Memaparkan catatan dengan label Keagungan al-Quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keagungan al-Quran. Papar semua catatan
08 Jun, 2011
Alhamdulillah Dikurniakan Nikmat Istiqamah
AbuAqil aka AbuSakeena
Alhamdulillah pada pagi ini khatam sekali lagi al-Quran. Entah bagi kali yang ke berapa. Sungguh bersyukur kerana Allah membimbing diri ini dan dapat istiqamah membaca al-Quran setiap hari sehingga tamat dari awal sehingga akhir. Sungguh besar kurniaan Allah ini.
Saya memperuntukkan masa selepas Subuh untuk membacanya setiap hari. Sekiranya terlepas pada subuh itu maka saya akan membacanya selepas maghrib pada hari yang sama. Ada juga kadang-kadang bila ada urusan terlepas membacanya namun saya tetap akan menggantikannya pada hari berikutnya. Tilawah al-Quran inilah antara rutin harian yang pasti dilaksanakan setiap hari.
Ada manusia yang dapat istiqamah membaca akhbar, menonton televisyen, melayari internet, membaca novel dan majalah, lepak-lepak di kedai kopi dan seumpamanya. Namun amat malang apabila mukjizah teragung Nabi Muhammad saw diabaikan begitu sahaja.
Padahal al-Quran inilah yang akan menjamin seseorang itu akan mendapat keselamatan dan keredaan Allah atau pun akan mendapat kesusahan dan kemurkaan Allah. Sebagaimana HAdis Nabi yang bermaksud :
Labels:
Amal Soleh,
Keagungan al-Quran,
Personal Famili
30 Mei, 2011
al-Hamdulillah Siap Juga Video Terjemahan al-Quran
Telah lama tidak membikin video. Minggu lepas terdetik untuk membuat video tentang terjemahan al-Quran setelah mendengar bacaan al-Quran oleh Syeikh Fahd al-Kanderi yang di’share’ oleh seorang sahabat di facebook. Bacaannya mampu menitiskan airmata bila diperhatikan isi kandungan ayat tersebut.
Pertama kali juga membikin video dengan menggunakan perisian corel video studio yang canggih tapi banyak memberi masalah namun alhamdulillah dapat juga disiapkan walaupun menghadapi pelbagai kesulitan. akhirnya terpaksa juga menggunakan movie maker untuk menyiapkannya.
Video ini merupakan video yang ketiga telah diupload di youtube iaitu selepas video sambutan hari raya SMK Putri Saaadong dan video lirik lagu yang menginsafkan ‘ Cahaya Hati’ nyanyian Opick.
Semoga video terjemahan al-Quran ini akan bermanfaat kepada muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Saya amat mengharapkan semua ini akan menjadi amal soleh bagi diri yang kerdil ini. Ini sahaja sumbangan yang mampu dilakukan untuk agama yang dicintai sepenuh jiwaku.
Hayatilah video ini.
Labels:
Keagungan al-Quran,
Video,
Video Muzik
19 Mac, 2011
Keutamaan Surah Al-Mulk
Surah al-Mulk merupakan surah pertama dari juzuk kedua puluh sembilan. Surah ini mempunyai kelebihan tertentu sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi saw. Surah ini sepatutnya berada dalam dada setiap mukmin. antara kelebihan surah ini ialah :
Pertama: Memang banyak fadhilat dan keutamaan dari surah al-Mulk, diantara hadis yang sahih adalah:
ـ(1) عن أبي هريرة، عن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال: سورة من القرأن، ثلاثون اية؛ تَشْفَعُ لصاحبها حتى يُغْفَرَ له: تبارك الذي بيده الملك. (رواه أبو داود واللفظ له, والترمذي وغيرهما، وصححه ابن حبان والحاكم والذهبي، وحسنه الترمذي والألباني)ـ
Dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda:
“Ada surah dari Alqur’an yang terdiri dari 30 ayat, Surah tersebut dapat memberikan syafa’at bagi ‘temannya’ (yakni orang yang banyak membacanya) sehingga orang tersebut diampuni dosanya, yaitu: Surah Tabarokalladi bi yadihil mulk“. (HR. Abu Dawud dg redaksinya, diriwayatkan pula oleh at-Tirmidzi dan yang lainnya. Hadits ini di-sahih-kan oleh Ibnu Hibban, al-Hakim, dan adz-Dzahabi, sedangkan at-Tirmidzy dan Albani menghasankannya)
02 Februari, 2011
Terjemah al-Quran versi Mandarin : Impian bapa jadi kenyataan
![]() |
| Obaidellah Mohamad dan Mariam Abdullah adalah antara tulang belakang terhasilnya Tafsir Ar-Rahman kepada pengertian al-Quran juz 30 versi Mandarin. |
Peluang yang jarang diperolehi oleh sesiapan pun. Bayangkan hasil penat lelahnya dibayar dengan ganjaran pahala di sisi Allah setiap kali karya terjemahannnya dihayati oleh kaum cina muslim untuk memahami kalam Allah...subhanallah....AbuAqil
----------------------
ISLAM sebagai cara hidup telah meletakkan panduan, sesiapa sahaja boleh menjadi orang yang terbaik selagi mereka mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Pendek kata, tidak semestinya kita perlu menjadi ustaz atau ustazah baru boleh berdakwah. Sebaliknya, sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori ayat di atas adalah umat terbaik.
