Memaparkan catatan dengan label Analisis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Analisis. Papar semua catatan

11 Oktober, 2011

Trial SPM : Tahniah Kepada Semua Anak didik


AbuAqil

Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana semua anak didik mendapat A dalam percubaan SPM kertas bahasa Arab Tinggi. Tahniah Kepada semua pelajar. namun ustaz masih tidak berpuashati kerana masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dan masih banyak kelemahan terutama soalan nahu.

semoga anda semua terus tinggkatkan usaha dan mengatasi semua kelemahan, mudah-mudahan semua pelajar akan mendapat A+.

Tahniah kepada Nurul  Asyirah Muhamad Sauti dan Ahmad Syukran kerana mendapat markah tertinggi iaitu 91. Diikuti oleh  Nur Afifah Mat Daud ( 86 ), Nur Haniza Samsuddin ( 84), Nur Alyaa Ibrahim (83), Muhammad Ilham Rusydan(81), Khadijah Ismail (75), Muhamad Ridhwan M. Razali (74) dan Hazimah Ramli (72).

Ustaz sangat berharap anda semua gandakan usaha agar mendapat keputusan terbaik dalam SPM nanti. Jangan 'over-confident' Ustaz akan berusaha untuk membantu anda semua...Insya Allah.

Semoga Allah mempermudahkan semua urusan kami...

02 Jun, 2011

2 Intan : Analisis PKBS II


AbuAqil

Sebagai guru tingkatan kelas 2 Intan, perasaan sedih dan sangat kecewa bila anak-anak didik sendiri tidak bermotivasi, lemah, malas dan tidak cakna kepada pelajaran. Jawapan mereka seolah-olah mereka tidak  pernah belajar Bahasa Arab. Tidak pernah membuat latihan bahagian qawaid, petikan pemahaman dan latihan gambar, situasi.

Mereka dengan selamba tinggal kosong atau menjawab entah apa-apa. Langsung tidak berusaha untuk mencari jawapan atau berfikir perkara yang telah mereka hafal seperti tasrif fe’el. Hafalan mereka hanya semata-mata untuk selamatkan diri dari dihukum bukan untuk digunakan dalam peperiksaan.

Sasaran ustaz bagi pelajar kelas ini bukan mendapat A. memadailah dengan semua pelajar lulus. Namun dukacitanya terdapat 4 orang gagal. Mereka yang memilih untuk gagal. Sekiranya mereka mendengar dan mengikuti semua arahan yang diberikan dalam masa 2 minggu sebelum peperiksaan, tiada alasan untuk gagal. Bila karangan tidak dihafal dan soalan-soalan tidak dijawab, kemudian mereka memasang angan-angan untuk lulus…sungguh memalukan. Di mana maruah dan harga diri pelajar seperti ini?.

Entah berapa banyak dosa pelajar-pelajar seperti ini. Dosa terhadap ibu bapa dan guru-guru. Mereka ibarat menipu ibubapa yang bersusah payah menghantar anak ke sekolah terpilih dan sanggup berpisah dengan anak kesayangan dengan harapan anak-anak akan belajar bersungguh-sungguh dan Berjaya dalam pelajaran. Namun si anak sewenang-wenangnya mengabaikan pelajaran dengan malas berusaha, tidak mengulangkaji, bermain, tidur dan berbual masa study prep dan seumpamanya.

Pelajar-pelajar diharap sedar, insaf dan buat perubahan secepat mungkin. Masih belum terlambat untuk menjadi seperti rakan-rakan yang lain yang membanggakan kedua orang tua mereka. Tiada siapa yang dapat mengubah diri anda melainkan diri anda sendiri.

Kenalpasti kelemahan dan perbaikinya sebaik mungkin. Jangan ulangi sikap negatif yang akan mengecewakan orang di sekeliling anda. Tiada guru yang gembira bila anak didiknya gagal. Mereka sangat-sangat kecewa kerana penat lelah mengajar dan mendidik tapi tiada hasil yang diperolehi. Hanya Allah yang tahu perasaan guru tersebut.

Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat B dan semua pelajar yang lulus. Ustaz sangat bangga dengan anda. Terima kasih kerana mematuhi dan menghafal apa yang ustaz suruh. Pelajar yang mendapat b ialah Norshazlin Ramly, Nur Shahera Farhana Awang, Nur Shazni Auni, Siti Nur Hazwani Hazmi dan Nurul Qistina Abdul Rahman yang mendapat markah tertinggi iaitu 77 markah.
Kepada 11 orang pelajar yang mendapat C dan 5 orang yang mendapat D, tingkatkan usaha anda agar keputusan akan datang menjadi lebih baik.

Kepada pelajar yang gagal, Jangan berputus asa. Tolong ubah sikap dan diri anda. Kejayaan tidak akan datang bergolek mencari anda. Berusahalah sedaya upaya. Peluang masih terbuka dan kejayaan sedang menunggu anda. Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. Anda ingin gagal atau cemerlang?... Pilihan di tangan anda.


SENARAI LENGKAP MARKAH. Pelajar yang gagal dihilangkan nama. (Sila klik pada imej utk lebih besar):



2 Berlian : Analisis PKBS II

AbuAqil

Petang tadi siap menanda skrip tingkatan 2 Berlian. Keseluruhannya agak mengecewakan kerana pelajar mengabaikan nasihat ustaz. Ramai pelajar tidak menjawab soalan malah tinggalkan begitu sahaja tanpa berusaha untuk mencari jawapan dalam petikan. Akibatnya pelajar yang mendapat markah penuh bahagian lain dapat keputusan B.

Lebih mengecewakan terdapat dua orang pelajar lelaki yang gagal. Pelajar lelaki memang tidak pernah serius dalam belajar. Mereka memang tidak ingin cemerlang. Tiada siapa yang dapat tolong manusia seperti ini. Dengan panduan, ulangkaji dan perbincangan yang ustaz lakukan tidak sepatutnya ada pelajar yang gagal. Kesimpulannya mereka sendiri yang ingin gagal.

Namun tahniah kepada 7 orang pelajar yang mendapat A. Nor Asyikin Yajid paling cemerlang kerana memperoleh markah 92. Pelajar lain yang mendapat A ialah Mimi Shahirah Noh, Nazahar Anies Azwanie, Mimi Aswani, Nur Hazwani Hamdi dan Nurul  Hazwani Rahimin dan Fatin Nabila Syuhada.

Seramai 8 orang pelajar  tercicir kepada B disebabkan banyak kehilangan markah soalan pemahaman/ petikan kerana tinggal kosong atau jawapan salah. Jangan berputus asa kerana anda sebenarnya layak mendapat A. kenalpasti kelemahan anda nanti dan pastikan ia tidak berulang. Pelajar yang mendapat B ialah Nur Aisyah Jaafar, Azila Alias, Siti Najihah Roslim, Tengku Hanis , Nur Afiqah Abdul Halim, Nur Arin Dayana, Nur Izzati Aziz dan  Nur Fatin Syakira.

Kelemahan pelajar tingkatan 2 Berlian adalah sama dengan komen yang ustaz berikan dalam analisis tingkatan 2 Aked.

Semoga semua pelajar tingkatkan usaha agar akan mencapai keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan akan datang.


Senarai Lengkap Markah :


Analisis PKBS 2 4 Ibnu Sina



AbuAqil

Pelajar tingkatan 4 Ibnu sina merupakan pelajar yang mendapat A dalam peperiksaan PMR 2010. namun itu bukan jaminan anda juga akan mendapat A dalam SPM kelak kerana jauh berbeza antara B. Arab PMR dan BAT SPM.

Peperiksaan kali ini merupakan kali pertama anak-anak didik tingkatan 4 Ibnu Sina menjawab soalan mengikut format BAT SPM.

Secara umumnya ustaz berpuas hati dengan jawapan para pelajar. Soalan tersebut diakui memang sukar ditambah dengan beberapa bab yang belum dipelajari menyebabkan pelajar banyak kehilangan markah.

