![]() |
| Dr. Murad Willfried Hofmann |
Memaparkan catatan dengan label Mukjizat dan Karamah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mukjizat dan Karamah. Papar semua catatan
09 Disember, 2010
Dr Murad Hoffman Setiap hari baca al-Quran
Beliau mengenali Islam menerusi kalam Allah menyebabkan beliau sentiasa mendampingi al-Quran. Begitulah amalan kebiasaan muallaf ini. Bagaimana dengan kita yang sejak kecil menerima Islam?. Adakah kita juga membaca al-Quran setiap hari? Fikir-fikirkan...AbuAqil
-----------------------------
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Al-Quran adalah kitab yang penuh hikmah dan petunjuk untuk seluruh umat manusia. Ia juga adalah mukjizat yang dijamin terpelihara sehingga hari kiamat.
"Keajaibannya tidak pernah berakhir dan sangat sesuai untuk segala tempat dan waktu," demikian kata seorang bekas diplomat Jerman, Dr. Murad Willfried Hofmann.
23 September, 2010
Saintis buktikan Nabi Musa belah laut
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Labels:
Keagungan al-Quran,
Mukjizat dan Karamah
10 Jun, 2010
Kisah Batang Kurma Menangis
"Jabir bin Abdillah r.a berkata:
" Dahulu Nabi pada hari Jum'at berdiri di samping sebatang kayu kurma. lalu seorang wanita dari kalangan Ansar berkata : " Wahai Rasulullah, mahukah engkau kami buatkan mimbar ? "Beliau menjawab : "(Jika kamu sudi buatlah)" Lalu mereka membuatkannya.
Pada hari Jumaat tiba, beliau keluar menuju mimbar, maka berteriak kayu kurma itu seperti tangisan bayi. Lalu Nabi pun turun kemudian menyentuh kayu itu yang merintih seperti seorang anak kecil.
02 Jun, 2010
Kisah bulan terbelah dua
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
ainiza.kamsari@utusan.com.my
UMAT di zaman Rasulullah SAW dianggap sangat bertuah. Tidak sahaja mereka berpeluang bertemu dengan baginda namun yang lebih beruntungnya lagi dapat melihat sendiri segala kejadian-kejadian mukjizat yang Allah kurniakan kepada baginda.
Ini termasuklah kejadian bulan terbelah dua, antara yang benar-benar berlaku dalam usaha Nabi Muhammad untuk menyakinkan kebenaran dakwah baginda itu.
Jika kita menjadi pengikut baginda ketika itu, tentu segala kejadian mukjizat yang berlaku akan menambahkan lagi keimanan atau kepercayaan kepada Allah SWT.
Namun, perkara seperti ini sukar diterima oleh puak-puak kafir Quraisy. Mereka tetap dengan sikap degil mereka.
Walaupun peristiwa Israk dan Mikraj tidak ada sebarang kesangsian, dengan segala macam bukti dan keterangan daripada al-Quran namun kedegilan tetap makin menebal!
Malah mereka sendiri kadang kala meminta baginda tunjukkan bukti! Kononnya dengan bukti tersebut mereka akan menyerah kalah kepada kebenaran.
26 Mei, 2010
Nabi saw diracun di Khaibar : “Paha Kambing itu Memberitahuku”
Pernah dengar cerita Rasulullah saw diracun? Peristiwa ini berlaku pada tahun ke 7H di Khaibar untuk memerangi orang Yahudi. Kesan racun tersebut boleh dirasai oleh Rasulullah saw hingga akhir-akhir hayat baginda saw.
Dari Ibnu Syihâb, ia mengatakan, “Dahulu Jâbir radhiyallâhu'anhu menceritakan bahwa ada seorang wanita Yahudi dari penduduk Khaibar yang meracuni seekor kambing bakar. Kemudian menghadiahkannya kepada Rasulullâh ".
21 Februari, 2010
Suara Yang Diulangi Setiap Minit di Dunia ini
Maha Suci Allah yang Maha Mencipta. Ketahuilah bahawa Azan tidak terputus berkumandang di ‘globe’ bumi selama 24 jam. Mengikut penyelidikan yang dilakukan di sebuah Universiti di UAE, didalam bidang Matematik, menjelaskan bahawa ini merupakan keajaiban yang dijadikan oleh Maha Pencipta didalam memberi hak kepada ‘Suara Azan” sepanjang 24 jam setiap hari.
Penyelidiknya didalam kajian tersebut berkata : “ Sesungguhnya Azan yang memanggil orang Islam melakukan ibadat solat tidak pernah putus dari globe bumi setiap hari pada setiap putaran masa, dimana setelah Azan selesai berkumandang disesuatu kawasan, ia akan diteruskan berkumandang dikawasan yang lain !!”
Penyelidiknya didalam kajian tersebut berkata : “ Sesungguhnya Azan yang memanggil orang Islam melakukan ibadat solat tidak pernah putus dari globe bumi setiap hari pada setiap putaran masa, dimana setelah Azan selesai berkumandang disesuatu kawasan, ia akan diteruskan berkumandang dikawasan yang lain !!”










