10 Disember, 2011

Bila Tetamu Tidak Diundang Menjemput…




AbuAqil aka AbuSakeena

“Mak! Jalal dan meninggal dunia awal pagi tadi”. Saya memberitahu.

“Eh! Semalam aku sempat berborak dengan dia”. Kata seorang sepupu.

“Kelmarin aku melihat dia memandu kereta membawa anak-anak” . Ujar adik saya.

Inilah reaksi awal bila dimaklumkan kematian seseorang yang dikenali. Kematian secara mengejut banyak terjadi. Kematian seperti ini amat menakutkan berbanding disebabkan sakit yang lama. Kerana tidak sempat bertaubat atau mati dalam keadaan melakukan dosa…Na’uzubillah.

Teori mudah ialah sebab ajalnya sudah tiba dan rezekinya telah habis di dunia ini.

Asbabnya ialah masalah jantung barangkali.

Kematian satu kepastian sama ada bersebab atau tanpa sebab. Bila tiba masa yang telah ditetapkan akan akan tetamu yang tidak diundang menjemput kita iaitulah malakul maut. Maksud ayat :

Maka apabila telah tiba waktunya (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya walau sesaat dan tidak (pula) dapat mendahulukannya. ( Surah al-Nahl :61)

Tidak penting bila kita akan mati kerana tiada siapa yang mengetahuinya. Yang penting apakah persiapan yang akan kita buat untuk menghadapi kematian.

Amalkanlah doa ini selalu semoga dimatikan dalam keadaan usia kita yang terbaik, amalan yang terbaik dan memperoleh saat yang terbaik di akhirat iaitu ketika mengadap Allah SWT.

أَلْقَاكَ  اللهم اجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِي آخِرَهُ ، وَخَيْرَ عَمَلِي خَوَاتِمَهُ ، وَخَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ

“Ya Allah jadikanlah amalan yang terbaikku sebagai pengakhiran hidup dan jadikanlah amalan terbaikku sebagai penghujungnya dan jadikanlah hari yang terbaikku ialah pada hari aku menghadapMu”.

Sekarang kita bercakap tentang kematian orang lain. Akan tiba satu masa orang lain pula akan bercakap tentang kematian kita.

Semoga Allah sentiasa membimbing kita ke jalan yang diredaiNya.


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share