Namun demikian keputusan peperiksaan kali ini sangat mengembirakan ustaz kerana ramai pelajar yang mendapat A iaitu tiga orang mendapat A dan 7 orang mendapat A-. satu keputusan yang sangat cemerlang bagi  pelajar yang baru berjinak dengan BAT. Semoga ini menjadi perangsang  untuk terus mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan akan datang.

Nik Fatin Insyirah Nik Man(gambar), anak didik yang diajar sejak tingkatan 1 di SMKPS yang baru masuk ke SMKDP beberapa bulan lepas telah menggungguli peperiksaan kali ini iaitu dengan 87 markah. Semoga Fatin juga akan muncul pelajar terbaik keseluruhan tingkatan 4 seterusnya menjaga imej 4 Ibnu Sina sebagai kelas terbaik.

Pelajar-pelajar lain yang mendapat A ialah Engku Haslinda Engku Hassan dan Noor Azwanie Muhamad.

Pelajar yang mendapat A- pula ialah Nor Faezah Mat Yusoff, Nor Amirah M. Yusoff, Nor Syafiqah Zakaria, Nur Hidayah Ab Hadi, Nur Afifi Suhaimi, Siti Nor Aziah Kamarudin dan Atifah Md Shamsuddin.

Pelajar-pelajar yang lain diharap tidak kecewa dan berputus asa walau hanya mendapat B dan C. anda perlu tingkatkan usaha dan perbaiki kelemahan untuk mencapai A dalam peperiksaan akan datang.

kelemahan utama pelajar 4 ibnu Sina ialah sama ialah :

- Belum menguasai nahu, sorof dan balaghah dengan baik.

- Cuai memahami arahan soalan. Lain yang ditanya, lain yang dijawab.

- Mengabaikan pesanan ustaz agar menghafal

- Lemah menterjemahkan teks ke B. Arab

- Kekurangan mufradat

- Tidak memahami teks/ petikan menyebabkan bermasalah untuk menjawab soalan pemahaman dan 
keluarkan isi penting.

- Lemah ejaan/ imlak
Diharap semua pelajar dapat mengesan kelemahan masing-masing dan berusaha secepat mungkin memperbaiki kelemahan tersebut agar tidak berulang dalam peperiksaan akan datang.

Apa-apa pun ustaz berpuas hati dengan keseluruhan keputusan yang dicapai oleh semua pelajar. Kepada yang mendapat A, jangan berpuas hati kerana perjalanan anda masih jauh. Jepada yang belum mendapat A, jangan putus asa kerana peluang masih terbuka luas. Anda mampu mencapai A dalam peperiksaan akan datang. Gandakan usaha anda dari semasa ke semasa.

بارك الله فيكم يا طلاب 4 ابن سينا
أنتم قادرون
أنتم افتخار أستاذ

senarai lengkap markah ( sila klik pada imej untuk imej lebih besar )


01 Jun, 2011

Analisis PKBS 2 5 Ibnu Sina

AbuAqil

Peperiksaan kali ini merupakan kali pertama anak-anak didik 5 Ibnu Sina seramai 9 orang menjawab soalan mengikut format BAT SPM.

Secara umumnya ustaz berpuas hati dengan jawapan para pelajar walau pun ada juga jawapan yang mengecewakan kerana masih gagal menjawab soalan yang telah dipelajari, dibuat latih tubi dan ulangkaji berulang kali.

Peperiksaan kali ini mencatat seorang pelajar mendapat A iaitu Nurul Asyirah Mohd sauti yang mendapat 83 markah. Satu pencapaian yang baik. Sementara dua orang pelajar mendapat A-  iaitu Khadijah Ismail (71) dan Nur Haniza Samsuddin(70). Baki pelajar lain mendapat B. keputusan ini tidak termasuk Muhamad Syukran yang mewakili negeri Kelantan dalam kejohanan hoki MSSM peringkat kebangsaan.

