02 Jun, 2011

2 Intan : Analisis PKBS II




AbuAqil

Sebagai guru tingkatan kelas 2 Intan, perasaan sedih dan sangat kecewa bila anak-anak didik sendiri tidak bermotivasi, lemah, malas dan tidak cakna kepada pelajaran. Jawapan mereka seolah-olah mereka tidak  pernah belajar Bahasa Arab. Tidak pernah membuat latihan bahagian qawaid, petikan pemahaman dan latihan gambar, situasi.

Mereka dengan selamba tinggal kosong atau menjawab entah apa-apa. Langsung tidak berusaha untuk mencari jawapan atau berfikir perkara yang telah mereka hafal seperti tasrif fe’el. Hafalan mereka hanya semata-mata untuk selamatkan diri dari dihukum bukan untuk digunakan dalam peperiksaan.

Sasaran ustaz bagi pelajar kelas ini bukan mendapat A. memadailah dengan semua pelajar lulus. Namun dukacitanya terdapat 4 orang gagal. Mereka yang memilih untuk gagal. Sekiranya mereka mendengar dan mengikuti semua arahan yang diberikan dalam masa 2 minggu sebelum peperiksaan, tiada alasan untuk gagal. Bila karangan tidak dihafal dan soalan-soalan tidak dijawab, kemudian mereka memasang angan-angan untuk lulus…sungguh memalukan. Di mana maruah dan harga diri pelajar seperti ini?.

Entah berapa banyak dosa pelajar-pelajar seperti ini. Dosa terhadap ibu bapa dan guru-guru. Mereka ibarat menipu ibubapa yang bersusah payah menghantar anak ke sekolah terpilih dan sanggup berpisah dengan anak kesayangan dengan harapan anak-anak akan belajar bersungguh-sungguh dan Berjaya dalam pelajaran. Namun si anak sewenang-wenangnya mengabaikan pelajaran dengan malas berusaha, tidak mengulangkaji, bermain, tidur dan berbual masa study prep dan seumpamanya.

Pelajar-pelajar diharap sedar, insaf dan buat perubahan secepat mungkin. Masih belum terlambat untuk menjadi seperti rakan-rakan yang lain yang membanggakan kedua orang tua mereka. Tiada siapa yang dapat mengubah diri anda melainkan diri anda sendiri.

Kenalpasti kelemahan dan perbaikinya sebaik mungkin. Jangan ulangi sikap negatif yang akan mengecewakan orang di sekeliling anda. Tiada guru yang gembira bila anak didiknya gagal. Mereka sangat-sangat kecewa kerana penat lelah mengajar dan mendidik tapi tiada hasil yang diperolehi. Hanya Allah yang tahu perasaan guru tersebut.

Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat B dan semua pelajar yang lulus. Ustaz sangat bangga dengan anda. Terima kasih kerana mematuhi dan menghafal apa yang ustaz suruh. Pelajar yang mendapat b ialah Norshazlin Ramly, Nur Shahera Farhana Awang, Nur Shazni Auni, Siti Nur Hazwani Hazmi dan Nurul Qistina Abdul Rahman yang mendapat markah tertinggi iaitu 77 markah.
Kepada 11 orang pelajar yang mendapat C dan 5 orang yang mendapat D, tingkatkan usaha anda agar keputusan akan datang menjadi lebih baik.

Kepada pelajar yang gagal, Jangan berputus asa. Tolong ubah sikap dan diri anda. Kejayaan tidak akan datang bergolek mencari anda. Berusahalah sedaya upaya. Peluang masih terbuka dan kejayaan sedang menunggu anda. Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. Anda ingin gagal atau cemerlang?... Pilihan di tangan anda.


SENARAI LENGKAP MARKAH. Pelajar yang gagal dihilangkan nama. (Sila klik pada imej utk lebih besar):



0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share