Hari ini tidak saya berada di sekolah kerana menghadiri kursus huraian sukatan Bahasa Arab SPM 2012 anjuran JPN Kelantan yang diadakan di PPD Machang. Berasa sangat malas untuk pergi ke kursus seperti ini memandangkan banyak kerja yang perlu diselesaikan di sekolah terutama memeriksaan kertas jawapan pelajar yang bertimbun-timbun. Namun demi tanggungjawab yang dipikul terpaksa pergi juga kerana hanya saya guru B.Arab SPM. Tiada pilihan.
Kursus sehari suntuk tersebut mendedahkan sukatan pelajaran baru Bahasa Arab SPM 2012 dengan format baru yang mengalami beberapa perubahan. Perubahan yang ketara ialah kertas 2. Pada hemat saya format baru ini lebih senang berbanding BAT kerana banyak juga tajuk bahagian qawaid dan balaghah dimansuhkan. Antaranya hanya maf'ul mutlak yang dikekal daripada lima jenis maf'ul, adad ma'dud yang memeningkan pelajar, mamnu' al-sorf dan banyak lagi. Begitu juga tajuk al-kinayah dan al-Qasr bahagian al-balaghah.
Memang beruntunglah generasi format baru iaitu geng PMR 2010. Anda bertuah kerana anda perintis format baru yang biasanya dipermudahkan pada awal pelaksanaan.
Semoga berita baik ini akan melegakan dan mengembirakan semua anak didik 14 orang dari kelas 4 Ibnu Sina. Namun diingatkan kecemerlangan Bahasa Arab hanya dicapai oleh mereka yang rajin, tekun dan gigih berusaha, menghafal, bertanya guru serta membuat latih tubi sendiri tanpa suruhan guru. Tanpa perkara tersebut jangan harap untuk cemerlang walau soalan mudah sekalipun.
Semoga Allah SWT membimbing kalian untuk mendalami ilmu kalamNya.
0 comments:
Catat Ulasan