.

Pengumuman yang dibuat oleh Omar itu disiarkan secara langsung dalam televisyen nasional lewat petang Jumaat (waktu Mesir).
Sebelum itu, para penunjuk perasaan telah bersorak gembira di jalan-jalan raya dan di Medan Tahrir iaitu pusat berkumpulnya rakyat Mesir sebaik sahaja berita mengenai perletakkan jawatan Hosni diumumkan.
"Mengambil kira segala kesukaran yang sedang dihadapi oleh negara kita, Presiden Mohammed Hosni Mubarak telah memutuskan untuk meletakkan jawatannya sebagai pemimpin negara dan menyerahkan tugas untuk mentadbir kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir," kata Suleiman di dalam pengumumannya itu.

04 Februari, 2011

Mesir terus bergolak


KAHERAH 3 Feb. – Keadaan di Mesir semakin meruncing dengan lima orang dilaporkan terbunuh, apabila penyokong Presiden Mesir, Hosni Mubarak melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan antikerajaan di Dataran Tahrir awal hari ini.

Tunjuk perasaan aman di negara ini sejak beberapa hari lalu bertukar ganas, sejak semalam apabila kira-kira 3,000 penyokong Mubarak yang dipercayai terdiri daripada polis berpakaian biasa 
menggempur penunjuk perasaan anti-kerajaan di Dataran Tahrir dan di beberapa bandar lain di Mesir.

Jumlah penyokong Mubarak ada yang menyatakan hampir 20,000 orang menaiki kuda dan unta bertindak memukul penunjuk perasaan anti-kerajaan dengan kayu dan besi dan sebahagian lagi melempar bom api ke arah penunjuk perasaan dari atas bangunan di Dataran Tahrir menyebabkan dua terkorban dan ramai yang lain cedera.

Angka korban terbaru hari ini akibat pertempuran yang menggegarkan tengah Kaherah dalam tempoh 24 jam lalu kini meningkat kepada tujuh orang dan sekurang-kurangnya 305 orang terbunuh sejak protes tercetus 25 Januari lalu dengan hampir 4,000 lagi cedera. Kejadian dilaporkan berlaku awal pagi apabila penyokong Mubarak dipercayai melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anti-kerajaan bagi menimbulkan ketakutan di kalangan penunjuk perasaan.

“Kesemua mereka terbunuh akibat tembakan termasuk seorang yang ditembak di kepala,” kata Dr. Mohammed Ismail di sebuah klinik sementara di Dataran Abdulmenem Riad, bersebelahan Dataran Tahrir.

Seorang lagi pakar perubatan yang merawat mereka yang cedera dalam pertempuran, Dr. Amr Bahaa sebelum itu melaporkan beliau menerima ramai penunjuk perasaan yang terkena tembakan.

“Kebanyakan mangsa tiba dalam tempoh tiga jam lalu, ramai dengan luka terkena tembakan,” katanya awal pagi ini, dengan menganggarkan jumlah yang cedera sejak semalam melebihi 1,000 orang.

Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang cedera akibat tembakan dari Jambatan Oktober, di mana penyokong Presiden Hosni Mubarak berhimpun.

Menteri Kesihatan, Ahmed Hosni Farid berkata, tiga orang terbunuh dan 639 lagi cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang Mubarak di tengah Kaherah.
Pertempuran itu meletus apabila penyokong Mubarak menggempur Dataran Tahrir petang semalam dipercayai dalam usaha untuk menamatkan protes yang menuntut peletakan jawatan Presiden itu.

Bunyi tembakan kedengaran dari semasa ke semasa mulai sekitar 4 pagi ini (10 pagi waktu Malaysia) dan berlarutan selama dua jam, manakala beberapa kereta kebal tentera yang ditempatkan di dataran tersebut kelihatan beralih dari kedudukan masing-masing tanpa meninggalkan kawasan itu.

“Pertempuran bermula pada 4 pagi. Anggota polis berpakaian awam melepaskan tembakan dari Jambatan Oktober,” kata seorang saksi di hospital Kasr El-Aini di mana banyak ambulans tiba. – Agensi

03 Februari, 2011

Pelajar cerita pengalaman cemas di Mesir


"Kami tidur dalam ketakutan dengan bertemankan pisau dan penyembur lada di sisi" kata dua sahabat baik yang merupakan penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Mansoura, Mesir.

Nazeera Mohd Nasir dan Nurul Shafiqah Mohd Tajudin, masing-masing 21 tahun ditemui Bernama selepas selamat tiba bersama tiga lagi pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10 malam tadi dengan menaiki penerbangan EK0342 Emirates dari Kaherah.

Nazeera berkata mereka dibelenggu perasaan cemas dan takut ekoran kawasan rumah sewa mereka di Mansoura agak tegang terutamanya ketika malam dengan bunyi tembakan dan cermin rumah dipecahkan.

