07 Disember, 2011

Masa Untuk 'Berjuang ' Telah Tiba...



AbuAqil aka AbuSakeena

8.35 pagi :
Post ini ditulis ketika anak-anak didik sedang 'berjuang' menjawab soalan kertas 2 BAT. Walaupun mereka berdepan pelbagai rintangan kecil bermula dengan hidangan makan malam agak lewat, gril pintu dibuka lewat pada pagi ini dan beberapa orang pelajar asyik berulang-alik ke tandas namun tidak mematahkan semangat dan motivasi mereka untuk mencipta sejarah baru BAT SMKDP Insya Allah.

"gedebar la ustaz! takut. kata salah seorang pelajar. saya menenangkan mereka dengan berkata' semua perasaan itu akan hilang bila pertama kali awak membuka kertas soalan kerana soalannya tersangat mudah'. itulah ayat yang biasa saya gunakan untuk memotivasikan mereka setiap pagi sebelum peperiksaan.

Ahmad Syukran diamanahkan untuk membaca doa sebelum mereka melangkah ke dewan peperiksaan dengan yakin dan penuh semangat.

Ya Allah.. permudahkan urusan anak-anak didikku  untuk mencapai kecemerlangan.

Update : 11.20 pagi

Tepat jam 10.35 saya pergi menjengok anak didik yang baru tamat menjawab kertas 2. Alhamdulillah dari jauh mereka tersenyum hingga ke telinga sambil mengangkat ibu jari menandakan mereka dapat menjawab dengan baik. Berasa sangat lega dan gembira.

Soalan ternyata seperti yang saya maklumkan kepada mereka sebelum ini, sangat mudah berbanding kertas peperiksaan subjek-subjek lain. Keseluruhannya semua pelajar dapat jawab dengan yakin.

Kemudian bergegas ke kedai runcit untuk membeli air minuman setelah mereka mengadu dahaga setelah 2 jam setengah mengerah otak.

Suasana sunyi sepi bila semua  pelajar fokus mengulangkaji kertas 1 buat kali yang terakhir sebelum mereka bergerak ke dewan peperiksaan.

Semoga keriangan dan keceriaan terpampang pada wajah mereka sekali lagi pada pukul 12.30 tengahari nanti...Insya Allah.

Ya Allah...Permudahkanlah.

Update : 12.45 tengahari


Belum sempat pergi ke tempat berkumpul para pelajar telah datang ke bilik mengatakan ada soalan yang tidak dibincangkan. Cemas seketika, cuma yang itu sahaja tidak yakin yang lain semua baik. Alhamdulillah. Semua pelajar kelihatan ceria dan gembira. Teringat suasana tahun lepas ketika anak-anak didik 3A 2010 SMKPS yang gembira bila selesai peperiksaan. Diharap keputusan nanti lebih baik dari keputusan mereka perolehi.

Masa berdepan tekanan dan kebimbangan telah berakhir, tibalah masanya untuk membawa mereka 'enjoy' dan suka-suka di KB untuk makan-makan dan menempah baju khas ' budak-budak BAT' 2011 sebagai kenangan. 

1 comments:

Darren Demers berkata...

Ahmad Syukran diamanahkan untuk membaca doa sebelum mereka melangkah ke dewan peperiksaan dengan yakin dan penuh semangat.
online stitched pakistani suits
pakistani lawn stitched suits online

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share