Memaparkan catatan dengan label Bolasepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bolasepak. Papar semua catatan

15 September, 2012

Video Gol Kelantan vs Terengganu 14 Sept 2012


Dengan kemenangan besar membelasah Terengganu  malam tadi dengan jaringan 6-1, pasukan Kelantan muncul juara kumpulan A setelah ATM hanya mencatat keputusan seri 2-2 dengan Kedah. Jaringan gol lebih berpihak kepada Kelantan dengan kelebihan satu gol.

Peluang kelantan ke separuh akhir lebih cerah kerana akan berdepan dengan Felda United pada peringkat suku akhir nanti sementara cabaran getir menunggu ATM yang akan berdepan dengan juara bertahan Piala malaysia, Negeri Sembilan. Suku akhir pertama akan berlangsung pada 28 September 2012 dan kedua pada 5 Oktober 2012.

Jadual Suku Akhir 1 - 28.09.2012 [Jumaat]

Pahang vs LionsXII
Felda United vs Kelantan
ATM vs Negeri Sembilan
Johor FC vs Selangor

Jadual Suku Akhir 2 - 05.10.2012 [
Jumaat]

LionsXII vs Pahang
Kelantan vs Felda United
Negeri Sembilan vs ATM
Selangor vs Johor FC

30 Disember, 2010

'Harimau Malaya' Juara


Perlawanan akhir kedua semalam sungguh mendebarkan. Walaupun bermodalkan tiga gol,skuad negara sentiasa cemas dengan asakan bertubi-tubi oleh pasukan tuan rumah. Kehebatan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada separuh masa pertama serta jaringan Mohd. Safee Mohd. Sali pada awal babak kedua menjadi detik pengubah perlawanan malam tadi. Tahniah kepada skuad Bolasepak kebangsaan kerana menamatkan penantian selama 14 tahun.....AbuAqil

-----------------------------

JAKARTA – Sejarah tercipta di bumi Stadium Gelora Bung Karno, buat pertama kali dalam sejarah penganjuran Piala Suzuki AFF 2010 apabila Malaysia menjadi juara walaupun tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan akhir kedua untuk meraih kemenangan melalui agregat 4-2, semalam.

Bertambah manis anak didik K. Rajagobal berjaya melakukannya di hadapan 95,000 penyokong fanatik Indonesia yang terpaksa menelan kepahitan bahawa Malaysia lebih berhak merangkul kejuaraan edisi kelapan Piala Suzuki.

Related Posts with Thumbnails
 
Share