Memaparkan catatan dengan label Mukhayyam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mukhayyam. Papar semua catatan
27 Julai, 2011
Mukhayyam B. Arab 2011 menjana keyakinan pelajar
AbuAqil Adnan
Minggu yang sangat memenatkan. Tamat sahaja mesyuarat penyelarasan ujian lisan STAM, bergegas pula ke Mukhayyam B. Arab pada 21 hingga 23 Julai 2011 lepas. Program tahunan anjuran pihak Unit Sektor Pendidikan Islam JPN Kelantan dan PPD Bachok ini memilih lokasi yang dengan tahun lepas. Alhamdulillah saya mendapat bantuan oleh timbalan kem komandan iaitu ustaz Abdul Aziz Mohd Noor dari SABK Darul Iman, Beris Lalang.
Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar dan baik dengan kerjasama semua peserta seramai 191 orang dari 10 buah sebuah di daerah Bachok. Semangat kerjasama, disiplin serta motivasi yang tinggi dipamerkan oleh para peserta sangat mengkagumkan.
Mukhayyam kali ini sangat ringkas, tetapi padat dengan pendedahan teknik menjawab soalan serta perbengkelan untuk meyakinkan para pelajar menjawab soalan b. Arab PMR. Walau pun tanpa aktiviti lu’bah lughawiyyah, kerjasama yang ditunjukkan dalam kumpulan dapat diberi pujian. Setiap kumpulan dapat menyelesaikan tugasan dengan cemerlang dengan pembentangan yang mantap dan meyakinkan. Aktiviti yang paling menarik ialah persaingan pelajar untuk menjawab soalan-soalan kuiz untuk mendapat cenderamata yang disediakan. Aktiviti ini mesti diteruskan pada tahun-tahun akan datang.
Acara perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Saupi bin Majid, Pegawai Pelajaran Daerah Bachok. Turut hadir ialah al-Fadhil Mohd Fadhli bin Jusoh, Penolong Pengarah sector Pendidikan Islam JPN Kelantan.
Sekalung tahniah kepada semua peserta di atas penyertaan dalam mukhayyam ini. Tidak dilupakan juga penghargaan khas kepada semua anak didik sama ada dari SMK Dato’ Perdana atau SMK Putri Saadong. Anda semua hebat. Semoga kecemerlangan akan menjadi milik anda dalam PMR 2011 nanti.
Foto-foto sekitar Mukhayyam 2011.
15 Julai, 2010
Program Kecemerlangan B. Arab PMR 2010 Jadi Pembakar Semangat
Seorang calon berbangsa Cina turut mengambil kertas B. Arab
Pada 8-10 Julai 2010 lepas telah diadakan program kecemerlangan B. Arab PMR 2010 peringkat PPD Bachok bertempat di SMK Long Yunus, Bachok yang melibatkan seramai 168 orang peserta dari sepuluh buah Sekolah. Program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Kelantan. Seramai 22 orang peserta dari SMK Putri Saadong yang sangat teruja dengan program hadir dengan penuh semangat setelah lama menanti saat tersebut.
Pada awalnya saya berasa bimbang takut-takut tidak sempat untuk memantau anak-anak didik kerana telah dilantik sebagai penolong komandan ( sebenarnya tidak berkelayakan). Ini bermakna saya dan komandan iaitu Ustaz Mohd Amin bin Hamzah ( SMK Sri Aman, Pasir Puteh) diamanahkan bertanggungjawab memastikan program berjalan dengan lancar dan semua peserta dapat mengikuti program dengan sebaik mungkin.






