23 Mei, 2012

Lebih 1500 Pengunjung? Biar Betul!




AbuAqil aka AbuSakeena

Terkejut pagi ini bila mendapati jumlah pengunjung ke laman ini mencecah lebih 1500 orang pengunjung pada 22 Mei 2012. Memang tidak munasabah sebab sebelum ini tidak pernah mencapai 500 orang pun sehari. Paling banyak 400 lebih sahaja.

Namun bila semak balik jumlah pengunjung di Nuffnang, Histats dan Sitemeter jumlah tersebut memang benar. Saya cuba mencari sebab kenapa jumlah pengunjung bertambah secara mendadak. Saya semak balik kata kekunci yang dicari oleh pengunjung, didapati perkataan Rejab [500 hits] dan karangan bahasa arab [200 hits] paling banyak digunakan.

Kesimpulannya pengunjung mencari info berkaitan dengan perkataan tersebut memandangkan semalam merupakan 1 Rejab dan sekarang merupakan musim peperiksaan. Jadi ramai pelajar mencari karangan B. Arab sebagai persiapan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

Semoga laman ilmu ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya untuk kebaikan dunia dan di akhirat.

Related Posts with Thumbnails
 
Share