Memaparkan catatan dengan label Guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Guru. Papar semua catatan
14 Jun, 2011
Buku “Hebatnya Cara Rasulullah SAW Mendidik” Mesti Dimiliki Oleh Guru
AbuAqil aka AbuSakeena
Entah kenapa petang tadi terbuka hati untuk membaca buku yang dihadiahkan oleh anak didik sempena sambutan hari guru yang lepas. Terima kasih kepada Nik Fatin Insyirah kerana menghadiahkan kepada ustaz buku ‘ Hebatnya cara Rasulullah saw mendidik’ Karya seorang guru yang bernama Razali Saaran yang sepatutnya dimiliki, dibaca serta dipraktikkan oleh seorang guru dalam P&P seharian.
Bila saya membaca buku ini baru saya sedar bahawa banyak kesilapan yang dilakukan dalam mendidik anak murid. Sungguh jauh berbeza dengan cara Rasulullah saw mendidik para sahabat sehingga melahirkan generasi terbaik yang tiada galang-gantinya. Semoga Allah mengampunkan diri ini.
Setelah lama mengajar dan mendidik terasa agak menurun motivasi dan kesungguhan dalam mentarbiah pelajar. Itulah kelemahan ketara yang ada pada seorang guru pada masa kini. Mereka hanyalah seorang pengajar iaitu mengajar ilmu semata-mata tanpa berkeinginan untuk menerap nila-nilai murni dan keagamaan dalam hati pelajarnya. Padahal mereka bersedia untuk menjadi menjadi sasaran dakwah yang boleh memanfaatkan ilmu yang dikongsikan.
Buku ini mengupas satu persatu teknik pengajaran yang digunakan oleh Nabi saw. Pengarang mengemukakan hadis-hadis nabi sebagai contoh serta menaytakan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh guru dalam mendidik pelajar. Hadis-hadis yang dimasukkan juga disebut perawi hadisnya. Cuma tidak dinyatakan status hadisnya bila riwayat bukan dari Imam al-Bukhari dan Muslim.
Saya menyeru kepada rakan pendidik agar memiliki dan menghayati isi kandungan buku ini untuk meniru cara pendidikan Nabi saw. Boleh jadi kita mendidik anak murid kita mengikut kehendak kita semata- mata yang kadang –kadang dikuasai oleh hawa nafsu.
Semoga Allah membimbing diri ini ke jalan yang diredaiNya setiap masa. Semoga semua pengajaranku selama ini akan menjadi amal soleh yang diterima di sisiNya kelak.
16 Mei, 2011
Sempena Hari Guru : jangan Jadi Lilin
Saifulislam.com
Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang lain!” itulah ungkapan ‘indah’ yang sering disebut orang kita.
Guru umpama lilin.
Kekasih umpama lilin.
Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi.
Simbol pengorbanan.
LIKU DAKWAH
Dakwah adalah jalan yang penuh liku. Dari ujian kesusahan, hinggalah kepada ujian kesenangan malah kejemuan. Dakwah adalah wasilah Tarbiyah yang ertinya pada seni membentuk manusia. Tatkala usaha itu bersabit dengan manusia, banyaklah sakitnya berurusan dengan manusia.
Semuanya ditempuh oleh pendakwah, demi matlamat Tarbiyah yang dijunjungnya, pada seni membentuk manusia.
21 Januari, 2011
Larang guru kerja Sabtu
KUALA LUMPUR: Pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara diminta tidak memaksa guru mereka bertugas pada Sabtu, selain patuh pada peraturan dikeluarkan kerajaan yang menetapkan hari berkenaan sebagai cuti buat kakitangan sekolah.
Sehubungan itu, guru yang tidak berpuas hati ditugaskan pengetua mereka untuk bekerja pada setiap Sabtu di sekolah masing-masing, diminta tampil membuat aduan bertulis kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya hak mereka untuk berehat pada hari itu dapat dibela.
08 November, 2010
21 Oktober, 2010
Ya Allah…Sukarnya Mendidik Agar Menjadi Insan Soleh
AbuAqil
Tiada perkara yang lebih menyedihkan, mengecewakan dan memeritkan daripada melihat anak-anak didik yang diajar, dibimbing, dinasihati dan diambil berat sekian lama terlibat dengan perkara yang dimurkai oleh Allah SWT. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui perasaan bila berdepan dengan situasi ini. Itulah perasaan seorang ‘Murabbi’. Seorang yang berusaha dengan segala kudrat yang ada untuk membimbing anak didik agar menjadi insan bertakwa dan soleh.
Entahlah di mana silap dengan generasi masa kini. Kecenderungan mereka untuk melakukan kemungkaran sangat mudah berbanding utntuk melaksanakan amal kebaikan. Apa yang kita suruh mereka abaikan dan apa yang kita larang, itulah yang mereka lakukan.
15 Oktober, 2010
Bantuan Khas RM500.00 Untuk Kakitangan Awam
Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan.
Ia akan dibayar pada bulan Disember bagi meringankan beban perbelanjaan persiapan persekolahan.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.
Selain itu, kerajaan juga menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000 sekarng, selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.
Selain itu, kerajaan juga menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000 sekarng, selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah.
