04 November, 2011

Puasalah Agar Dosa Dua Tahun Diampunkan





AbuAqil aka AbuSakeena

Esok Sabtu 9 Zulhijjah bersamaan 5 November 2011 merupakan hari yang utama dalam Islam terutama kepada jamaah haji iaitu hari wukuf di Arafah. Kepada umat Islam yang tidak menunaikan haji disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai turut sama menghayati ibadat haji walaupun bukan berada di tanah haram.

Amat rugi sesiapa yang melepaskan puasa ini kerana ganjaran yang sangat besar diajnjikan oleh Allah kepada sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut. Sabda Nabi saw yang bermaksud :

“Puasa hari Arafah ( 9 Zulhijjah)  dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.[ Imam Muslim]

Kalau kelebihan yang begini besar tidak mengghairahkan kita untuk berpuasa sunat, entahlah kelebihan apa lagi yang diinginkan.  Janji keampunan setahun dosa yang telah dilakukan dan dosa yang akan dilakukan sangat bermakna kepada hamba yang lemah yang seringkali tergelincir menzalimi diri sendiri kerana lemah iman dan tergoda dengan pujuk rayu syaitan.

Semoga Allah membimbing kita semua untuk mengamalkan sunnah nabi saw ini dan semoga Allah mengampunkan semua dosa kita yang lampau dan akan datang.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share