09 Disember, 2011

Doa Mesti Amal!



AbuAqil aka AbuSakeena

Pernahkah anda anak berdoa agar dimatikan dalam keadaan amal soleh kita yang terbaik?

Pernahkah anda berdoa agar hari yang terbaik kita berdepan ialah ketika kita mengadap Allah SWT?

Kalau belum, marilah kita bersama-sama menghafal dan mengamalkan satu doa yang sangat kita perlukan satu masa nanti. Kalau Allah SWT makbulkan doa ini maka berbahagialah orang itu. Kerana dia akan mati dalam husnul khatimah (kesudahan yang baik) dan akan mengadap Allah dalam keadaan dirahmati dan mendapat keredaanNya. Tiada lagi harapan yang lebih besar daripada perkara ini.

Tahukah anda doa ini berasal daripada amalan siapa? Doa ini bukan daripada Rasulullah saw. Doa ini merupakan amalan seorang sahabat yang paling utama, individu yang dijamin syurga ketika dia masih hidup. Iaitu Abu Bakar al-Siddiq r.a.

Doa tersebut ialah :

أَلْقَاكَ  اللهم اجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِي آخِرَهُ ، وَخَيْرَ عَمَلِي خَوَاتِمَهُ ، وَخَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ 


“Ya Allah jadikanlah amalan yang terbaikku sebagai pengakhiran hidup dan jadikanlah amalan terbaikku sebagai penghujungnya dan jadikanlah hari yang terbaikku ialah pada hari aku menghadapMu”.

Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk agar kita semua dapat mengamalkan doa yang sangat bemanfaat ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share