Memaparkan catatan dengan label Lailatul Qadr. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lailatul Qadr. Papar semua catatan

21 Ogos, 2011

Siapa layak dapat malam al-Qadr?



UMAT Islam kini berada pada fasa ketiga Ramadan di mana kemuncak keistimewaan 10 hari terakhir Ramadan ini ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam al-Qadr dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, dalamnya ada malam yang amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah”. (riwayat Ibnu Majah).

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, mudah-mudahan akan diampuni dosanya yang lalu. (riwayat Muslim).

19 Ogos, 2011

10 Terakhir Ramadan, Apa Yang Perlu dilakukan?


AbuAqil Adnan
Hari ini hari ke-19 Ramadan dan malam ini merupakan malam ke -20 umat islam bertarawih. Sekarang kita berada pada kemuncak keuatamaan Ramadan iaitu 10 hari terakhir. Pada 10 malam terakhir inilah Allah meletakkan satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu lailatul qadr.
Realitinya semangat untuk beramal soleh semakin menurun berbanding awal-awal Ramadan. Buktinya jumlah ke masjid untuk bertarawih semakin berkurangan. Begitu juga jumlah kaum muslimin yang menunaikan solat subuh berjamaah. Ini sangat-sangat bertentangan dengan amalan rasulullah saw. Baginda saw menggandakan ibadatnya bila berada pada 10 malam terakhir Ramadan.
 ‘Aisyah menceritakan:
.
“Rasulullah saw sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lainnya.”[ Imam Muslim]
Seharusnya setiap muslim dapat memperbanyak ibadahnya ketika itu, menjauhi istri-istrinya dari berjima’ dan membangunkan keluarga untuk melakukan ketaatan pada malam tersebut. ‘Aisyah r.a berkata  :

“Apabila Nabi saw memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan), beliau mengencangkan sarungnya (untuk menjauhi para isteri beliau dari berjima), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya. [Imam al-Bukhari dan Muslim]

Begitulah sepatutnya sikap kita bila berada dalam kemuncak kelebihan Ramadan. Mudah-mudahan kita mendapat kelebihan beramal ibadat pada malam lailatul qadr di mana Allah menjanjikan keampunan semua dosa yang lepas.

Berikut dikumpulkan artikel-artikel yang berkaitan dengan malam al-qadr. Semoha bermanfaat kepada kita semua.





Related Posts with Thumbnails
 
Share