31 Oktober, 2010

Piala Malaysia : Malam Gemilang Buat Kelantan




AbuAqil Adnan

Seluruh rakyat kelantan pastinya amat teruja dengan kemampuan pasukan bolasepak mereka"wira merah'  mengungguli  Piala  Malaysia edisi ke -44. Sungguh mendebarkan sejak wisel ditiup hingga ke minit terakhir. Kemenangan yang dicapai pastinya bukan mudah. Ketinggalan pada minit ke-13,menambah tekanan untuk mencari gol penyamaan sehingga tamat babak pertama.

Hasil kesungguhan semua pemain dengan melakukan serangan bertali arus, akhirnya menjelmakan gol penyamaan pada minit ke-57 dan gol ‘sejarah’ buat kelantan pada minit ke-64. Terima kasih Hairudin Omar dan Piya ( Badri Radzi). Terima kasih kepada seluruh pemain kerana menghadiahkan kepada kami ,rakyat kelantan Piala Malaysia yang belum pernah dikecapi. Malam gemilang buat seluruh rakyat kelantan. Amat-amat mengujakan!.

Lebih manis bila kerajaan negeri mengumumkan cuti peristiwa pada hari esok (Ahad) sejurus perlawanan tamat. Kegembiraan berganda untuk rakyat kelantan. Dalam minggu mereka akan menikmati dua hari cuti peritiwa. Satu hari lagi pada hair Khamis ini ( 4 hb Oktober 2010) bersempena pilihanraya Dun Galas.

Tahniah skuad 'Reds Warrior"...Anda Hebat. Anda Berhak Mengecapinya!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share