Memaparkan catatan dengan label PMR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PMR. Papar semua catatan
04 Oktober, 2013
PMR : Insyak untuk tajuk internet / media massa moden
فوائد الأنترنيت / وسائل الإعلام
الحديثة
Faedah internet/ media massa
moden
لا شك ولا ريب أن ___________ آلة حديثة نافعة
ومفيدة ويلعب دورا هاما وضروريا في حياتنا في
Tidak syak dan tiada keraguan
sesungguhnya _____adalah peralatan moden yang bermanfaat dan berfaedah serta ia
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita pada masa kini
العصر الحاضر، ول________ فوائد كثيرة ووفيرة، من
بين فوائده نحن نحصل على المعلومات والأخبار
__________ mempunyai banyak faedah, di
antaranya kita memperoleh maklumat, berita
والأنباء وأحداث الساعة بسرعة ويسر وسهولة،
بالإضافة إلى ذلك بال_______ نستطيع أن نتصل بالناس
Dan peristiwa terkini dengan pantas
dan mudah, di samping itu juga kita dapat berkomunikasi dengan orang ramai
في أنحاء العالم بيسر وسهولة وبدون حد، ولذلك أحب
____________ حبا جما.
Di seluruh pelosok dunia dengan
mudah, senang dan tanpa sempadan. Oleh yang demikian saya sangat menyayangi
________
# masukkan tajuk pada ruang
kosong.
20 September, 2013
Kem Pemantapan Bahasa Arab PMR dan SPM 2013
AbuAqil aka AbuSakeena
Pada minggu lepas pihak Panitia
Bahasa Arab SMK Dato’ Perdana telah mengadakan satu program Pemantapan Bahasa Arab PMR dan SPM bertujuan
untuk memperkemaskan dan memantapkan ilmu teknik menjawab. Sasaran ialah pelajar
tingkatan 3 Aked dan 5 Ibnu Sina 2013. Mereka dihidangkan dengan ceramah teknik
menjawab beserta dengan perbengkelan soalan-soalan percubaan negeri lain.
Pemantapan PMR
Pada hari Jumaat lepas
bertarikh 13 September 2013, saya diberi peluang untuk berkongsi ilmu teknik
menjawab B Arab PMR yang melibatkan pelajar tingkatan 3 Aked seramai 32 orang
tapi seorang pelajar tidak hadir.
Saya bersyukur kerana diberi
peluang ini kerana dapat juga berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anak-anak
pelajar sekolah sendiri setelah berkongsi di beberapa sekolah lain iaitu SMK
badak, SMKA Tun Said, Sabah dan SMKA Igan, Sarawak. Alhamdulillah anak-anak
didik sendiri tidak diabaikan.
Dimulakan dengan ceramah
teknik menjawab pada slot 1 diselangi dengan bengkel menjawab soalan bermula
8.30 pagi hingga 10.00 pagi. Rehat sebentar dan disambung pula pukul 10.30
hingga 12.00 tengahari. Alhamdulillah kebanyakan pelajar telah dapat
menguasai asas-asas utama cuma mereka
masih lalai dan leka dalam menjawab soalan menyebabkan kehilangan markah walaupun
soalan yang senang.
Harapan ustaz agar semua
pelajar terus tekun berusaha dalam masa yang berbaki tidak banyak dan
memperbaiki kelemahan sebaik mungkin. Dengan harapan kesemua calon memperoleh A
dan mengekalkan rekod cemerlang SMK Dato Perdana bagi tahun ketiga
berturut-turut sejak 2011.
Tidak cukup dengan itu,
pihak panitia juga telah menjemput penceramah luar iaitu Ustazah Radziah binti
Mohamad dari SMK Jelawat untuk memantapkan lagi ilmu mereka. Ceramah dan
bengkel dengan penceramah ini diadakan pada 16 September 2013 bermula pukul
9.00 pagi hingga 12 tengahari. Semoga pelajar mendapat banyak input yang
bernilai daripada ceramah tersebut.
