26 Oktober, 2011

Semoga Allah Memberkati Kehidupan Kami




AbuAqil aka AbuSakeena

Cuti umum sempena deepavali hari ini dimanfaatkan untuk bersantai bersama keluarga. Agak lama juga tidak keluar bersama  disebabkan masa dan rasa malas. Hari ini saya meluangkan masa bersama keluarga ke bandar kota Bharu.  Selepas zohor bertolak ke Tesco. 

Sangat mengejutkan. Setelah beberapa bulan, jalan ke Tesco pun telah berubah dan amat banyak bangunan baru muncul di kawasan lembah sungai Kelantan. Sungguh cepat dan pesat membangun negeri mendapat jolokan ‘Serambi Mekah’ ini yang dicop sesetengah pihak sebagai negeri yang mundur dan ketinggalan.

Suasana di Tesco agak lengang, mungkin kerana ramai yang’ berdeepavali’ di rumah masing-masing.  Kami membeli kelengkapan harian. Sementara Haziq Amsyar dan Aqilah Ahla membeli alat tulis sebagai persiapan menghadapi  peperiksaan akhir tahun yang bermula Ahad ini ( 30 Oktober 2011). Semoga kalian mencapai target peribadi anda. Abah mendoakan kejayaan anda.

Aksi anak-anak sedang 'membelasah' mee bandung.

Kemudian kami menuju ke restoran untuk ‘makan malam’ yang terpaksa diawalkan masanya iaitu pukul 4.00 petang. Memang sudah lama kami keluar dan makan di luar. Restoran pilihan ialah ‘Restoran Joe Tomyam’ di bangunan medan Usahawan berdekatan dengan Stadium KB. Restoran ini yang telah dikenali sejak Haziq masih kecil dan di sinilah tempat kami sekeluarga menjamu selera bila ke KB. Tomyamnya masih no.  1 dan tiada tandingan.

Semoga santai kami pada hari ini mengeratkan hubungan kekeluargaan dan semoga Allah memberkati kehidupan kami sekeluarga selama-lamanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share