Memaparkan catatan dengan label Pemantapan Akidah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemantapan Akidah. Papar semua catatan

24 November, 2012

Produk Memperdagangkan Al-Quran Semakin Membimbangkan


Penjualan produk tempatan yang memanipulasikan ayat al-Quran semakin membimbangkan. Kalau dulu bermuladengan air musoffa kemudian air minuman kini minyak wangi pula kononnya dijampi dengan ayat suci. sila baca artikel manfaat ini

--------------------------------------------


Penulis melihat mutakhir ini penjualan produk rawatan berasaskan ayat-ayat al-Qur'an mahupun doa semakin menjadi-jadi. Dari satu sudut ia kelihatan baik kerana seolah-olah memperlihatkan umat Islam semakin ghairah untuk kembali kepada agama termasuk dalam ehwal berkaitan dengan kesihatan dan perubatan. Namun begitu, dari satu sudut yang lain, ia mendedahkan kesucian agama Islam kepada manipulasi dan eksploitasi demi kepentingan duniawi.

Ini kerana terdapat sesetengah pengusaha teramat melampau dalam mengkomersialkan produk-produk mereka sambil membawakan pelbagai testimoni sebagai bukti keberkesanannya. Pihak yang mempertikaikan produk mereka pula akan disanggah kononnya cuba mempersoalkan mukjizat al-Qur'an. 

Maka, dengan berbekalkan hujah-hujah agama, produk-produk tersebut dijual secara berleluasa sambil menyebut khasiat-khasiatnya yang tertentu seperti untuk mempercepatkan jodoh, mengeratkan kasih sayang suami isteri, membenteng diri daripada makhluk halus, menaikkan seri wajah dan seribu satu macam khasiat yang seolah-olahnya serba 'menyembuhkan' sesuai dengan kedudukan al-Qur'an sebagai mukjizat yang penuh dengan kelebihan.  

Dalam hal ini, penulis teringat kepada pesanan Syeikh Mahmud Syaltut, bekas Syeikh al-Azhar yang pernah menyatakan kebimbangan beliau terhadap apa yang berlaku ini. Beliau pada asasnya tidak mengharuskan perbuatan menulis ayat-ayat al-Qur'an pada kertas atau bekas-bekas tertentu dan kemudian dibasuh dan diminum. Ini kerana pada pandangannya perbuatan tersebut menyeleweng daripada cara perawatan dan perubatan sebenar serta digunakan oleh pihak tertentu untuk mendapatkan sumber kewangan dengan cara yang tidak diterima oleh Islam. Beliau mengatakan seperti berikut :

وإن تعجب فعجب أن تكتب الأية القرأنية في إناء ثم تمحى بالماء. ثم تؤمر المريض بشربه أو تكتب قطع صغيرة من الورق ثم تلف كالبرشام ويؤمر المريض بابتلاعها , أو تحرق تلك القطع ويبخر المريض بها على مرات, أو توضع في خرقة وتعلق حجابا في مكان معين من جسم المريض. وبهذا ونحوه اتخذ الدجالون القران لكسب العيش عن طريق يأباه الإيمان ويصدقه كثير من المسلمين. وذلك فضلا عن أنه انحرف عما أنزل لأجله فإن فيه إفسادا للعقول الضعيفة وصرفا لأربابها عن طريق العلاج الصحيح, وتغييرا لسنة الله في الأسباب والمسببات , واحتيالا على أكل أموال الناس بالباطل, وهذا تصرف لا يقره دين ولا يرضى به عقل سليم.
من كتاب " فتاوى" للشيخ محمود شلتوت , ص : 208

"Dan amat menakjubkan bahawa ayat-ayat al-Qur'an ditulis di dalam bekas kemudian dipadamkan dengan air, lalu pesakit diminta supaya meminumnya atau ditulis di atas kepingan-kepingan kertas yang kecil kemudian dihancurkan seperti pil dan pesakit disuruh untuk menelannya, atau dibakar kepingan tersebut dan pesakit diminta mengasap dengannya beberapa kali atau diletak kepingan kain dan digantung sebagai pembalut pada tempat tertentu pada tubuh pesakit. Dengan ini dan seumpamanya, para dajal telah menggunakan al-Qur'an untuk mencari makan dengan cara yang dinafikan oleh iman namun dibenarkan oleh ramai umat Islam. Demikian itu, lebih-lebih lagi ia terseleweng daripada tujuan sebenar al-Qur'an diturunkan, ia merosakkan akal yang lemah dan memalingkan orang yang terlibat (para pesakit dan yang berhajat) daripada kaedah rawatan yang sahih, dan mengubah sunnatullah dalam sebab dan musabab, dan satu penipuan untuk memakan harta orang ramai secara batil, perbuatan ini tidak diakui agama dan tidak diredai oleh akal yang waras". (Fatawa Shaykh Mahmud Shaltut, hal. 208)