Pemantapan SPM
![]() |
| Para pelajar khusyuk mendengar ceramah |
Ceramah teknik B Arab SPM kertas 1 diadakan pada 18 September 2013 selama 2 jam bermula pukul 3.00 hingaa 5.00 petang. Saya mengambil kesempatan ini juga melibatkan pelajar tingkatan 4 Ibnu Sina sebagai perdedahan dan persiapan awal untuk SPM 2014.
![]() |
| Barisan anak didik 4 Ibnu Sina |
Mereka manfaatkan peluang
yang sukar diperolehi ini dengan mengemukakan macam-macam soalan yang
meragukan. Respon anak-anak didik 4 Ibnu Sina agak suram kerana mereka belum
belajar sukatan tingkatan 5. Tidak mengapa kerana ini hanya pendedahan awal
untuk mereka. Semoga dapat manfaat dari sudut teknik pemarkahan.
![]() |
| Menyampaikan cenderamata kepada al-Fadhil ustaz Abd Halim Brahim, penceramah jemputan |
Setinggi-tinggi penghargaan kepada al-Fadil Ustaz Abd Halim, Ustazah Radziah Mohamed, Ustazah Asiah Awang, ustazah Siti Haniza serta anak-anak didik yang memberi sumbangan sehingga program ini berjalan dengan lancar... جزاكم الله خير الجزاء
08 September, 2013
PMR : Soalan Percubaan B Arab Johor 2013
Sila klik link di bawah untuk muat turun soalan B Arab percubaan Johor 2013
soalan percubaan B Arab Johor 2013
Semoga bermanfaat untuk calon PMR
Kredit kepada al-Fadhil Ustaz Idhhar Jaafar
soalan percubaan B Arab Johor 2013
Semoga bermanfaat untuk calon PMR
Kredit kepada al-Fadhil Ustaz Idhhar Jaafar
05 September, 2013
PMR: Soalan Percubaan B Arab Kedah 2013
Sila klik link di bawah untuk muat turun soalan B Arab percubaan PMR negeri Kedah 2013
Soalan Percubaan B Arab Kedah 2013
Kredit kepada akhi al-Fadhil Ustaz Faiz
Soalan Percubaan B Arab Kedah 2013
Kredit kepada akhi al-Fadhil Ustaz Faiz
PMR: Soalan Percubaan B Arab SBP 2013
Berikut adalah link untuk soalan percubaan kertas B. Arab SBP 2013
Soalan Percubaan B Arab SBP 2013
Setinggi-tinggi penghargaan kepada al-Fadhil Ustaz Mohd Faiz bin Muhamad Jamaludin, SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak. جزاك الله خير الجزاء
Soalan Percubaan B Arab SBP 2013
Setinggi-tinggi penghargaan kepada al-Fadhil Ustaz Mohd Faiz bin Muhamad Jamaludin, SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak. جزاك الله خير الجزاء
04 September, 2013
PMR : Soalan Percubaan B. Arab Terengganu 2013
AbuAqil aka AbuSakeena
Tahun ini amat sukar untuk mengumpul soalan percubaan negeri-negeri kerana difahamkan soalan tidak diselaraskan di peringkat JPN termasuk Kelantan, soalan peperiksaan disediakan oleh pihak sekolah masing-masing.
Alhamdulillah negeri terengganu melangkah ke depan dengan tidak mengikuti negeri-negeri lain. Berikut link untuk anda muat turun soalan percubaan PMR kertas bahasa arab negeri Terengganu 2013. Semoga bermanfaat untuk semua calon.
Soalan percubaan b arab pmr terengganu 2013
kredit SMKA Durian Guling...جزاك الله خيرا
Tahun ini amat sukar untuk mengumpul soalan percubaan negeri-negeri kerana difahamkan soalan tidak diselaraskan di peringkat JPN termasuk Kelantan, soalan peperiksaan disediakan oleh pihak sekolah masing-masing.
Alhamdulillah negeri terengganu melangkah ke depan dengan tidak mengikuti negeri-negeri lain. Berikut link untuk anda muat turun soalan percubaan PMR kertas bahasa arab negeri Terengganu 2013. Semoga bermanfaat untuk semua calon.
