Amat-amat terkesan dengan wasiat nabi saw agar manfaatkan lima perkara sebelum datang lima perkara. Salah satu daripadanya ialah memanfaatkan waktu terluang sebelum tiba waktu sibuk.
25 Oktober, 2011
Nikmatnya Masa terluang…
AbuAqil aka AbuSakeena
Hari ini saya berasa sangat lega kerana mempunyai masa rehat
hasil cuti peristiwa pada hari ini
(25 Oktober ) dan esok cuti sempena Deepavali.
Akhir-akhir
ini kekangan masa sangat mengongkong diri ini. Tekanan untuk mempersiapkan anak-anak didik 9 orang untuk BAT, kes-kes disiplin, tugas-tugas sebagai warden benar-benar memenatkan. jasad ini yang semakin berusia berasa sangat letih kerana mengejar masa.
Dengan adanya cuti ini sekurang-kurangnya dapat berehat untuk menenangkan jiwa dan mengembalikan tenaga.
Walaupun semalam bertugas di antara maghrib dan isyak di kem
kecemerlangan SPM di Sri Pantai Resort, malam ini bertugas di asrama dan subuh
esok akan kembali ke kem namun hati ini berasa sangat senang kerana mempunyai
masa terluang untuk dimanfaatkan.
Bila kita tersangat sibuk dan asyik mengejar masa baru kita sedar betapa
nikmatnya masa terluang yang dikurniakan oleh Allah SWT. Semoga diri yang lemah diri
tidak termasuk dalam hadis riwayat Imam al-Bukhari yang bermaksud :
“ Dua nikmat yang dipersia-siakan oleh kebanyakan manusia
iaitu sihat dan masa terluang”.
Nikmat cuti dua hari ini akan digunakan sebaik mungkin untuk
bersantai bersama keluarga tersayang, servis kereta, merayau-rayau di KB mencari barang keperluan, update blog, meneroka ilmu
di alam maya dan apa-apa yang akan memberi kebaikan kepada kehidupan dunia dan
akhirat.
Amat-amat terkesan dengan wasiat nabi saw agar manfaatkan lima perkara sebelum datang lima perkara. Salah satu daripadanya ialah memanfaatkan waktu terluang sebelum tiba waktu sibuk.
Amat-amat terkesan dengan wasiat nabi saw agar manfaatkan lima perkara sebelum datang lima perkara. Salah satu daripadanya ialah memanfaatkan waktu terluang sebelum tiba waktu sibuk.
Semoga Allah merahmati dan membimbing diri ini ke jalan yang
diredaiNya.
0 comments:
Catat Ulasan