Memaparkan catatan dengan label Syaaban. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syaaban. Papar semua catatan
27 Julai, 2010
Puasa Nisfu Syaaban Bidaah
Rasulullah berpuasa paling banyak dalam Syaaban selepas Ramadan. Apa maksud atau falsafah di sebalik perbuatan baginda ini?
SHUKRAN: Sememangnya daripada segi psikologi, kita mahukan yang terbaik dalam beribadat apabila masuk bulan Rejab, Syaaban hingga ke Ramadan. Sebab itu, kita ghairah beribadat.
Antara falsafah kenapa Nabi Muhammad SAW berpuasa sunat lebih dalam bulan Syaaban berbanding bulan lain adalah sebagai tanda perhambaan kita kepada Allah.
Setiap ibadat yang dilakukan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah yang menciptakan kita dan sekelian alam ini.
Selain itu, baginda juga mahu menggambarkan bahawa kita sedang memasuki satu fasa yang amat bererti dalam hidup iaitu Ramadan.
Cuma jangan pula kita berlebihan-lebihan dalam beribadat sehingga melebihi amalan baginda SAW.
Kita tidak nafikan kemampuan sesetengah orang berpuasa selama tiga bulan iaitu dari bulan Rejab, Syaaban hinggalah Ramadan.
24 Julai, 2010
Kesahihan Amalan Dan Fadilat, Malam Nisfu Syaaban
Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin ( Dr MAZA)
Anisah, Bangi.
Jawapan Dr MAZA: Saudari Anisah yang dikasihi, sikap saudari yang ingin memastikan ketepatan amalan amat dipuji. Agama ini bukan diikuti tanpa dipastikan kesahihan, atau diikuti tanpa faham. Agama berpaksikan dalil yang diiktiraf. Sesuatu yang tidak berasaskan sumber yang sah iaitu al-Quran dan hadis-hadis yang sabit (authentic) tidak boleh disandarkan kepada Islam. Dalam masa yang sama, tidaklah pula kita mudah menafikan sesuatu perkara dengan menyatakan ia bukan dari ajaran Islam, sebelum kita benar-benar pasti memang tidak wujud dalil dalam hal tersebut. Mengenai soalan saudari, saya jawab berdasarkan perkara-perkara berikut;
1. Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih.
15 Julai, 2010
Keutamaan Puasa Bulan Syaaban
Keutamaan Bulan Sya’ban
Dari Usamah bin Zaid, beliau berkata, “Katakanlah wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihatmu berpuasa selama sebulan dari bulan-bulannya selain di bulan Sya’ban”.
ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
“Bulan Sya’ban adalah bulan di mana manusia mulai lalai iaitu di antara bulan Rajab dan Ramadan. Bulan tersebut adalah bulan diangkat amalan-amalan kepada Allah, Rabb semesta alam. Oleh kerana itu, aku amat suka untuk berpuasa ketika amalanku diangkatkan.” ( al-Nasa’i. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan).





