Memaparkan catatan dengan label PT3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PT3. Papar semua catatan

26 Jun, 2015

Latih Tubi PT3 : Semoga Allah Memberkati Masaku

AbuSakeena Aka AbuAqil

Pada tarikh 26 Jun 2015 pada pagi Jumaat bersamaan 9 Ramadan ku mulakan usaha menyiapkan latih tubi topikal dan koleksi soalan PT3.

Pohon doa-doa sahabat sekalian agar dipermudahkan semua urusan.

12 Jun, 2014

Modul Abu Sakeena PT3 : Nota Rujukan dan Latih Tubi


UPDATE : Telah siap (30 JUN 2014 ) akan dipos segera.
1 JULAI 2014 : Mula dipos seluruh negara...semoga Allah permudahkan.
Untuk tempahan sebuah buku RM25 termasuk pos laju (RM19-buku + rm6 -pos laju)
Tempahan lebih 20 buah dengan harga RM16 dengan pos percuma.
TERHAD

Update : Sehingga 14 Julai 2014 (dalam masa 2 minggu), sebanyak 1529 naskhah buku modul PT3 telah dijual dan dipos ke seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Segala Puji Bagi Allah. 

UPDATE : sehingga hari ini 24 OGOS 2014, Stok buku PT3 hanya berbaki 600 lebih naskhah daripada 5000 naskhah cetakan pertama. In Sya Allah akan diulang cetak dalam masa terdekat.

AbuAqil aka AbuSakeena

Segala puji bagi yang yang mempermudahkan semua urusan diri ini sepanjang dua minggu ini hingga buku khas untuk pelajar menengah rendah tingkatan 1, 2 dan 3 bakal berada di pasaran sebelum ramadan In Sya Allah.
Cuti pertengahan tahun dimanfaatkan mengadap laptop 6-8 jam sehari. Bukan senang untuk mengerah idea menterjemah kalimah arab kemudian menaipnya. Yang paling menyenakkan mata ialah meletakkan baris kalimah satu persatu. Allah sahaja yang tahu.

 Modul ini dikarang khas dalam bentuk buku nota rujukan dan latihan latih tubi untuk mempermudahkan pelajar Bahasa Arab seawal tingkatan satu lagi untuk memahami dan menguasai tajuk-tajuk qawaid seterusnya dapat mengikis tanggapan Bahasa Arab subjek yang susah.
 Tajuk-tajuk qawaid disusun mengikut buku teks tingkatan 1, 2 dan 3 yang mengandungi sebanyak 29 tajuk. Dijelaskan definisi, penerangan tajuk, peta minda dan diikuti dengan soalan latih tubi untuk pengukuhan.
Contoh nota rujukan
Sebagai persiapan pelajar menghadapi peperiksaan bertulis PT3 untuk pelajar tingkatan 3, dimasukkan tips dan teknik untuk menjawab soalan pemahaman, ungkapan situasi, bina ayat, susun kalimah dan teknik mengarang insyak serta 10 contoh karangan dengan terjemahan.
 
setiap tajuk qawaid disertakan minima 10 soalan untuk pengukuhan
Disediakan juga 3 set soalan ramalan PT3 untuk pelajar membiasakan menjawab soalan mengikut fomat baru PT3. Skema jawapan disediakan terutama untuk rujukan guru.

Berikut senarai isi kandungan yang terdapat dalam Modul Abu Sakeena PT3 :

