23 April, 2011

PMR : Teknik bina Ayat berdasarkan gambar



AbuAqilAdnan

Soalan ini terletak pada bahagian  ( ج ) iaitu soalan no tujuh ( السؤال السابع ) . Pelajar dikehendaki membina lima ayat berdasarkan lima gambar yang diberikan.  Untuk mendapat markah penuh pelajar dikehendaki menghafal katakerja-katakerja asas yang biasa terdapat dalam gambar seperti bercakap, berdiri, membawa, memegang dan seumpamanya. Teknik untuk menjawab soalan ini ialah :

1. Perhatikan gambar yang diberikan dengan teliti

2. Keluarkan katakerja ( fe’el) yang terdapat dalam gambar tersebut.

3. Sesuaikan fa’il ( pelaku ) yang terdapat dalam gambar dengan  katakerja yang ingin digunakan.

4. Guna ayat mudah dan tidak perlu panjang.

5. Boleh gunakan ayat :

- jumlah fi’liyyah [ fe’el + fa’il + maf’ul]

          يَأْكُلُ الوَلَدُ الطَعَامَ

- jumlah simiyyah [ ism + harful jar]

الفَوَاكِهُ فِي السَلَةِ

6. Elakkan kesalahan qawaid dan salah ejaan

7. Bina beberapa ayat untuk satu gambar

8. Hafal kata kerja yang biasa digunakan.

9. Elakkan bina ayat pasif/ menggambarkan sifat seperti rumah itu cantik, budak itu cerdik dan sebagainya.


Faktor asas untuk memastikan anda mendapat markah penuh untuk menjawab soalan ini ialah menguasai perbendaharaan kata sama ada fi’il atau Ism. Bergantung semata-mata kepada tips-tips di atas adalah tidak memadai sekiranya kebanyakan kata kerja dan kata nama yang terdapat dalam gambar tidak diketahui.
Berikut adalah contoh soalan. Anda boleh cuba menjawabnya… semoga berjaya mendapat  10 markah soalan bahagian ini.

Sila klik kiri pada imej di bawah untuk lebih jelas dan besar, kemudian klik kanan dan klik 'save image as' untuk disimpan.



6 comments:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah.syukran membantu saya dlm ppriksaan.....smoga allah memberkati kamu

Tanpa Nama berkata...

selama ini saya tidak faham lansung pun pasal bahasa arab tapi apakan daya 2/10 nie dh nak start dh PMR. oh saya tengah sakit perut nie. apepun beast

Tanpa Nama berkata...

ustaz tengah ajar bahasa arab...

Tanpa Nama berkata...

bahasa arab menyeronokkan....

nazrinah nahoor meera berkata...

bagi pendapt saya , terbitkan sekali dengan jawapan untuk rujukan . terima kasih :) maklumat , sangat membantu .

Tanpa Nama berkata...

I've been exploring for a little bit for any high quality articles or blog posts on this kind of space
. Exploring in Yahoo I finally stumbled upon this website.

Reading this information So i am satisfied to convey that I have
an incredibly excellent uncanny feeling I discovered exactly
what I needed. I so much surely will make certain to don?t omit this
website and give it a look regularly.

My site :: does bonati institute take insurance [www.youtube.com]

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share