21 November, 2011
Doa Rasul : Memohon Akhlak Mulia
AbuAqil aka AbuSakeena
agak lama juga tidak update
blog gara-gara malas dan sibuk dengan perkara lain. Alhamdulillah pada pagi ini
diberi kekuatan oleh Allah untuk berkongsi satu doa Rasulullah saw. Iaitu doa
memohon agar diberi petunjuk agar dikurniakan akhlak mulia. Lafaz doa tersebut
ialah :
اللّهُمَّ اهْدِنِى لأَحْسَنِ
الأَخْلاَقِ لاَ يَهْدِى لأَحْسَنِهَا إِلاَّ أَنْتَ
“Ya Allah, tunjukilah
padaku akhlaq yang baik. Tidak ada yang dapat menunjuki pada baiknya akhlaq
tersebut kecuali Engkau)” [ Imam Muslim ]
Akhlak muli sangat
penting kerana ia menunjukkan kesempurnaan iman seseorang. Seseorang yang
berakhlak buruk menandakan imannya bermasalah dan tidak sempuna. Sbda nabi saw
yang bermaksud :
“Kaum mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik
akhlaknya diantara mereka.” [ Imam al-Tirmizi].
Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua dan membimbing
kita ke jalan yang diredaiNya.
0 comments:
Catat Ulasan