21 Januari, 2011

Larang guru kerja Sabtu


KUALA LUMPUR: Pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara diminta tidak memaksa guru mereka bertugas pada Sabtu, selain patuh pada peraturan dikeluarkan kerajaan yang menetapkan hari berkenaan sebagai cuti buat kakitangan sekolah.

Sehubungan itu, guru yang tidak berpuas hati ditugaskan pengetua mereka untuk bekerja pada setiap Sabtu di sekolah masing-masing, diminta tampil membuat aduan bertulis kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya hak mereka untuk berehat pada hari itu dapat dibela.

 Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, masih ada pengetua atau guru besar sekolah yang tidak memahami peraturan serta ingkar dengan arahan kerajaan yang menetapkan Sabtu sebagai hari cuti berehat untuk semua guru.

09 Januari, 2011

7 kes buang bayi seminggu

Apa nak jadi dengan anak muda sekarang ini. Gejala ini menunjukkan zina berleluasa di kalangan remaja kita…amat-amat menggerunkan kalau-kalau Allah hantar bala bencana….abuaqil
---------------------------------

KUALA LUMPUR: Hanya dalam tempoh seminggu memasuki tahun baru, sudah tujuh kes pembuangan bayi dicatatkan di seluruh negara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Katanya, kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala terbabit daripada berlarutan.
“Kerajaan komited membanteras perbuatan membuang bayi yang kini menuntut tindakan segera.
Apabila kempen ini diperkenalkan, kita dapati jumlah kes berkurang dan tahun ini angkanya agak meningkat. Kita positif jumlahnya akan berkurangan apabila kesedaran bertambah.

“Justeru program pendidikan mengenai seks dan reproduktifperlu diterapkan kepada remaja pada peringkat sekolah rendah yang mengajar cara melindungi diri daripada menjadi mangsa,” katanya selepas melancarkan kempen Kami Prihatin di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini semalam.

Dalam tempoh 2004 sehingga tahun lalu, sebanyak 571 kes pembuangan bayi dilaporkan, termasuk 99 kes sepanjang tahun lalu dengan Selangor mencatat jumlah kes tertinggi sebanyak 147 kes diikuti Johor dengan 113 kes.

Shahrizat berkata, kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati kebanyakan remaja tidak memahami kesan serta risiko hubungan intim tanpa perkahwinan dan kementerian akan terus mendekati golongan itu menerusi kempen kesedaran.
Beliau berkata, kementeriannya akan menubuhkan jawatankuasa khas menyelaras dan melaksanakan Dasar Keluarga Negara (DKN) dan Pelan Tindakan Dasar Keluarga Negara (PTDKN) yang diluluskan kerajaan, Disember lalu bagi mengimbangi isu keluarga dalam pembangunan sosial, ekonomi dan perundangan di negara ini. 

07 Januari, 2011

Keputusan Wajib Lulus Sejarah Dalam SPM Muktamad

LABIS: Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi (gambar), Jumaat, menjelaskan, keputusan mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 adalah muktamad.
Menurut beliau, cuma yang belum diputuskan ialah bentuk kurikulum mata pelajaran tersebut yang akan digubal dan pendekatannya bagi memastikan ia benar-benar memberi impak berkesan bagi memastikan pelajar menghayati sejarah.
"Sebenarnya, keputusan wajib lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM adalah muktamad. Kita hanya menunggu hasil kajian daripada sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengkaji kurikulum Sejarah dan buku teks Sejarah sekolah menengah.
"Jawatankuasa ini sedang membuat kajian bagi memastikan kurikulum yang baru dan bakal digubal kelak benar-benar memberi impak yang berkesan untuk melahirkan generasi yang menghayati sejarah," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan guru-guru sekolah kebangsaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Tenang pada Jumaat.
Menurut beliau, laporan tersebut perlu diperjelaskan kerana ia boleh disalah ertikan seolah-olah kementerian akan berpatah balik dalam keputusannya untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah kepada pelajar yang mengambil peperiksaan SPM mulai 2013.
Beliau juga berkata, jawatankuasa khas yang ditubuhkan itu dianggotai oleh pakar sejarahwan dan pensyarah universiti yang pakar dalam bidang Sejarah.
Kementerian katanya, akan memperkenalkan Sijil Peperiksaan ulangan untuk mata pelajaran Sejarah kepada pelajar yang gagal dalam peperiksaan SPM mulai tahun 2013.
Langkah itu, katanya untuk membolehkan pelajar yang gagal mata pelajaran itu mengambil peperiksaan ulangan sebagaimana mata pelajaran Matematik dan Bahasa Malaysia untuk membolehkan mereka mendapat sijil SPM.
Related Posts with Thumbnails
 
Share