Walaupun fatwa Syeikh Mahmud Syaltut ini mungkin bercanggah dengan pandangan sesetengah ulama yang membenarkan kaedah rawatan seperti yang dinyatakan, namun penekanan yang diberikan oleh beliau ialah unsur-unsur memanipulasikan ayat-ayat suci al-Qur'an dan doa untuk kepentingan duniawi. Sukar untuk dinafikan apabila kaedah rawatan seumpama dijadikan perniagaan komersial, ketika itu, pelanggan bukan lagi melihat Allah SWT itu sebagai penyembuh tetapi produk-produk tersebutlah yang menyembuhkan. Lebih-lebih lagi apabila pengusaha-pengusaha produk saling bersaing dan berlumba-lumba antara satu sama lain untuk menunjukkan produk mereka lebih mujarab bahkan lebih MUSTAJAB BACAAN AL-QUR'AN DAN DOANYA berbanding produk lain.

Antaranya contoh yang boleh dijadikan teladan adalah apa yang berlaku kepada penjualan Air Musofa secara komersial suatu ketika dahulu. Pengusaha air tersebut telah membuat promo menerusi rancangan temubual radio yang ditaja oleh syarikatnya sendiri. Dalam rancangan tersebut pengusaha produk akan menyebut pelbagai khasiat tentang produknya termasuk kepercayaan khurafat seperti mengatakan perbuatan merenjiskan Air Musoffa ke atas kenderaan, akan mengelakkan kenderaan tersebut daripada bala bencana.

Dalam segmen tajaan tersebut juga, pengusaha produk menawarkan hadiah kepada para pendengar yang dapat memberi testimoni terbaik. Kebanyakan testimoni yang diberikan menjuruskan kepada kepercayaan khurafat yang ditegah agama.

Perbuatan yang melampau dalam mengkomersialkan ini akhirnya telah menyebabkan syarikat Air Musoffa telah difatwakan haram oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-64 telah diadakan pada 4 Disember 2004 yang membuat keputusan bahawa : “Air Musoffa adalah air rawatan yang dihasilkan dengan kaedah yang bercanggah dengan hukum syarak dan pemasaran air ini boleh membuka pintu khurafat dalam masyarakat”.

Mesyuarat Panel Kajian Akidah (PKA) kali ke 29 pada 24  Mei 2005 juga telah bersetuju membuat keputusan bahawa penjualan Air Musoffa secara komersial adalah dilarang kerana boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah, penipuan dan kepercayaan khurafat.

Seterusnya Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-72 pada 23 Januari 2006 memutuskan bahawa: “Penjualan air musoffa secara komersial adalah dilarang kerana ia boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah, kepercayaan khurafat dan penipuan”.

Malah isu Air Musoffa ini pernah dibangkitkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 November 2004 dengan mengatakan adalah tidak wajar Air Musoffa ini dijual kepada orang ramai kerana boleh ditafsirkan sebagai memperdagangkan ayat-ayat al-Quran dan dikhuatiri masyarakat Islam akan mempercayai keupayaannya bagi menyembuhkan pelbagai penyakit dan meninggalkan perubatan moden.

Pada pemerhatian penulis juga, kaedah-kaedah rawatan yang seumpama ini kadang-kadang menjadi penyebab sesetengah orang MENSEKULARKAN perubatan moden dengan mengatakan perubatan moden bukan daripada perubatan Islam, padahal tokoh-tokoh awal perubatan moden itu dipelopori oleh para ulama Islam seperti Ibn Sina, al-Zahrawi, Ibn al-Haytham, al-Razi, Ibn Rusyd dll yang  menunjukkan perubatan moden adalah sebahagian daripada perubatan Islam.

Kesimpulannya, tiada siapa yang menafikan bahawa al-Qur'an memiliki kelebihan untuk menyembuhkan segala penyakit rohani dan jasmani dengan izin Allah SWT. Namun untuk menggunakan al-Qur'an bagi tujuan melariskan produk dan menjustifikasikan produknya sebagai yang terbaik dari yang lain, adalah suatu perbuatan MEMPERDAGANGKAN al-Qur'an dengan harga yang murah seperti firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 9: "Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari ugama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan".

