18 Januari, 2010

Tips Menjawab Soalan Bina Ayat Berpandukan Gambar






INI ADALAH SOALAN FORMAT LAMA. UNTUK TIPS SOALAN FORMAT BARU, SILA KLIK LINK BERIKUT :

teknik jawab soalan gambar format baru

BISMILLAH…
Soalan bina ayat berpandukan gambar ini merupakan soalan format lama yang berkemungkinan akan dikekalkan dalam soalan format baru. Peruntukan markah ialah sebanyak 10 markah di mana pelajar dikehendaki membina lima ayat  lengkap( jumlah mufidah).
 Antara tips-tips yang boleh dijadikan panduan untuk memastikan mendapat markah maksimum  ialah :
1.  Ayat pertama yang biasa digunakan ialah ( هَذِهِ الصُّورَةُ فِي ... )
2. Pelajar hendaklah menyenaraikan seberapa banyak kata kerja (فعل   ) yang terdapat dalam gambar.
3. Bina ayat dengan meletakkan kata kerja di awal ayat.
4. Sesuaikan pelaku (فَاعِل  )  dengan kata kerja sama ada lelaki atau perempuan.
5. Bina seberapa banyak jumlah fi’liyyah ( ayat yang terdapat kata kerja )
6. Bina ayat mudah.  benda + harf Jar ( partikel) + benda. Contoh :
الصُورَةُ عَلَى الجِدَارِ  ( Gambar berada di dinding  )
7. Elakkan mengulangi bentuk/pola ayat yang sama kerana akan menyebabkan gagal mendapat markah penuh.
8. Kuasai kata kerja yang asas dan biasa terdapat dalam gambar seperti berjalan, duduk, berbual, berdiri dan sebagainya.
9. Elakkan kata sifat seperti saiz atau warna seperti kereta itu berwarna merah.
10. Bina ayat seberapa banyak yang mampu. Lima ayat yang mendapat markah penuh akan diambilkira.
Kata kunci untuk memastikan pelajar mendapat markah penuh untuk menjawab soalan ini ialah menguasai perbendaharaan kata sama ada fi’il atau Ism. Bergantung semata-mata kepada tips-tips di atas adalah tidak memadai sekiranya kebanyakan kata kerja dan kata nama yang terdapat dalam gambar tidak diketahui.
WALLAHU TA’ALA A’LAM


1 comments:

Tanpa Nama berkata...

syukran jazakallah..semoga Allah membalas jasa anda.AMIN.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share