17 April, 2012

Doa Dipermudahkan Melakukan Kebaikan dan Meninggalkan Kemungkaran




AbuAqil aka AbuSakeena

Perkongsian doa Rasulullah saw pada kali ini ialah doa agar dipermudahkan untuk melakukan amal soleh, dapat meninggalkan perbuatan mungkar serta kasih kepada orang miskin

Doa Nabi saw ini amat sesuai diamalkan kerana ringkas namun besar manfaatnya. Semoga Allah SWT membimbing kita untuk melakukan kebajikan serta dihindari daripada dosa dan maksiat. Kita tidak akan mampu untuk beramal soleh dan meninggalkan kemungkaran tanpa petunjuk dan pedoman daripada Allah SWT.

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ

Ya Allah, aku memohon kepadaMu untuk mudah melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran serta aku memohon padaMu supaya menyayangi orang-orang miskin [ al-Tirmizi dan Ahmad, sahih]

Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita untuk mengamalkan doa ma'thur ini dalam kehidupan seharian.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share