Soalan percubaan b arab pmr terengganu 2013
kredit SMKA Durian Guling...جزاك الله خيرا
12 Ogos, 2013
PMR : Contoh Soalan Bina Ayat (Peta)
Abuaqil aka AbuSakeena
Antara soalan yang boleh ditanya dalam peperiksaan PMR soalan nombor 6 ialah memberikan maklumat berdasarkan peta yang diberi. Soalan ini menghendaki pelajar membina ayat sekurang-kurangnya 5 ayat berdasarkan kalimah atau ungkapan yang diberikan.
Para pelajar diingatkan agar membina 7 ayat untuk mengelakkan kehilangan markah maksima iaitu 10 markah. Arahannya berbunyi :
كون خمس جمل مفيدة عن " مدينة هرموني " باستخدام الكلمات أو التراكيب المعدة :

Contoh jawapan :
1- هذه المعلومات عن مدينة هرموني
2- توجد المحلات في مدينة هرموني
3- مقصف عصير القصب أمام المطاعم
4- موقف السيارات بجانب المحلات
5- تقع المطاعم في شارع ساوجانا
6- يوجد محل القرص من المحلات في مدينة هرموني
7- شارع داماي قريب من شارع سجهترا
Semoga maklumat ini bermanfaat untuk semua calon. Wallahu a'lam
30 Jun, 2013
PMR : Contoh Soalan Bina Ayat Berdasarkan Maklumat (Carta)
Abuaqil aka AbuSakeena
Kali ini ustaz ingin menjelaskan satu contoh soalan yang kemungkinan
ditanya dalam peperiksaan PMR soalan nombor 6. Soalan ini menghendaki pelajar
membina ayat sekurang-kurangnya 5 ayat berdasarkan kalimah atau ungkapan yang
diberikan.
para pelajar diingatkan agar membina 7 ayat untuk mengelakkan kehilangan
markah maksima iaitu 10 markah.
كون خمس جمل
مفيدة عن " المنتجات الزراعية في ماليزيا" باستخدام الكلمات أو التراكيب
المعدة :
المنتجات
الزراعية في ماليزيا [ hasil
pertanian di malaysia]
contoh jawapan
1. هذه المعلومات عن المنتجات الزراعية في ماليزيا
2. يوجد أربع المنتجات
الزراعية في ماليزيا
3. الكاكو من المنتجات
الزراعية في ماليزيا
4. المنتجة الزراعية
للمطاط 22 %
5. أكثر المنتجات الزراعية
في ماليزيا الأرز
6. الكاكو أقل المنتجات
الزراعية في ماليزيا
7. المنتجة الزراعية للكاكو أقل من الأرز
8. المنتجة الزراعية
للنخيل الزيت أكثر من المطاط
* أكثر ( paling banyak ) * أقل ( paling sedikit )
Semoga bermanfaat
untuk calon PMR. Wallahu a’lam
20 Disember, 2012
PMR 2012 :Sekalung Tahnniah SMKDP!
![]() |
| Barisan pelajar 3A 2012 yang mencatat 100% A B. Arab [ Tanpa 2 orang pelajar lelaki ] |
AbuAqil aka AbuSakeena
Agak lewat post tulisan khas mengulas keputusan PMR 2012 SMK Dato' Perdana yang diumumkan semalam kerana sibuk + malas. :). Pertama sekali tahniah kepada 42 orang pelajar yang mendapat semua A PMR 2012.
Penolong Kanan pentadbiran sempat menghubungi saya yang masih 'outstation' di KL memaklumkan SMKDP masih kekal nombor 1 di Bachok tetapi jatuh tempat kelima di peringkat negeri dan tidak sebaik tahun lepas. pencapaian semua A merosot daripada 85 tahun lepas orang kepada hanya 42 orang. Ramai pelajar yang sangkut subjek Bahasa Inggeris. Difahamkan peratus semua A peringkat kebangsaan pun juga jatuh. jadi tidak pelik kenapa SMKDP pun turut jatuh.
