Solat subuh berjamaah merupakan solat yang paling sukar untuk dilaksanakan berbanding solat yang lain. Amat sukar untuk menjaganya melainkan oran yang benar-benar kuat imannya dan diberi petunjuk oleh Allah SWT.
Berikut antara keutamaan solat subuh berjamaah sebagai dorongan untuk kita berusaha menunaikan solat subuh berjamaah.
1- Rasulullah saw :
“Solat berjama’ah lebih utama dibanding solat salah seorang dari kamu dengan sendirian dengan dua puluh lima kali ganda. Dan para malaikat malam dan malaikat siang berkumpul pada solat fajar (subuh).” Abu Hurairah kemudian berkata, “Jika mahu silakan baca, “Sesungguhnya bacaan (solat) fajar disaksikan (oleh para malaikat).” (QS. Al Israa: 78). (Imam al-Bukhari dan Muslim)
2- Rasulullah saw bersabda :
“Solat yang dirasakan paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat isyak dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui keutamaannya, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Sungguh aku berkeinginan untuk menyuruh seseorang sehingga solat didirikan, kemudian kusuruh seseorang mengimami manusia, lalu aku bersama beberapa orang membawa kayu bakar mendatangi suatu kaum yang tidak menghadiri solat, lantas aku bakar rumah-rumah mereka.” (Imam Al-Bukhari dan Muslim)
3- Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa yang solat isya` berjama’ah maka seolah-olah dia telah solat malam selama separuh malam. Dan barangsiapa yang solat shubuh berjamaah maka seolah-olah dia telah solat seluruh malamnya.” (Imam Muslim)
4- Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa yang solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah. Oleh itu jangan sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu dari jaminan-Nya. Kerana siapa yang Allah menuntutnya dengan sesuatu dari jaminan-Nya, maka Allah pasti akan menemukannya, dan akan menelungkupkannya di atas wajahnya dalam neraka jahannam.” (HR. Muslim)
0 comments:
Catat Ulasan