Nur Aliaa, Nur Hazimah, Nur Afifah, Muhammmad Ilham Rusydan dan Muhd Ridhwan sebenarnya berpeluang untuk mendapat A, namun kecuaian dan menyebabkan tercicir beberapa markah.

Insya Allah anda semua akan mendapat A dalam peperiksaan SPM nanti. Ustaz akan bantu sedaya upaya namun yang menentukan adalah diri anda sendiri. Ustaz hanya bimbing, bantu tetapi anda sendirilah mesti berusaha, menghafal, bertanya dan mengulangkaji. Jangan mengeluh, mengadu jika ustaz memberikan sesuatu ‘beban’ kerana semua itu adalah untuk kebaikan anda juga.

Antara kelemahan ketara di kalangan pelajar ialah :

- Belum menguasai nahu, sorof dan balaghah dengan baik.

- Cuai memahami arahan soalan. Lain yang ditanya, lain yang dijawab.

- Mengabaikan pesanan ustaz agar menghafal

- Lemah menterjemahkan teks ke B. Arab

- Kekurangan mufradat

- Tidak memahami teks/ petikan menyebabkan bermasalah untuk menjawab soalan pemahaman dan 
keluarkan isi penting.

- Lemah ejaan/ imlak

Diharap semua pelajar dapat mengesaan kelemahan masing-masing dan berusaha secepat mungkin memperbaiki kelemahan tersebut agar tidak berulang dalam peperiksaan akan datang.

Apa-apa pun ustaz berpuas hati dengan keseluruhan keputusan yang dicapai oleh semua pelajar. Kepada yang mendapat A, jangan berpuas hati kerana perjalanan anda masih jauh. Kepada yang belum mendapat A, jangan putus asa kerana peluang masih terbuka luas. Anda mampu mencapai A dalam peperiksaan akan datang. Gandakan usaha anda dari semasa ke semasa.

بارك الله فيكم يا طلاب 5 ابن سينا
أنتم قادرون
أنتم افتخار أستاذ

31 Mei, 2011

2 Aked PKBS II : Jangan Ulangi Kesilapan Lalu (Update)

AbuAqil


Edisi update :


Pagi ini merupakan hari terakhir penyerahan markah PKBS 2. Pada awal pagi ini terlintas untuk menyemak semula markah sebelum ke sekolah. Setelah disemak, ramai pelajar di'upgrade' mendapat B kepada A. Entah berkat doa siapa aku menjadi pemurah. Jadi yang mendapat A meningkat kepada 20 orang. Semua yang B sebelum ini mendapat A setelah dilakukan 'semakan ihsan'. Tahniah!


Namun diingatkan agar pelajar tidak mengulangi kesilapan lalu dan berusaha memperbaiki kelemahan sebelum ini.


--------------

Pelajar-pelajar  tingkatan 2 Aked sungguh teruja untuk mengetahui markah  B.Arab mereka. kerap sangat mereka bertanya  walau pun jawab taklah dapat mana pun J. Pelik juga budak-budak kelas ini. Satu sikap positif dan semangat yang perlu dikekalkan supaya mereka  sentiasa berusaha untuk mendapat keputusan terbaik dengan berusaha memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa. Kalau semangat mereka ini berterusan maka mereka tiada  masalah untuk memperoleh A  B. Arab PMR tahun depan…Insya Allah.

Setelah bertubi-tubi ditanya markah budak-budak 2 Aked akhirnya bermula pagi tadi terpaksa mengangguhkan online untuk menanda kertas jawapan mereka.

Ada suka ada duka, ada rasa gembira dan ada juga rasa geram bercampur marah sepanjang menanda skrip jawapan. Soalan yang mudah diabaikan begitu sahaja. Nampak sangat mereka mengabaikan nasihat, tips dan malas menghafal.

Kalau  anda malas menghafal tiada apa lagi yang mampu ustaz bantu. Ustaz hanya membimbing semata-mata, beri tunjuk ajar, tips, rahsia.  Tapi yang menentukan segalanya adalah diri anda sendiri.
Related Posts with Thumbnails
 
Share