Aspartame dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti brain tumor, kemurungan, sawan, migrain, sakit sendi, insomnia, PMS, dan senarainya berterusan.
22 Mei, 2012
Makanan Yang Patut Dielakkan
AbuAqil aka AbuSakeena
Kali ini saya ingin berkongsi info
berkaitan dengan tips menjaga kesihatan. Asas utama penjagaan kesihatan ialah
pemakanan. Seseorang yang kuat bersukan, tidak merokok dan berketurunan sihat tetapi
membaham semua makanan yang memudaratkan badan belum pasti selamat daripada
sebarang penyakit kronik seperti diabetes,penyakit kardiovaskular dan
lain-lain. Fakta ini dari diambil daripada pengalaman diri sendiri.
Allah SWT telah memaklumkan tentang
pemakanan ini iaitu firman Allah yang bermaksud :
“ Hendaklah kamu makan apa yang
elok daripada apa yang telah kami berikan kepada kamu”. (surah al-Baqarah,ayat
57)
Berikut beberapa makanan yang
hendaklah kita berusaha mengelakkannya agar anda dan keluarga anda menjadi
sihat sepanjang masa. Jangan sampai terkena penyakit baru nak sedar. Mencegah itu
lebih baik daripada merawat. Antara makan yang patut dielakkan ialah :
1. Roti putih. Mesti
ramai terkejut, kenapa saya masukkan roti putih? Sedangkan ramai ingat roti
lebih baik daripada nasi? Betul ke lagi baik? Kalau kita bandingkan, kebanyakan
roti putih dan roti serat, kandungan nutrisinya berbeza. Roti putih sekarang
lebih pada gula segera. Makan sikit tak mengenyangkan. Kebanyakan yang ambil
roti putih cenderung untuk makan lebih. Kalau begitu, lebih elok ambil nasi.
Roti serat lebih baik daripada roti putih. Sila baca roti putih vs roti gandum penuh untuk lebih detail.
2. Marjerin. Kalau
boleh, elaklah sebarang makanan yang menggunakan marjerin. Marjerin tinggi
kalori, yang dihasilkan daripada lemak tepu. Penyakit jantung, dan sebagainya
selalu dikaitkan dengan marjerin dan adik beradiknya, minyak sapi.
3. French Fries. French fries bukan
seperti kentang sebenar. Ia tinggi lemak tepu dan juga karsinogen. Jadi jangan
samakan makan french fries dengan makan kentang.
4. Biskut. Biskut juga bukan pilihan yang baik
kecuali sebahagian fiber serat. Kandungan utama dalam kebanyakan biskut adalah
gula segera. Makan sikit tak kenyang, sedar-sedar dah habis satu bungkus chipsmore.
5. Sosej. Mesti sedapkan makan sosej? Sampai ada
yang ingat, itu protein. Tidak, yang sedap itu lemak. Lembut je rasa. Sosej dan
burger sangat tinggi lemak. Ia diproses daripada campuran sisa-sisa ayam,
bahagian lemak dan sebagainya dan akhirnya jadi bentuk yang comel untuk
dimakan.
6. Cereal. Kebanyakan cereal sangat
tinggi gula. Jika anda berniat untuk makan cereal, caricereal khas untuk diet. Terdapat pelbagai
kini dalam pasaran.
7. Donut. Donut
antara makanan yang boleh naikkan berat badan dengan cepat. Ia dipenuhi kalori
daripada lemak tepu, gula, gula dan gula. Sebab itu sedap. Lagi-lagi sekarang
ada kedai jual sekali 12. Bulat macam donatlah anda.
8. Makanan berlabel ‘sugar-free’. Walaupun ia berlabel ‘sugar-free’ tetapi
ianya mengandungi pemanis tiruan. Pemanis tiruan tidak menaikkan berat badan
tetapi merbahaya jika diamalkan selalu daripada aspek kesihatan. Gula tiruan
yang biasa digunakan adalah aspartame.
Aspartame dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti brain tumor, kemurungan, sawan, migrain, sakit sendi, insomnia, PMS, dan senarainya berterusan.
Aspartame dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti brain tumor, kemurungan, sawan, migrain, sakit sendi, insomnia, PMS, dan senarainya berterusan.
9. Makanan Dalam Satu Kategori. Maksudnya, jangan hanya makan satu
makanan yang majoritinya karbohidrat, atau mungkin air semata-mata. Makanan
seimbang kunci kepada diet yang berjaya. Lihat piramid makanan.
10. Bihun. Ramai
juga yang fikir, bihun itu pilihan yang baik. Bihun boleh menyimpan lebih
banyak minyak berikutan ruang diantaranya yang halus, lebih-lebih lagi bihun
goreng. Kalau diperah, minyaknya boleh digoreng semula barangkali.
11. Air Buah. Air buah yang dimaksudkan di sini
adalah air buah dengan gula segera. Boleh dikatakan majoriti produk air buah
dalam kotak dan botol dipasaran adalah gula segera. Sebab itu murah. Biasanya
jus 100% berganda lebih mahal.
12. Sushi. Adakah sushi pilihan yang baik untuk
diet? Tahukah anda shrimp tempura roll itu mencecah 540 kalori. Purata kalori
dalam 1 menu sushi sekitar 250 kalori. Tapi cukup ke sikit itu? Belum campur
dengan sosnya yang tinggi sodium. Elakkan sushi segera. Shashimi lebih baik.
13. Makanan Proses. Jika
boleh, elakkan makanan proses dalam tin dan sebagainya. Dapatkan makanan segar
yang baru dimasak.
14. Mee. Mee,
mee segera? Apa kebaikannya? Gantikan dengan spagetti atau pasta. Lebih baik
dan sedap jika sesuai dengan masakannya.
15. Makanan Tambahan. Jangan terkejut, jika saya masukkan
makanan tambahan. Bukan nak kata makanan tambahan tak elok, tetapi ramai yang
bergantung pada makanan tambahan semata-mata. Makan sekali sehari tapi, 10 kali
minum protein. Perkataan ‘tambahan’ bermaksud tambahan, dan bukannya pengganti
menu yang lain. Jika perlu nutrisi tambahan, baru ambil.
Perhatikan dan
semak balik pemakanan ahli keluarga anda. Kalau ada mengambil makanan berikut dengan
kadar yang banyak diharap dapat kurangkan secara beransur-ansur atau lebih baik
idak langsung. Didiklah ahli keluarga anda pemakanan yang baik sebagaimana
tuntutan agama.
Nota: Senarai diatas tidak termasuk lagi makanan berminyak,
makanan segera, fastfood, air manis
dan sebagainya yang memang terang-terang patut dielakkan.
Kredit Zakikhan.net
0 comments:
Catat Ulasan