Memaparkan catatan dengan label infinity Downline. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label infinity Downline. Papar semua catatan
21 Mei, 2010
Halal Atau Haram : Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100
Pernahkah anda mendengar istilah ‘ infinity downline’ atau mendapat mesej yang ditulis ‘ login facebook dapat RM100.00?. apakah sebenarnya perkara ini?.adakah ia halal atau haram di sisi agama Islam?. Kita serah kepada ahlinya untuk mengulas iaitu pakar bab-bab ekonomi Islam iaitu Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Anda boleh melawati webnya untuk mengetahui perkembangan tentang tentang ekonomi Islam di www.zaharuddin.net.
Sila baca ulasan yang terperinci tentang system ini yang semakin berkembang biak di dunia internet.
Abuaqil adnan
------------------------------------
Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.