"Bantuan ini juga akan dipanjangkan kepada pesara kerajaan," tambah beliau.
Kerajaan juga, katanya, perkhidmatan pegawai khidmat singkat akan tamat pada 31 Disember 2010, akan disambung setahun lagi.
Oleh itu, kementerian dan agensi tidak dibenarkan untuk menambah bilangan pegawai khidmat singkat baru.
Kerajaan juga, katanya, perkhidmatan pegawai khidmat singkat akan tamat pada 31 Disember 2010, akan disambung setahun lagi.
Oleh itu, kementerian dan agensi tidak dibenarkan untuk menambah bilangan pegawai khidmat singkat baru.
Najib juga mengumumkan penjawat awam wanita diberi pilihan untuk menentukan sendiri sama ada untuk mengambil cuti bersalin bergaji penuh sehingga 90 hari.
Sekarang ini, mereka menikmati 60 hari kecuali di Kelantan yang telah melaksankan tempoh cuti 90 hari berkenaan.
12 Oktober, 2010
Setelah Tiga Tahun Mendidik Kalian…
AbuAqil
Semalam merupakan kelas terakhir bagi tingkatan 3A 2010 setelah mendidik dan mengajar sejak anda mula-mula menjejak kaki ke di tingkatan satu. Pada hari Selasa nanti iaitu 12 Oktober 2010 anda semua akan menduduki peperiksaan kertas Bahasa Arab PMR dengan format baru.
Kelas yang terakhir agak mengecewakan kerana masih ramai yang tiba lewat ke kelas dan ramai yang tidak membawa bahan seperti yang dipesan untuk diulangkaji buat kali yang terakhir. Amat-amat menyedihkan.
Labels:
Guru,
info Bahasa Arab,
kehidupan dunia
19 Mei, 2010
Had 25 pelajar setiap kelas disokong
Jawatan pembantu perlu diwujud kurangkan beban guru untuk tumpu tugas mengajar
Jawatan pembantu juga pastinya akan meringankan tugas perkeranian yang terpaksa dilakukan oleh guru. Semoga perkara ini akan menjadi kenyataan.
--------------------------
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menyambut baik cadangan mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah sebagai antara langkah mengatasi beban tugas guru, tetapi menyifatkannya sebagai tidak realistik untuk dilaksanakan atas faktor kekangan kewangan.
Mereka juga berpendapat langkah berkenaan tidak akan dapat mengatasi sepenuhnya masalah utama yang sedang dihadapi itu selagi guru dibebani tugas bukan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, terutama kerja perkeranian.
18 Mei, 2010
Sambutan Hari Guru SMKPS 2010: Sederhana Tetapi Meriah
SMK Putri Saadong telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah pada 17 Mei 2010 sehari selepas tarikh sebenar hari guru. Sambutan tahun ini diadakan dengan serba sederhana tetapi tetap meriah.
Hujan turun renyai-renyai sejak awal pagi menyebabkan majlis terpaksa diadakan di dewan terbuka dan bermula agak lewat. Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu, bacaan doa, ucapan perutusan yang dibaca oleh pihak pentadbir dan diikuti oleh perasmian oleh tuan pengetua Tuan Hj Pi Remli bin Che Ishak. Kemudian para pendidik membaca ikrar dan diikuti dengan nyanyian lagu ‘Kami Guru Malaysia’.
14 Mei, 2010
Realiti Tugas Seorang Guru
Oleh : Abu Aqil Adnan bin Ishak
Tarikh 16 Mei setiap tahun ditetapkan sebagai sambutan Hari Guru setiap tahun. Sambutan Hari Guru disambut di peringkat kebangsaan hinggalah ke peringkat sekolah. Pelajar-pelajar yang mengenang jasa guru akan memberi hadiah, bekas pelajar yang masih mengingati gurunya akan menghantar sms ucapan hari guru walau pun semua itu tidaklah diharapkan oleh insan yang bergelar guru.
Sedar atau tidak sebenarnya tugas yang dilakukan oleh warga guru adalah tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru murid-muridnya ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ;
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang Islam.
07 Februari, 2010
Hati Seorang Guru Akan Terluka…
BISMILLAH…
Hati seorang guru akan terluka bila arahannya tidak diendahkan.
Hati seorang guru akan kecewa bila suruhannya diketepikan.
Hati seorang guru akan merana bila anak didiknya tidak dengar kata.
Hati seorang guru akan terguris bila niatnya untuk membantu anak didiknya tidak tercapai.
Kesabaran seorang guru akan goyah bila kerap kali nasihatnya dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Kesabaran seorang guru akan hilang bila acap kali teguran untuk kebaikan tidak dihiraukan.
Begitulah rutin perjuangan guru.
Hadirnya tidak dialu-alukan, tegurannya diketepikan, nasihatnya tidak dihiraukan, niat baiknya untuk mendidik dicabar sedemikian rupa.
Ya Allah…kurniakanlah kesabaran dan ketabahan kepada hambaMu yang lemah ini untuk meneruskan perjuangan mendidik saudara seagamaMu ke jalan yang Engkau Redai.
WALLAHU TA’ALA A’LAM.