Ustaz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua pelajar 3 Aked 2012 yang mendapat A kertas Bahasa Arab. Tahniah juga kepada guru Bahasa Arab yang hebat dan komited iaitu ustazah Asiah Awang yang membimbing mereka sehingga berjaya. Walaupun Ustaz hanya guru kelas tambahan namun ustaz sangat bangga dan tumpang gembira di atas kejayaan anda.
Ini merupakan tahun kedua SMK Dato' Perdana mencatat 100% A kertas bahasa Arab. Syabas!. Semoga anak-anak didik saya sendiri iaitu pelajar tingkatan 5 Ibnu Sina 2012 akan mencatat keputusan yang sama iaitu 100% A...Insya Allah. Tunggu keputusan pada akhir Mac nanti.
Kepada yang gagal mencapai target diharap jangan terlalu kecewa. Sila klik link di bawah semoga dapat menenangkan jiwa anda.
http://pbasmkps.blogspot.com/2010/12/pmr-2010-menangis-gembira-atau-kecewa.html
19 Disember, 2012
PMR : Menangis Gembira Atau Kecewa?
Abu Aqil A.K.A Abu Sakeena
Artikel 2 tahun lepas ini mungkin bermanfaat kepada semu calon PMR yang mendapat keputusan pada hari ini [ 19 Dis 2012]. Diulang siar untuk manfaat bersama...Wallahu A'lam.
--------------------------------------------
Artikel 2 tahun lepas ini mungkin bermanfaat kepada semu calon PMR yang mendapat keputusan pada hari ini [ 19 Dis 2012]. Diulang siar untuk manfaat bersama...Wallahu A'lam.
--------------------------------------------
Hari ini merupakan hari penentuan bagi calon-calon PMR pada tahun ini. Detik ini ditunggu-tunggu dengan penuh debaran sama ada kejayaan yang diimpikan akan menjadi kenyataan atau kegagalan yang dicatatkan.
Senario biasa pada hari ini akan kelihatan ramai pelajar yang menangis teresak-esak. Sama ada menangis gembira kerana mendapat keputusan cemerlang atau menangis kecewa kerana target tersasar. Fenomena yang biasa dilihat pada hari keputusan peperiksaan diumumkan.
Bagi pelajar yang tiada komitmen dalam pelajaran mungkin tidak merasai debaran atau kebimbangan sedikit pun dihatinya. Namun bagi pelajar yang bertungkus-lumus dan berusaha dengan segala keupayaan pastinya tidak dapat tidur lena pada malam ini. Inilah masa untuk menuai hasil setelah pengorbanan yang memang memenatkan dengan masa yang banyak dihabiskan dan tenaga yang digunakan bertujuan untuk mencatat kegemilangan dalam akademik seterusnya untuk mengembirakan kedua orang tua, saudara-mara serta guru-guru.
18 Disember, 2012
Debaran Keputusan PMR 2012
AbuAqil aka AbuSakeena
Pasti ramai calon PMR 2012 tidak lena tidur pada malam ini kerana memikirkan keputusan PMR yang akan diumumkan pada hari esok ( 19 Disember 2012). Menangis gembira atau kecewa?
Saya sendiri pun terkena tempiasnya kerana bimbangkan kertas prestasi Bahasa Arab SMK Dato' Perdana jatuh. Tahun lepas semua calon mendapat A. Semoga tahun ini prestasi cemerlang tersebut dapat dikekalkan, Insya Allah.
Ini merupakan tahun kedua tidak dapat bersama calon PMR ketika keputusan diumumkan kerana mempunyai tugas yang tidak dapat dielakkan di Ibukota.
Apa-apa pun keputusan akan diterima dengan reda, kesyukuran dan keinsafan. kepada yang mendapat keputusan terbaik sebagaimana yang diidamkan bersyukurlah, sekiranya keputusan anda agak mengecewakan bersabarlah dan pasrah dengan ketentuan Ilahi. Itu yang terbaik untuk anda.
Kepada semua calon PMR 2012, semoga anda ceria dan gembira pada hari esok!
