09 Jun, 2011

Hati-hati Bisikan Syaitan Agar Syirik

AbuAqil aka  AbuSakeena

Petang tadi saya mendapat mesej daripada seorang anak murid yang merupakan bekas anak angkat semasa dia di tingkatan tiga di SMKPS dua tahun lepas. Terkejut juga kerana sebelum ini dia tidak pernah berhubung dengan saya. Rupa-rupanya dia mempunyai masalah besar yang berkaitan dengan akidah.

Keraguan  tentang kewujudan Allah SWT telah menguasai dirinya sejak bulan April lepas. Saya amat terkejut.  Saya memaklumkannya bahawa itu hanyalah tipu-daya dan bisikan dari syaitan. Saya menasihatinya agar sentiasa beristighfar bila terlintas perkara tersebut., sentiasa ingatkan Allah, baca al-Quran dengan memerhatikan maknanya.

Semoga Allah merahmati dan melindunginya daripada bisikan tersebut selepas ini.

Bukan pertama kali saya menerima aduan daripada pelajar dan remaja mengenai perkara ini. Begitulah tindakan syaitan yang tidak pernah berputus asa untuk menyesatkan anak Adam. Salah satu caranya ialah dengan menanamkan keraguan dalam hati. Allah SWT berfirman yang bermaksud :

05 Jun, 2011

Doa Menolak Firasat Buruk / Sial



AbuAqil aka Abu Sakeena

Dalam kehidupan seharian kita  tidak dapat lari dari terlintas di hati mengenai sesuatu yang buruk menimpa kita. Apatah lagi banyak sangat teori orang tua-tua yang  kita dengar. Antaranya bila bermusafir tidak boleh berpaling ke belakang atau berpatah balik untuk mengelak bala, biawak melintas bermaksud akan terkena musibah dan seumpamanya.

Semuanya musibah yang menimpa kita adalah ketentuan dari Allah SWT yang wajib kita imani iaitu beriman dengan ketentuan Qada’ dan Qadar Allah SWT. Langsung tiada kaitan dengan sesuatu petanda atau alamat seperti yang dibayangkan.

Untuk menghindari lintasan karut seperti ini  Nabi saw mengajar satu doa untuk kita amalkan iaitu :

اَللَّهُمَّ لاَ طَيْرَ إِلاَّ طَيْرُكَ، وَلاَ خَيْرَ إِلاَّ خَيْرُكَ، وَلاَ إِلَـهَ غَيْرُكَ.

Maksud : “Ya Allah! Tidak ada kesialan kecuali kesialan yang Engkau tentukan, dan Tidak ada kebaikan kecuali kebaikanMu, serta tiada Ilah (yang berhak disembah) selain Engkau ( Imam Ahmad dan Ibnu Sunni)

Semoga kita semua dapat amalkan doa ini.

18 Januari, 2011

Dakwah Melalui Teknologi Perlu Disiplin

Oleh Muhammad Asyraf

Umat Islam mesti selidik, pastikan kebenaran sebelum sebar maklumat berkaitan agama

SUDAH selayaknya menjadi budaya umat Islam menyebarkan mesej sistem pesanan ringkas (SMS), e-mel dan surat yang mempunyai elemen dakwah.

Pastinya ramai pernah menerima mesej, “Sila sebarkan SMS ini. Jika tidak kamu akan ditimpa bencana daripada Allah SWT,” atau “Jika anda mahukan kejayaan dikurniakan Allah SWT maka sebarkan e-mel ini kepada 20 orang. Sudah pasti akan datang ganjaran tanpa anda duga”.

Mesej sedemikian membuatkan kita berasa ragu untuk tidak melakukan apa yang disuruh. Malah timbul anggapan mungkin rezeki dikurniakan Allah SWT sepatutnya dilaburkan kepada usaha penyebaran maklumat agama ini.

15 Januari, 2011

Percaya Sial Amalan Syirik

Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

KEHIDUPAN manusia semakin maju, moden serta serba membangun tetapi masih ada tinggalan zaman jahiliah yang diamalkan dan dipercayai. Seharusnya perkara mempercayai sial terhadap sesuatu dikikis dalam sanubari setiap mukmin yang beriman. 

Ada segolongan begitu kuat percaya dan yakin terhadap sial angka atau nombor. Mereka akan cuba sedaya upaya menghindari menggunakan nombor itu. Sebaliknya memilih nombor lain dengan keyakinan ia akan memberi tuah, keselamatan dan kemakmuran.