Anak jati kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini adalah antara contoh orang bukan agamawan tetapi berjasa dan berperanan penting dalam mengembangkan dakwah khususnya kepada masyarakat Cina dalam dan luar negara.
Tidak terlintas di fikiran Prof. Madya Obaidellah Mohamad, keputusan memilih sekolah aliran Cina akhirnya membawa beliau kepada terhasilnya Tafsir Ar-Rahman kepada pengertian al-Quran juz 30 versi Mandarin.
16 Disember, 2010
Mumia Temukan Dr. Maurice Dengan Islam
![]() |
| Dr. yahya Maurice Bucaille |
PADA pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
30 November, 2010
Muhasabah : Kita Ada masa Untuk...
AbuAqilAdnan
Dengan peruntukan modal selama 24 jam sehari, kita :
- Ada masa untuk bermesra dan berhibur bersama ahli keluarga
- Ada masa untuk berehat untuk menghilangkan penat lelah setelah mencari rezeki
- Ada masa untuk lepak bersama kawan-kawan,
- Ada masa untuk menonton tv
- Ada masa untuk mendengar muzik dan lagu
- Ada masa untuk membaca akhbar,majalah, novel
Labels:
Amal Soleh,
Ancaman,
Keagungan al-Quran
09 Oktober, 2010
Hikmah Disebalik Idea Membakar al-Quran
![]() |
idea membakar al-Quran yang dicetuskan Terry Jones, biarpun menimbulkan kemarahan umat Islam namun ia secara tidak langsung dapat mempromosikan Islam. |
Terima kasih Terry Jones! Ini kerana cetusan idea beliau untuk membakar al-Quran memberikan terlalu banyak hikmah kepada umat Islam. Ini termasuklah;
*Ia telah memberikan peluang perniagaan yang sangat menguntungkan. Ramai yang tercari-cari dan membeli buku-buku mengenai Islam, sekali gus naskhah al-Quran itu sendiri. Ini memberikan pendapatan kepada pengusaha kedai-kedai buku. Hikmah-hikmah lain yang kita nikmati dari idea Jones.
*Ramai kini tanpa mengira Islam dan bukan Islam mengunjungi masjid-masjid untuk menghadiri kelas-kelas pengajian mengenai Islam dan pulang dengan menerima pelbagai pesanan-pesanan indah mengenai Islam.
*Semakin ramai juga yang menghubungi talian panas (hotline) dan bertanya mengenai percaya, iman dan doktrin Islam. Ini memberikan kesempatan kepada umat Islam untuk menjelaskan mengenai Islam.
23 September, 2010
Saintis buktikan Nabi Musa belah laut
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Labels:
Keagungan al-Quran,
Mukjizat dan Karamah
21 Julai, 2010
Surah al-‘Ashr: Pengurusan Masa Dalam Islam.
Surah al-ashr merupakan surah yang ringkas dan pendek namun mempunyai asas pengurusan hidup untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]
Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:
1. Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.
