08 Disember, 2011
Masuk Neraka kerana Perbuatan Baik, Masuk Syurga kerana Perbuatan Jahat?
AbuAqil
aka AbuSakeena
Masuk
Neraka kerana Perbuatan Baik, Masuk Syurga kerana Perbuatan Jahat…
Agak
ganjil dan pelik bila kita membaca ungkapan ini. Macam mana kebaikan boleh
menyebabkan masuk neraka dan sebaliknya.
Ungkapan
ini sebenarnya ialah kata-kata Said bin Jubair (95H) seorang Tabi’in yang alim,
perawi hadis dan beliau merupakan anak murid Ibn Abbas.
Ucapan
lengkap Said bagi ungkapan tersebut ialah :
Said
bin Jabir berkata : "Sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan
kebaikan lalu perbuatan baiknya itu menyebabkan ia masuk neraka, dan
sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan buruk lalu perbuatan buruknya itu
menyebabkan dia masuk syurga. Ini kerana perbuatan baiknya itu menjadikan ia
bangga dengan dirinya sendiri sementara perbuatan buruknya menjadikan ia
memohon ampun serta bertaubat kepada Allah disebabkan perbuatan buruknya itu".
[Majmu 'Al-Fatawa]
Memang
benar perasaan ujub iaitu banggi diri merupakan sifat tercela dan boleh
membinasakan diri. Di tambah pula dengan sifat riya’, beramal agar ingin
memperlihatkan amalan kepada orang ramai. Semua sifat ini ini merupakan
penyakit hati yang mesti dihindari oleh setiap muslim. Entah berapa ramai
manusia pada hari ini kita mendengar ucapan-ucapan yang menggambarkan kesombongan,
bangga diri dan ingin dipuji.
Sifat
ujub dan riya’ ini berkumpul dalam diri golongan yang sombong. Golongan yang
diharamkan memasuki syurga Allah. Sabda Nabi saw :
Tidaklah
masuk surga sesiapa yang di dalam
hatinya terdapat kesombongan yang sebesar biji zarah (atom) sekalipun".
[Imam Muslim]
Penawar
kepada penyakit hati ini ialah ikhlas mengabdikan diri kepada Allah dan
sentiasa bertawakkal kepadaNya dengan sepenuh hati.
Imam
Ibn Qayyim berkata : "Sesungguhnya hati manusia menghadapi dua macam
penyakit yang amat bahaya jika orang itu tidak menyedari adanya kedua penyakit
itu akan melemparkan dirinya kedalam kehancuran dan itu adalah pasti, kedua
penyakit itu adalah riya dan takabur. Maka ubat dari pada riya adalah : إياك نعبد ( Hanya kepadaMu kami mengabdikan diri) dan ubat
dari penyakit takabur adalah : إياك نستعين (Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan)".
[Madarijus Salikin 1/54]. inilah penawarnya iaitu ucapan yang sering kita
lafazkan dalam Surah al-Fatihah setiap masa.
Semoga
Allah membimbing kita dan membuang penyakit hati ini dalam diri kita.
0 comments:
Catat Ulasan