26 November, 2010

Doa Keluar Rumah, akan mendapat petunjuk dan penjagaan.



AbuAqil Adnan

Agak lama tidak membuat entri berkaitan dengan doa. Doa kali ini ialah bacaan yang dibaca bila ingin keluar rumah. Apakah yang anda baca? Doanya amat mudah sahaja dan biasa disebut oleh kita semua.  Dengan membacanya kita akan mendapat petunjuk, dicukupkan keperluan dan mendapat penjagaan dari syaitan. Lafaz doanya ialah :

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

Berdasarkan hadis Nabi saw :


“Jika seorang laki-laki keluar dari rumahnya lalu mengucapkan:  ‘bismillahi tawakkaltu ‘alaallahi laa haula wa laa quwwata illa billah



Maksud : Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah).


 Beliau bersabda, “Maka pada saat itu akan dikatakan kepadanya, ‘Kamu telah mendapat petunjuk, telah diberi kecukupan, dan mendapat penjagaan’, hingga syaitan-syaitan menjauhinya. Lalu syaitan yang lainnya berkata kepadanya “Bagaimana (engkau akan mengoda) seorang laki-laki yang telah mendapat petunjuk, kecukupan, dan penjagaan.” ( Imam Abu  Daud  dan  al-Tirmizi)


Sungguh besar manfaat doa ini sehingga sesiapa yang membacanya akan terselamat daripada gangguan syaitan. Sesiapa yang mengamalkannya juga dibalas dengan ganjaran yang utama kerana mengamalkan sunnah Nabi saw.

Semoga Allah SWT memudahkan kita untuk mengamalkan doa yang ringkas tetapi amat bermanfaat ini. Semoga Allah merahmati kita semua dan membimbing kita ke jalan yang diredaiNya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share