Memaparkan catatan dengan label Sabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sabah. Papar semua catatan

26 Ogos, 2013

Kembara Ilmu 2013 : ke SMK Agama Tun Said, Kota Belud, Sabah

AbuAqil aka AbuSakeena

Beberapa bulan yang lalu sahabat baik saya al-fadhil  ustaz Abdul Aziz Abdul Ghaffar menghubungi saya untuk menjemput  ke sekolahnya SMKA Tun Said, Kota Belud, Sabah atas tujuan untuk memantapkan Bahasa Arab SPM dan PMR. Tahun lepas telah ke Sabah dengan tujuan yang sama tapi atas tiket jemputan SPI, JPN Sabah. Saya tanpa beralasan menerima jemputan tersebut. 

Sesi perkenalan
Alhamdulillah jemputan untuk perkongsian ilmu bermanfaat saya tidak pernah menolaknya dan tidak tergamak untuk mengecewakan mereka yang ingin menuntut ilmu walaupun sebenarnya saya bukanlah orang yang layak. Ini ceramah teknik menjawab bahasa arab yang keempat bagi SPM selepas SMI Aman, SMKA Wataniah dan SMKA Melor pada bulan lepas dan yang kedua bagi PMR pada tahun ini.

Program yang telah lama ustaz Aziz rancang beberapa kali tertunda disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya diizinkan Allah jua pada 23 dan 24 Ogos 2013 yang lepas. Saya bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada pukul 4.05 minit petang dan tiba di KLIA sejam kemudian dengan penerbangan MAS. Disambut oleh anak saudara di sana yang bekerja di KLIA sebagai polis bantuan. Penerbangan ke Kota Kinabalu tertunda selama sejam menyebabkan saya tiba agak lewat iaitu pada pukul 10.00 malam setelah dua jam setengah dalam penerbangan.

Related Posts with Thumbnails
 
Share