29 November, 2011

Semoga jadi hamba Soleh & Solehah



Putera-puteri kesayangan Abah
AbuAqil aka AbuSakeena

Seawal jam 4.30  pagi ini bergegas ke stesyen bas Kota Bharu untuk mengambil Haziq Amsyar dan Aqilah Ahla yang akan tiba dari Butterworth. Manakala Nur Fairuz, anak saudara yang turut bersama dijemput oleh bapa dan ibunya. Mereka bertiga dihantar ke Kem Remaja IQ yang diadakan di Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim mengkuang, Bukit Mertajam.

Semoga anak-anakku akan menjadi hamba yang soleh dan solehah dan akan berbakti untuk agama dan keluarga sekurang-kurangnya. Program yang berakhir tengahari semalam mendapat respons positif daripada mereka. Mereka melaporkan bahawa sangat puas hati dan banyak manfaat yang diperolehi dari ceramah-ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang berilmu dan berpengalaman.

Di antara penceramah ialah Imam Muda Asyraf yang turut berkongsi ilmu dan pengalaman. Mereka juga didedahkan dengan amali pengurusan jenazah dan mendapat pengalaman menyembelih ayam ketika slot aktiviti luar di kawasan rekreasi. Mereka juga mendapat bimbingan zikir-zikir lepas solat dan zikir pagi dan petang  serta adab-adab dalam kehidupan seharian berdasarkan sunnah Nabi saw.

Tengahari ini pula akan mendaftarkan Haziq ke salah satu  pusat tuisyen di KBsebagai persiapannya menghadapi PMR pada tahun depan. Semoga pengisian dalam cuti ini dimanfaatkan sebaik mungkin. Kehidupan yang sangat singkat ini tiada ruang dan masa sebenarnya untuk dibuang dengan aktiviti tidak berfaedah.

Tiada harapan dan keinginan dari seorang ibu atau bapa melainkan ingin melihat anak-anak menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah serta berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.

Semoga anak-anakku akan menjadi hamba yang soleh, solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share