Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan

23 Mei, 2012

Lebih 1500 Pengunjung? Biar Betul!


AbuAqil aka AbuSakeena

Terkejut pagi ini bila mendapati jumlah pengunjung ke laman ini mencecah lebih 1500 orang pengunjung pada 22 Mei 2012. Memang tidak munasabah sebab sebelum ini tidak pernah mencapai 500 orang pun sehari. Paling banyak 400 lebih sahaja.

Namun bila semak balik jumlah pengunjung di Nuffnang, Histats dan Sitemeter jumlah tersebut memang benar. Saya cuba mencari sebab kenapa jumlah pengunjung bertambah secara mendadak. Saya semak balik kata kekunci yang dicari oleh pengunjung, didapati perkataan Rejab [500 hits] dan karangan bahasa arab [200 hits] paling banyak digunakan.

Kesimpulannya pengunjung mencari info berkaitan dengan perkataan tersebut memandangkan semalam merupakan 1 Rejab dan sekarang merupakan musim peperiksaan. Jadi ramai pelajar mencari karangan B. Arab sebagai persiapan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

Semoga laman ilmu ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya untuk kebaikan dunia dan di akhirat.

03 Jun, 2011

Make-up Blog...


AbuAqil

Dah lama tidak ubahsuai atau make-up blog laman ilmu. Entah kenapa tiba-tiba hari terasa nak mencantikkan blog ini dengan menambah beberapa widget yang pernah masukkan satu masa dulu kemudian buang. Hari ini masukkan balik. Begitulah putaran hidup dunia. Yang lama akan dicari semula...:)

Hasil daripada ubahsuai maka wujudlah dua widget.sila lihat di sidebar kanan. Ada waktu solat dan kalendar masihi beserta tarikh hijriyah untuk rujukan semua pengunjung. Semoga bermanfaat. Waktu solat anda boleh pilih kawasan anda sekiranya anda berada di kawasan selain Kota Bharu.

Terima kasih banyak-banyak kepada tuan punya widget kalendar ( http://www.al-habib.info/ ) dan waktu solat ( http://www.al-azim.com/masjid/index.php )
Related Posts with Thumbnails
 
Share