Labels:
Keagungan al-Quran,
kehidupan dunia
16 Jun, 2010
Kisah Dari al-Quran : Kisah Ajaib Ashabul Kahfi
Dalam al-Quran Allah SWT merakamkan banyak kisah-kisah yang pelik dan mengkagumkan sebagai tanda kekuasaan dan keagunganNya . Salah satu daripadanya ialah kisah ashabul kahfi yang ditidurkan oleh Allah SWT selama 309 tahun. Surah al-kahfi menceritakan kegigihan pemuda-pemuda yang berusaha memelihara keimanan mereka. Firman Allah :
“ Dan Kami meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, "Tuhan Kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; Kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, Sesungguhnya Kami kalau demikian telah mengucapkan Perkataan yang Amat jauh dari kebenaran".( Surah al-Kahfi :14)
Pada awalnya mereka beriman secara senyap-senyap tanpa diketahui oleh kaum mereka. Mereka menjalani kehidupan dalam masyarakat yang menyembah berhala dengan diperintah oleh raja zalim yang akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menganut agama selain agamanya yang batil.
Labels:
Keagungan al-Quran,
Kisah Muktabar
05 Jun, 2010
Kelebihan-kelebihan Ayat Kursi
Ayat kursi merupakan ayat yang paling agung dalam al-Quran serta mempunyai banyak keutamaan berdasarkan hadis-hadis sahih. Kita hendaklah sentiasa membacanya agar mendapat kelebihannya. Ayat kursi merupakan ayat ke 255 Surah Al-Baqarah. Antara hadis-hadis yang menerangkan keutamaan ayat ini ialah :
1. Ubay bin Ka’b RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai Abul Munzir (kunyah Ubay), tahukah engkau ayat mana di dalam kitab Allah yang paling agung?”
Aku menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.”
Beliau berkata, “Wahai Abul Mundzir, Tahukah engkau ayat mana di kitab Allah yang paling agung?”
Aku pun menjawab,
01 Jun, 2010
Al-Fatihah : Jampi Disengat Binatang Berbisa
Al-Qur’an seluruhnya boleh digunakan untuk jampi (ruqyah). Namun secara khusus Surah Al-Fatihah pernah diamalkan oleh para sahabat dalam menjampi sesiapa yang digigit kalajengking. Dengan berkat pertolongan Allah, orang yang digigit kalajengking tersebut sembuh kala itu juga.
Kisah ini diriwayatkan oleh dari sahabat Abu Sa’id Al-Khudriy -radhiyallahu ‘anhu- ketika beliau berkata:
” Ada beberapa orang dari kalangan sahabat Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- pernah berangkat dalam suatu perjalanan yang mereka lakukan sampai mereka singgah pada suatu perkampungan Arab. Mereka pun meminta jamuan kepada mereka. Tapi mereka enggan untuk menjamu mereka (para sahabat). Akhirnya, pemimpin suku itu digigit kalajengking.
02 Mei, 2010
Surah al-Ikhlas Menyamai Satu Pertiga al-Quran
Surah al-ikhlas merupakan surah yang diingati oleh setiap orang islam lantaran ayatnya yang pendek iaitu hanya 4 ayat. Walaupun surah ini pendek tetapi ia mempunyai kelebihan yang amat besar disebabkan isi kandungannya yang berpaksikan tauhid dan mensucikan Allah daripada sifat-sifat yang tidak layak bagiNya. Surah ini mempunyai beberapa kelebihan berdasarkan hadis-hadis rasulullah saw.
11 April, 2010
Wahai Saudaraku Bacalah al-Quran
Sebentar tadi penulis baru sahaja khatam al-Quran entah kali ke berapa. Alhamdulillah, segala puji hanya kepada Allah kerana memberikan kekuatan, petunjuk dan bimbingan sehingga hamba yang lemah ini dapat istiqamah tilawah al-Quran. Ya Allah, Kekalkanlah petunjukMu ini hingga rohku dicabut oleh malakul maut.
Bermula dari awal surah al-fatihah, al-baqarah dan seterusnya sehingga surah al-nas. Bukan sekejap untuk sekali khatam. Ia memakan masa berbulan-bulan malah boleh jadi bertahun. Bukan banyak pun yang dibaca, memadailah dengan satu hizb atau semuka lebih setiap kali baca. Kerana amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang berkekalan walau pun hanya sedikit. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang berkekalan walau pun sedikit. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
Bermula dari awal surah al-fatihah, al-baqarah dan seterusnya sehingga surah al-nas. Bukan sekejap untuk sekali khatam. Ia memakan masa berbulan-bulan malah boleh jadi bertahun. Bukan banyak pun yang dibaca, memadailah dengan satu hizb atau semuka lebih setiap kali baca. Kerana amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang berkekalan walau pun hanya sedikit. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang berkekalan walau pun sedikit. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)


