Ada juga taksub dengan kepercayaan akibat sering terjadi kemalangan, maka terus dibuat persepsi jalan atau lokasi itu sebagai sial serta mengundang bahaya berulang. Demikian kepercayaan segelintir masyarakat yang masih tebal dengan ketaksuban terhadap sial.

25 Disember, 2010

Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain

Gambar Hiasan

Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Soalan: Dr MAZA, kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun nak jaga akidah saya. Bolehkah Dr Asri berikan pandangan?

Munif, Putrajaya.

Jawapan Dr MAZA: Saudara Munif, Alhamdulillah saudara prihatin dengan keadaan akidah saudara di kala ramai yang tidak mempedulikan lagi kebersihan akidah mereka. Akidah adalah pembeza utama antara seorang mukmin dan bukan mukmin. Seseorang bagaimana banyak amalannya pun, tetapi jika akidahnya rosak, maka amalannya ditolak. Maka penting untuk kita mempertahankan akidah dan kesuciannya. Mengenai soalan saudara, ada beberapa perkara yang wajar difahami;

29 November, 2010

Syirik : Dosa Yang Paling Menakutkan


Sihir merupakan salah satu amalan syirik
Tahukah anda apakah dosa yang paling besar yang boleh menyebabkan semua amalan terbatal dan akan kekal di dalam neraka? Jawapannya ada dalam sabda hadis Nabi saw  ini yang bermaksud :

Rasulullah saw pernah bertanya kepada para sahabatnya, “Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa-dosa yang paling besar ?” (beliau ulangi pertanyaan itu tiga kali) Maka para sahabat menjawab, “Mahu ya Rasulullah.” Lalu beliau bersabda, “Berbuat syirik terhadap Allah dan durhaka kepada kedua orang tua…” ( Imam al-Bukhari dan Muslim)

Beliau juga bersabda,”Dosa paling besar adalah engkau mengangkat sekutu bagi Allah padahal Dialah yang menciptakanmu.” ( Imam al-Bukhari dan Muslim)

01 November, 2010

Kayu Kokka : Antara Syirik dan Khurafat

Oleh Dato' Dr Haron Din 

Apakah dia kayu koka? Betulkah kayu koka ini sejenis kayu yang diperintahkan Allah untuk digunakan Nabi Nuh a.s. membuat kapal dan menyuruh Nabi Musa a.s. mengambil tongkat yang juga diperbuat daripada kayu koka.
 

Banyak orang sanggup membeli kayu koka dengan harga yang terlalu mahal. Ada yang berbentuk tongkat, tasbih dan batu cincin.

Kononnya ia boleh menjadi penghadang daripada jin dan syaitan, menyembuhkan penyakit serta memurahkan rezeki. Apakah ini ada isyarahnya dalam al-Quran atau as-Sunnah?

Abu Bakar Zakaria,
Damansara, Selangor

Saya pernah melihat kayu koka dalam semua bentuk. Pernah dihadiahkan kayu tersebut oleh beberapa orang kepada saya. Malah saya pernah membaca ada sebuah buku yang diterbitkan di Malaysia, disebutkan tentang penggunaan dan kebaikan kayu koka seperti yang saudara sebutkan.

23 September, 2010

Pemurnian Akidah : Hindari Ramalan-ramalan Tidak Berasas

Abu Aqil Adnan


Pada masa kini terlalu banyak tarikan untuk membuat ramalan masa depan seperti zodiac (ramalan bintang), ramalan potensi diri berdasarkan tarikh lahir, tulisan atau menilik tapak tangan  dan banyak lagi.

Perkara ini sangat mudah didapati sama ada iklan di akhbar, majalah, tv malah terdapat juga jemputan melalui sms. Bagi mereka yang tidak mengetahui kesan buruk perkara ini akan mencubanya malah lebih parah bila mempercayainya. Antara yang menarik perhatian di laman social facebook ialah ‘melihat ramalan pekerjaan anda berdasarkan tarikh lahir’ yang mendapat tempat di hati pemilik akaunnya yang beragama Islam.

28 Julai, 2010

Red Devil, Jersi Bola dan Salib

Oleh : zaharuddin abd. Rahman

Assalamualaikum ustaz, saya adalah salah seorang peminat bola sepak dunia.. saya meminati banyak pasukan Eropah. ini kerana ada lambang Salib Setan .. saya mahu tahu adakah saya sebagai seorang muslim boleh memakai jersi tersebut. Saya hanya meminati pasukan tersebut, sekiranya tidak boleh dipakai, adakah dalil yang melarang kita memakainya. Saya ada berbincang bersama rakan - rakan, mereka beritahu saya bahawa kita boleh memakai asalkan kita tidak mengagungkan lambang tersebut. Saya memang ragu - ragu dalam hal ini. Tolonglah selesaikan masalah saya ini ustaz. sekian, wassalam.

