16 Februari, 2011

Anugerah Maulidul Rasul : Pelajar Cina Tunggal peroleh A B. Arab PMR 2010





Wee Soo Yen  ( kiri sekali) bersama penerima-penerima anugerah yang lain
Pelajar ini pernah diulas dalam artikel ini pada tahun lepas kerana keberanian pelajar cina ini mengambil subjek bahasa Arab dalam PMR yang lepas. Kecekalan dan kesungguhannya membuahkan hasil yang diluar jangkaan iaitu mendapat keputusan 9A termasuk kertas pendidikan Islam. Subhanallah…AbuAqil
--------------------

PUTRAJAYA: Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran dan mendapat tentangan daripada keluarga pada peringkat awal, Wee Soon Yen, 16 tetap mencabar dirinya untuk mempelajari Bahasa Arab memandangkan minatnya yang amat mendalam untuk memahirkan diri dalam bahasa asing.
Atas usaha gigih dan semangat kental, remaja ini berjaya membuktikan agama dan keturunan bukan penghalang untuk seseorang itu mempelajari bahasa Arab.

Soon Yen yang juga anak sulung kepada pasangan Wee Hock Lim dan Soo Ah Kem adalah satu-satunya pelajar berbangsa Cina dan bukan Islam yang berjaya memperoleh A dalam subjek Bahasa Arab dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.

Berdasarkan kejayaan itu, pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok, Kelantan itu diberi pengiktirafan dengan menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432H/2011M, menjadikannya penerima termuda anugerah berkenaan.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana tidak sangka dapat anugerah seumpama ini. Jika diikutkan sumbangan saya amat sedikit berbanding penerima lain,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432H/2011M di Dewan Solat Utama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share