23 November, 2011
Cabar Agar Tekun Berusaha, Bukan Memberi Tekanan
AbuAqil aka AbuSakeena
“Awak dapat berapa A exam lepas?”
Antara jawapan pelajar :
“Saya dapat 8A’. jawabnya dengan rasa bangga.
“ Saya dapat 7A jah ustaz”.
“ Mmm…rahsia..tak boleh beritahu.
Pelajar yang tak nak beritahu keputusannya dah boleh diagak
apa yang mereka dapat.
Peperiksaan akhir tahun yang baru berlalu merakamkan
pelbagai keputusan. Ada pelajar yang dapat keputusan yang cemrlang, baik dan
ramai juga yang kecewa kerana sekadar dapat 1A atau 2A.
Sebulan sebelum peperiksaan saya sering mencabar pelajar
dengan ayat :
”sesiapa yang gagal mendapat 4A ke atas,sila pindah ke
sekolah berdekatan rumah anda”.
Saya mencabar pelajar agar mereka berusaha dengan lebih
gigih agar peroleh keputusan yang baik. Biar berbaloi pengorbanan meninggalkan ahli keluarga tersayang, makan tidak seperti
yang diharapkan bila tinggal di asrama.
Namun agak mengecewakan kerana cabaran tersebut tidak
diendahkan sehingga gagal mendapat
keputusan yang boleh mengembirakan ibubapa mereka. Lebih mengecewakan bila
mereka tidak berasa sedih atau kecewa sikit pun. Amat pelik.
Saya pasti ibubapa mereka kecewa walaupun bukan peperiksaan
SPM atau PMR namun peperiksaan akhir tahun tidak kurang pentingnya kerana
penentu kedudukan dalam kelas pada tahun berikutnya.
Saya berfikir panjang kenapa ramai juga pelajar yang tidak
cakna dengan tanggung jawab utama mereka iaitu pelajaran. Dari awal tahun
hinggalah ke malam peperiksaan sentiasa kena suruh untuk prep, ulangkaji, jangan buang
masa dan seumpamanya. Tiada motivasi dalaman. Sentiasa mengharapkan tindakan
orang lain.
Lebih tidak bermoral bila terdapat segelintir pelajar yang
mengambil jalan pintas untuk berjaya. Mereka menipu semua orang termasuk diri sendiri
dengan cara meniru dalam peperiksaan. Dapatlah keputusan yang baik namun dia
menempatkan diri dalam kelompok golongan yang tidak diakui sebagai umat Nabi
saw. Na’uzubillah.
Mereka tidak fikir harapan dan cita-cita ibubapa mereka,
tidak fikir pengorbanan orang tua mereka, tidak fikir pengorbanan dan harapan
guru-guru. Sangat pelik.
Setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar yang membanggakan
ibubapa mereka dengan keputusan cemerlang. Tidak dilupakan juga ucapan takziah
kepada yang mengecewakan ibubapa.
Tidak dilupakan juga kepada semua pelajar yang memperoleh A
kertas bahasa Arab tingkatan 2 iaitu seramai 49 orang. Anda semua kebanggaan
ustaz. Teruskan berusaha agar kecemerlangan akan menjadi milik anda pada masa
akan datang.
0 comments:
Catat Ulasan