Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan

20 Jun, 2013

Cara 'Setting' Nombor Arab di Microsoft Word 2007

AbuAqil aka AbuSakeena

Kepada sesiapa yang pernah menggunakan microsoft word 2007 akan menghadapi kesukaran untuk menaip nombor arab di dalam teks walaupun teks semuanya di taip dengan huruf arab kerana nombor akan muncul dalam bentuk tulisan rumi Tidak seperti word 2003 yang automatik muncul nombor arab.

Kali ini saya ingin berkongsi video tentang cara untuk setting nombor arab di microsoft word 2007. Sila ikuti video di bawah. Semoga bermanfaat untuk semua.


untuk lebih jelas sila lihat dengan 'full screen'



08 Mac, 2013

Video : Cara Berbakti kepada ibubapa selepas mereka meninggal dunia

AbuAqil aka AbuSakeena

Pagi Jumaat hari ini selepas bergotong-royong dengan anak-anak menceriakan halaman rumah saya diberi kekuatan oleh Allah untuk menyunting video ceramah agama iaitu kuliah Maulana Asri Yusof yang diikuti dua tiga hari yang lepas. Saya tertarik mengenai dengan huraian Maulana Asri Yusof mengenai cara membuat kebaikan kepada ibubapa yang telah kembali mengadap Allah.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana dipermudahkan untuk menyunting video ini dan semoga selepas ini akan diberi kekuatan untuk berkongsi ilmu melalui youtube sebagai usaha untuk menyebarkan ilmu Allah dan memperolehi redaNya. Semoga semua usaha yang sedikit ini akan menjadi asbab diri yang berdosa dan lemah ini dirahmati Allah di akhirat kelak.




01 Jun, 2012

Video Motivasi Pembakar Semangat

AbuAqil aka AbuSakeena

Sepanjang minggu lepas saya menyampai beberapa ceramah teknik menjawab Bahasa Arab untuk anak-anak didik sendiri sama ada untuk PMR dan SPM. Semalam pula saya dijemput untuk menyampaikan ceramah yang sama untuk pelajar SMI Aman yang diadakan di Redzwan Resort Melawi.

Saya mencari beberapa video motivasi di Youtube untuk dikongsikan bersama pelajar. Ada yang muzik menarik tetapi gambar tidak jelas dan sebaliknya. Akhirnya saya mendapat ilham untuk membikin video sendiri bertujuan untuk memotivasikan diri sendiri, anak-anak didik dan sesiapa sahaja yang mencari video untuk membakar semangat agar maju mencapai kejayaan.

Saya mula membuat video ini petang semalam dah sempurna pada pagi tadi. Dengan bantuan google image untuk memilih gambar yang sesuai saya memerah otak untuk menghasilkan kata-kata yang dapat membangkitkan semangat. Saya menggunakan software Ulead VideoStudio yang lebih canggih berbanding Movie Maker. Akhirnya terhasil juga video tersebut. 

Kepada sesiapa yang berdukacita dan dilanda kesedihan ekoran musibah yang menimpa digalakkan menonton video ini untuk membangkitkan semangat. Video ini akan saya uploadkan di youtube untuk dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja Insya Allah.

Segala puji bagi Allah yang mempermudahkan urusan…

05 Disember, 2011

Video Kenangan Khas Untuk Anak Didik BAT 2011

AbuAqil aka AbuSakeena

Video khas ini dipersembahkan untuk anak-anak didik BAT sebagai buah tangan dan kenangan daripada ustaz. Semoga bermanfaat untuk semua.


03 Jun, 2011

Video : Gelak Sampai Sakit Perut

Tadi semasa merayau kat alam maya tertengok satu video yang di'share' di forum agama popular http://al-fikrah.net/. Di sini ada dua video yang menyebabkan aku sakit perut melihat gelagat manusia yang ketakutan.

Video 1 : Seorang kawan yang buat lawak, bergurau datang ziarah kawan-kawannya dengan membawa 'teman' istimewanya. Video yang bertajuk " Seseorang yang masuk menemui kawan-kawannya dan bersamanya seekor singa"  telah disaksikan oleh lebih sejuta penonton.

Video 2 : Gurauan yang boleh membawa maut. Entah waras atau tidak orang yang melakukannya. Inilah yang dinamakan 'gurau biawak'. Video ini telah disaksikan oleh lebih 2 juta penonton. Video ini bertajuk " Gurauan Paling Buruk".


Saksikan !




31 Mei, 2011

Video Maut Ketika Sujud : Subhanallah...Husnul Khatimah

AbuAqil

Setiap hari kita mendengar berita kematian manusia sama ada orang yang kita kenali atau tidak. Begitulah bila ajal tiba maka tidak terlewat atau tercepat walau pun sedetik. Akan tiba nanti giliran kita pula mengambil berita kematian yang disampaikan untuk orang lain. Maut yang datang tanpa amaran pasti menemui kita. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan Allah SWT sekali-kali tidak akan menangguhkan kematian seseorang apabila telah datang ajal” (Al-Munafiqun: 11)


Sungguh bertuah lelaki di dalam video di bawah kerana dijemput maut pada hari jumaat dan dalam keadaan sujud setelah selesai solat di rumah Allah. Sungguh terharu melihat video ini. 


Entah bagaimana keadaan diri ini yang banyak melakukan dosa bila dijemput maut kelak. 


"Ya Allah aku menadah tangan memohon kepadaMu agar matikanlah aku dengan kesudahan yang baik dan berada dalam ketaatan kepadaMu aku berlindung dengan keagunganMu dari dimatikan dengan kesudahan yang buruk dan dalam keadaan durhaka kepadaMu."

30 Mei, 2011

al-Hamdulillah Siap Juga Video Terjemahan al-Quran

Telah lama tidak membikin video. Minggu lepas terdetik untuk membuat video tentang terjemahan al-Quran setelah mendengar bacaan al-Quran oleh Syeikh Fahd al-Kanderi yang di’share’ oleh seorang sahabat  di facebook. Bacaannya mampu menitiskan airmata bila diperhatikan isi kandungan ayat tersebut.

Pertama kali juga membikin video dengan menggunakan perisian corel video studio yang canggih tapi banyak memberi masalah namun alhamdulillah dapat juga disiapkan walaupun menghadapi pelbagai kesulitan. akhirnya terpaksa juga menggunakan movie maker untuk menyiapkannya.

Video ini merupakan video yang ketiga  telah diupload di youtube iaitu selepas video sambutan hari raya SMK Putri Saaadong dan video lirik lagu yang menginsafkan ‘ Cahaya Hati’ nyanyian Opick.

Semoga video terjemahan al-Quran ini akan bermanfaat kepada muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Saya amat mengharapkan semua ini  akan menjadi amal soleh bagi diri yang kerdil ini.  Ini sahaja sumbangan yang mampu dilakukan untuk agama yang dicintai sepenuh jiwaku.

Hayatilah video ini.


Related Posts with Thumbnails
 
Share