BAHAGIAN QAWAID (قسم القواعد)             
Perkataan & Jenisnya (الكلمات وأقسامها)                                                    
Kata Nama Lelaki & Perempuan (الاسم المذكر والمؤنث)                                         
Satu, Dua & Banyak (المفرد والمثنى والجمع)                                                   
Perubahan Kata Kerja Madhi (تصريف الفعل الماضي)                                         
Perubahan Kata Kerja Mudhari’ (تصريف الفعل المضارع)                                  
Perubahan Kata Kerja Amr (تصريف فعل الأمر)                                                       
Ism Bersambung Dengan Ganti Nama (الاسم يتصل بالضمير)                        
Jumlah Ismiyyah (الجملة الاسمية)                                                                     
Jumlah Fi’liyyah (الجملة الفعلية)                                                                       
Kata Nama Tunjuk (اسم الإشارة)                                                                       
Kata Sendi Nama (حروف الجر)                                                                                          
Kata Tanya (أدوات الاستفهام)                                                                                              
Bilangan (العدد والمعدود)                                                                                        
Bilangan Mengikut Tertib (العدد الترتيب)                                                   
Kata Nama Khas & Am (المعرفة والنكرة)                                                                        
Jenis-jenis Jama’ (الجمع وأنواعه)                                                                                       
Kata Kerja-Kata Kerja (الأفعال)                                                                                          
Subjek & Predikat (المبتدأ والخبر)                                                                      
Pelaku                (الفاعل)                                                                                                           
Maf’ul bih (المفعول به)                                                                                                             
Kata Hubung (الاسم الموصول)                                                                                             
Kata Sifat &  Kata Hubung (النعت والعطف)                                                              
Ayat Aktif & Pasif (الفعل المبني والمجهول)                                                                      
Zorf (الظروف)                                                                                                                               
Kata Nafi (أدوات النفي)                                                                                                            
Adawatul Nasab (أوات النصب)                                                                                          
Adawatul Jazam (أدوات الجزم)                                                                                           
Kana & Saudaranya (كان وأخواتها)                                                                    
Inna & Saudaranya (إن وأخواتها)                                                                                        
 TIPS & TEKNIK PEMAHAMAN (الفهم والاستفهام)                                                                                 
TIPS & TEKNIK UNGKAPAN SITUASI (العبارة)         
TIPS & TEKNIK BINA AYAT  (بناء الجملة)                     
TIPS & TEKNIK SUSUN PERKATAAN (ترتيب الكلمات)          
TIPS & TEKNIK PENULISAN KARANGAN  (كتابة الإنشاء)  
SOALAN RAMALAN PT3 SET 1          
SOALAN RAMALAN PT3 SET 2          
SOALAN RAMALAN PT3 SET 3          
SKEMA JAWAPAN  (نماذج الإجابة)                                                                                                                                             
Modul ini juga sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mula berjinak-jinak belajar asas bahasa Arab  kerana penerangan dalam Bahasa Melayu.
modul ini dijangka akan siap sepenuhnya  sebelum 1 Ramadan al-Mubarak, hanya tunggu untuk dicetak.

Untuk guru , pelajar atau ibubapa  yang berminat boleh buat tempahan awal dengan sms@ WhatsApp ke no 019- 959 5458 ( Ustaz Adnan Ishak) dengan memaklumkan nama, sekolah dan  jumlah buku yang dikehendaki. Cetakan adalah terhad. Buku akan dipos sebaik sahaja siap. Diutamakan kepada mereka yang membuat tempahan awal.

setinggi-tinggi  penghargaan kepada penempah pertama modul ketika modul masih dalam proses iaitu :
1- Ustazah Siti Zafirah Azmi
SMKA Tun Datu Mustapha, Papar Sabah
2- Ustazah Hafizah                       (70  buah)
SMK Seksyen 18, Shah Alam 
3- Ustazah Siti Ainshah              (4 buah)
SABK maahad yahyawiah
4- Ustaz Mohd faiz                       (48 buah)
SMK Sultan Yussuf Perak
5- Ustazah Aziun SMA Rantau     (5 buah) 
Negeri Sembilan
6- Ahmad Noor Zaimi                    (37 buah)
SMK Bandar Rinching
Selangor
7- SMA ad-Diniah Perak            (115 buah)


Modul setebal 184 muka surat aka dijual dengan harga :
~ RM16 dengan pos percuma sekiranya dibeli dengan jumlah lebih 20 buah.
~ harga yang sama tapi dengan kos pos laju ditanggung oleh pembeli sekiranya jumlah sedikit.

Harga tidak mahal kerana modul setebal itu untuk digunakan selama 3 tahun bermula tingkatan 1-3 sebagai nota rujukan dan buku kerja pelajar.
Doakan agar Allah mempermudahkan semua urusan selanjutnya.
الله المستعان

update 13/06/14

03 Jun, 2014

Dapatkan Instrumen Contoh Bahasa Arab PT3

AbuAqil aka AbuSakeena

Berita baik untuk semua guru dan pelajar. Anda boleh muat turun contoh soalan Bahasa Arab PT3 bagi persiapan menghadapi peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Klik link di bawah dan sila muat turun mengikut subjek yang dikehendaki :


BERITA BAIK!

Modul Abu Sakeena PT3 telah melepasi 65% untuk disiapkan, In Sya Allah akan siap dalam masa 2 minggu. boleh buat tempahan awal untuk mengelakkan 'sold out'.


31 Mei, 2014

Modul Bahasa Arab PT3 dalam pembikinan


AbuAqil aka AbuSakeena

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang membuka hati ini dan memberi ilham agar meneruskan usaha untuk membantu anak-anak pelajar mempelajari Bahasa al-Quran.

Bermula 30 Mei 2014 iaitu pada hari Jumaat dan selepas bacaan Surah al-Kahfi saya memulakan projek buku yang ketiga.

Buku ketiga ini ditulis berpandukan tajuk-tajuk qawaid di dalam buku teks bahasa Arab Tingkatan 1, 2 dan 3 agar buku ini akan diguna pakai oleh pelajar sepenuhnya untuk memahami dan menguasai Bahasa Arab seawal tingkatan satu lagi.