JAWAPAN

Wa'alaikumussalam,

Apa-apa sahaja logo  jika adalah benar-benar sebuah lambang salib, ia tidak boleh dipakai sama ada di baju atau lainnya bagi seorang Muslim. Kerana penganut Islam tidak dibenarkan mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam.  Dalilnya adalah cukup mudah iaitu firman Allah:-

وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثْمِ وَٱلْعُدْوَانِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

Ertinya : dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya ( Al-Maidah : 2)

07 Jun, 2010

Meramal Nasib Melalui Tarikh Lahir



 Soalan: Dr Asri, sekarang ada banyak ceramah atau kursus untuk menyingkap rahsia tarikh lahir. Ada rakan-rakan saya menyertainya dan mula mempercayai nasib masa depan mereka menerusi tarikh lahir. Kononnya, tarikh lahir menentukan kemampuan dirinya, masa depannya dan lain-lain. Apa yang dipilih pun mesti berdasarkan tarikh lahir. Adakah ini dizinkan oleh Islam?

Jawapan Dr MAZA:

Saudara, dalam masyarakat yang menghadapi berbagai tekanan hidup, kesibukannya, persaingan antara satu sama lain, maka ramai yang akan cuba mencari ‘keajaiban’ untuk merentasi semua itu. Jika tidak dengan iman yang benar, maka sihir, merenung nasib dan berbagai khurafat yang lain akan timbul dan mengambil tempat. Akan ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan daripada keadaan yang seperti ini. Untuk soalan tersebut beberapa perkara berikut saya ingin tegaskan;

1. Islam adalah agama yang menentang semua unsur khurafat, tahyul dan apa sahaja kebatilan yang tidak berasaskan fakta dan dalil yang benar. Meramal masa depan tanpa asas-asas yang boleh dipercayai atau saintifik adalah merosakkan akal dan menimbulkan berbagai salah sangka dalam kehidupan manusia. Ia boleh memutuskan harapan, atau membuat jangkaan yang salah. Sedangkan kita dilarang untuk berputus asa dari rahmat Allah. Segala unsur yang membodohkan manusia, ditentang keras oleh ajaran Islam ini.

02 Mei, 2010

Surat Berantai: Awas !!! Pelihara Akidah Anda


Adakah anda pernah menerima surat berantai yang menyuruh kita menyebarkan surat tersebut sebanyak beberapa salinan?. Sekiranya dilakukan akan mendapat manfaat dan sekiranya mengabaikannya akan mendapat musibah. Saya masih ingat pertama kali mengenai surat berantai ini ialah semasa belajar di sekolah menengah. 

Isu  surat ini tidak berkesudahan dan masih wujud pada zaman yang serba canggih ini dengan cara yang ‘up to date’ sama ada melalui sms,  e-mel, twitter atau facebook. Semuanya berpunca daripada kejahilan dan tidak mempelajari ilmu akidah yang sebenar. Hanya menyebut “aku beriman dengan qada’ dan qadar’ tapi tidak pernah memahami dengan kefahaman yang sepatutnya.

19 Mac, 2010


 Amalan Mencemarkan Akidah : Membaca Horoscopes.
 Salah satu tindakan yang mencemari kemurnian tauhid yang tidak disedari ramai ialah membaca dan mempercayai Horoscopes. Horoscopes ialah bintang seseorang yang dengan itu dapat diramal kebaikan atau keburukannya. Bintang ini ditentukan berdasarkan tarikh lahir. Sebagai contoh, orang yang lahir antara 21 Mac hingga 19 April memiliki bintang Aries, orang yang lahir antara 20 April hingga 20 Mei memiliki bintang Taurus dan demikianlah seterusnya.

Asal usul horoscopes ialah menggunakan kedudukan bintang, planet dan matahari untuk
meramalkan kebaikan atau keburukan.

Di dalam Islam, kedudukan bintang, planet dan matahari tidak memainkan peranan untuk meramalkan kebaikan atau keburukan. Pada zaman Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam, terdapat kepercayaan yang menyamai amalan menggunakan bintang, planet dan matahari sebagai sumber ramalan. Kepercayaan tersebut ialah menggunakan bintang untuk meramalkan hujan. Rasulullah menolak amalan sedemikian kerana ia adalah satu bentuk kekafiran. Zaid bin Khalid al-Juhani radhiallahu 'anh menerangkan:
Related Posts with Thumbnails
 
Share