15 Oktober, 2010

Bantuan Khas RM500.00 Untuk Kakitangan Awam



Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan.


Ia akan dibayar pada bulan Disember bagi meringankan beban perbelanjaan persiapan persekolahan.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.

Selain itu, kerajaan juga menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000 sekarng, selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah.

"Bantuan ini juga akan dipanjangkan kepada pesara kerajaan," tambah beliau.

Kerajaan juga, katanya, perkhidmatan pegawai khidmat singkat akan tamat pada 31 Disember 2010, akan disambung setahun lagi.

Oleh itu, kementerian dan agensi tidak dibenarkan untuk menambah bilangan pegawai khidmat singkat baru.

Najib juga mengumumkan penjawat awam wanita diberi pilihan untuk menentukan sendiri sama ada untuk mengambil cuti bersalin bergaji penuh sehingga 90 hari.
Sekarang ini, mereka menikmati 60 hari kecuali di Kelantan yang telah melaksankan tempoh cuti 90 hari berkenaan.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share