Doakan saya agar dipermudahkan semua urusan, diberi ilham dan ilmu bermanfaat, diberkati masa dan kesihatan yang sempurna untuk menyiapkan modul abu sakeena khas untuk pelajar menengah rendah. Buku ini sesuai dipakai oleh pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 sebagai persiapan untuk menghadapi PT3. In Sya Allah akan dapat membantu pelajar.

Sehingga hari kedua saya telah menyiapkan sebanyak 22 muka surat. In sya Allah sempat dicetak sebelum buka persekolahan penggal kedua nanti.

والله المستعان أعني ويسر لي أمري

27 Mei, 2014

Kembara Ilmu : Kembali ke MRSM Ulul Albab Untuk Ceramah PT3


AbuAqil aka AbuSakeena

Hujung minggu yang lepas, Sabtu 24 Mei 2014 saya kembali ke MRSM Ulul Albab, Besut Terengganu untuk berkongsi ilmu ceramah teknik PT3 serta perbengkelan untuk pelajar tingkatan 3. Bulan lepas bersama pelajar tingkatan 5. Tarikh tersebut asalnya akan berceramah teknik SPM di SMK Lembah Bidong, Setiu namun dibatalkan kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Saya mengesahkan jemputan ke Kota Putra sekali lagi kepada ustazah Nadiah dari MRSM Kota Putra.


Ceramah diadakan ditempat yang sama dengan dulu iaitu di dewan kuliah. Pelajar memenuhi ruang dewan kerana jumlah pelajar kalau tidak silap lebih 170 orang.Saya menyelitkan sedikit motivasi  kepentingan Bahasa Arab kepada para pelajar agar mereka sedar tanggung jawab mereka sebagai ahlil Quran. Semoga mereka mendapat semangat dan minat untuk mendalami ilmu bahasa al-Quran ini.


Ceramah diselang-seli dengan bengkel untuk mengelakkan pelajar boring dengan interaksi satu hala. Sesi pertama ceramah pada pukul 11.00 pagi hingga 1.00 petang. Slot ini sempat menghabiskan soalan 1 dan 2 iaitu bahagian Qawaid dan pemahaman. Alhamdulillah para pelajar memberi respon positif dan dapat menjawab soalan dengan baik melainkan beberapa soalan aras tinggi.

Sesi ceramah yang kedua disambung semula selepas makan tengahari dan solat iaitu pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang. Slot ini diadakan ceramah teknik diikuti dengan bengkel untuk soalan 3 ( Ibarah/ ucapan), soalan 4 (bina ayat berdasarkan rangkai kata), soalan 5 (susun kalimah) dan soalan 6 (insyak). Semua berjalan dengan baik dan lancar walaupun masa yang sangat singkat.

Kebanyakan pelajar menguasai tajuk qawaid dengan baik, mereka Cuma lemah bahagian bina ayat berdasarkan rangkai kata. Semoga perkongsian ini akan dapat membantu mereka dalam menjawab soalan PT3 bulan Oktober nanti.


Ustaz doakan anda agar kalian akan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan PT3 dan akan menjadi ahlil Quran yang cemerlang di dunia dan akhirat.

14 Mei, 2014

PT3 : Format Soalan Bahasa Arab


 AbuAqil aka AbuSakeena

Pasti para satizah dan pelajar  yang mengambil kertas Bahasa Arab tingkatan 3 berasa bimbang kerana masih belum ada kata putus daripada Pihak Lembaga tentang format soalan yang akan ditanya di dalam PT3 nanti.

Saya juga berasa sangat risau dengan perkara ini kerana guru bahasa Arab belum dipanggil diberi penerangan tentang soalan bahasa Arab PT3. Namun berdasarkan muzakarah dan maklumat daripada individu yang berautoriti kesimpulannya soalan boleh dikatakan 90% sama dengan format PMR sebelum ini, iaitu :

Soalan 1 : Kemahiran qawaid (20 markah). Tidak dapat dipastikan sama ada soalan diberi pilihan atau hanya satu soalan. *Kekal

Soalan 2 : Pemahaman (30 markah). Berbeza dengan sebelum ini dengan 2 soalan ( 20 markah + 10 markah) *Kekal dengan diubahsuai.

Soalan 3 : Bina ayat ungkapan berdasarkan situasi (10 Markah)* Kekal

Soalan 4 : Bina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang diberi (10 markah) *Kekal

Soalan 5 : susun kalimah menjadi ayat lengkap (10 markah). [ menggantikan bina ayat bergambar] * BARU

Soalan 6 : Mengarang insyak. (20 markah) *Kekal

Soalan baru hanyalah bahagian susun kalimah menjadi ayat lengkap. Mungkin nampak senang tapi agak sukar sekiranya pelajar tidak tahu makna kalimah.

Wallahu a’lam adakah info di atas benar 100%, sama-sama kita nantikan pengesahan daripada pihak bertanggung jawab.

In sya Allah kalau berkesempatan dan diberkati waktu saya akan cuba siapkan modul khas untuk peperiksaan PT3.



Related Posts with Thumbnails
 
Share