Memaparkan catatan dengan label zulhijjah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zulhijjah. Papar semua catatan

09 November, 2010

Amalan-amalan Utama Pada Awal Zulhijah


Sungguh pantas masa berlalu. Alhamdulillah, bulan Zulhijjah telah menemui kita sekali lagi. Bulan ini merupakan bulan penting dalam Islam sebagaimana bulan Ramadan dan bulan Syawal kerana pada bulan inilah  jemaah haji berjuang  untuk mendapat haji mabrur.

Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Zulhijjah

Adapun keutamaan beramal di sepuluh hari pertama Zulhijjah diterangkan dalam hadits Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berikut,

"Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah)." Para sahabat bertanya: "Tidak pula jihad di jalan Allah?" Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, "Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun."( Abu Daud, Al-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Related Posts with Thumbnails
 
Share