01 Jun, 2010

Al-Fatihah : Jampi Disengat Binatang Berbisa





Al-Qur’an seluruhnya boleh digunakan untuk jampi (ruqyah). Namun secara khusus Surah Al-Fatihah pernah diamalkan oleh para sahabat dalam menjampi sesiapa yang digigit kalajengking. Dengan berkat pertolongan Allah, orang yang digigit kalajengking tersebut sembuh kala itu juga.
Kisah ini diriwayatkan oleh dari sahabat Abu Sa’id Al-Khudriy -radhiyallahu ‘anhu- ketika beliau berkata:
” Ada beberapa orang dari kalangan sahabat Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- pernah berangkat dalam suatu perjalanan yang mereka lakukan sampai mereka singgah pada suatu perkampungan Arab. Mereka pun meminta jamuan kepada mereka. Tapi mereka enggan untuk menjamu mereka (para sahabat). Akhirnya, pemimpin suku itu digigit kalajengking.

 Mereka (orang-orang kampung itu) telah berusaha segala sesuatu untuknya. Namun semua itu tidak bermanfaat baginya. Sebahagian diantara mereka berkata, “Bagaimana kalau kamu mendatangi rombongan (para sahabat) yang telah singgah. Barangkali ada sesuatu diantara mereka”.
Mereka  pun mendatangi para sahabat seraya berkata, “Wahai para rombongan, sesungguhnya pemimpin kami disengat, dan kami telah melakukan segala usaha, tapi tidak memberikan manfaat kepadanya. Apakah ada sesuatu (ubat) pada seorang di antara kamu?” Sebahagian sahabat berkata, “Ya, ada. Demi Allah, sesungguhnya aku boleh  menjampi. Tapi demi Allah, kami telah meminta jamuan kepada kamu, namun kamu tak mahu menjamu kami.

Maka aku pun tak mahu menjampi kamu sampai kamu mahu mengupah kami”. Merekapun bersetuju dengan para sahabat dengan upah  berupa beberapa ekor kambing. Lalu seorang sahabat pergi (untuk menjampi mereka) sambil meludah kepada pimpinan suku tersebut, dan membaca, “Alhamdulillah Robbil alamin (yakni, Al-Fatihah)”.

Seakan-akan orang itu terlepas dari ikatan. Maka mulailah ia berjalan, dan sama sekali tak ada lagi penyakit padanya. Dia (Abu Sa’id) berkata, “Mereka pun memberikan kepada para sahabat gaji yang telah mereka sepakati.

Sebahagian sahabat berkata, “Silakan bagi (kambingnya)”. Yang menjampi berkata, “Janganlah kamu lakukan hal itu sehingga kita mendatangi Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam-, lalu kita ceritakan kepada beliau tentang sesuatu yang terjadi. Kemudian kita lihat, apa yang baginda perintahkan kepada kita”. Mereka pun datang kepada Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- seraya menyebutkan hal itu kepada beliau.

Maka beliau bersabda, “Apa yang memberitahukanmu bahwa Al-Fatihah adalah ayat jampi?” Kemudian beliau bersabda lagi, “Kamu telah benar, silakan  dibahagikan (kambingnya). Berikan aku bahagian bersama kamu”. Lalu Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketawa“. [ Imam Al-Bukhari (2156) dan Muslim (2201)]
Pengajaran

1- Surah al-Fatihah merupakan ayat jampi yang mujarab untuk sengatan binatang berbisa.

2- Ludahan pada tempat disengat dilakukan setelah dibaca ayat-ayat.

3- Diharuskan menerima upah bila dilakukan usaha mengubati seseorang.

4- Allah Maha Berkuasa untuk menyembuhkan segala penyakit

5- Hendaklah berikhtiar untuk sembuh dari penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share