24 November, 2011

Banjir Oh Banjir !




Web yang menyediakan laporan terkini banjir negeri Kelantan

AbuAqil aka AbuSakeena

Sehingga pagi ini cuaca masih mendung. Adakah hujan akan berterusan? Harap-harap tidak berpanjangan agar jalan untuk ke Pantai Barat tidak terkandas dek banjir. Ini kerana saya akan ke Pulau Pinang pada awal pagi esok (Jumaat) untuk menghantar anak ke Kem Remaja IQ di Bukit Mertajam. Tempahan dan bayaran telah pun dibuat. Tunggu masa sahaja untuk bertolak. Namun di hati ini berasa sangat bimbang takut program yang dirancang terencat kerana banjir. Ketententuan Ilahi mengatasi kehendak kita.

Saya berharap sangat agar anak dapat mengikuti kem tersebut untuk pemantapan sahsiah diri dan jati diri muslim sejati. Kalau tidak dapat pergi sendiri maka terpaksa hantar mereka dengan menaiki bas ekspres. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami

Berdasarkan laporan ramalan cuaca negeri Kelantan hujan akan berterusan sehingga minggu depan. Berdasarkan maklumat laman web e-banjir keadaan banjir di Kelantan memang semakin buruk. Lima laluan di pasir Mas, Machang, Pasir Puteh dan Tanah Merah telah ditutup kerana dinaiki air.

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui laporan terkini banjir di negeri Kelantan boleh lawati web tersebut yang memaparkan laporan lengkap termasuk jumlah mangsa banjir terkini. Ini alamat web tersebut.






0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share