AbuAqil aka AbuSakeena
Awal pagi ini setelah bersarapan, turun dari rumah bersama
keluarga dengan niat murni untuk beriadah dan bersantai di Taman Perbandaran Tengku Anis Tanjung Chat, Kota Bharu. Perjalanan
yang boleh tahan jauhnya mengambil masa lebih kurang setengah jam. Inilah satu-satunya
taman tumpuan orang ramai yang boleh dijadikan tempat untuk beriadah.
taman ini menjadi pilihan ibubapa kerana terdapat juga kolam renang, mini zoo dan kemudahan bersenam yang lain.
Bila tiba
saya terkejut kerana terlalu ramai pengunjung sehingga tempat parking kereta penuh dan terpaksa meletak
kereta di tepi jalan utama.
|
Tempat tumpuan anak-anak |
Isteri,
Aqilah terus ke tempat permainan untuk melayan dan mengawasi Sakeena, Aqil dan
Syamil. Saya pula bersenam dengan berjalan laju. Saya berlari, tapi hanya
sekejap-sekejap kerana tidak tahan dengan rasa lenguh di labuh betis. Tidak mampu
untuk berlari dalam jangka masa yang lama.
Pelbagai aksi
dapat disaksikan sepanjang sepagi berada di sana. Ramai juga yang berlari
tetapi lebih ramai yang berjalan kaki. Ada yang berjalan sambil berbual dengan
rakan sehingga menyempitkan laluan.
Ada pengunjung veteran yang berterusan berlari walaupun
usia jangkauan 50 atau 60 an. Malu juga rasa bila orang muda hanya berjalan.
Di satu sudut kawasan lapang di atas pentas terdapat
tiga orang ‘model’ yang sedang beraksi senamrobik atau tarian ‘poco-poco’ ( tak
pasti apa perbezaan antaranya). Majoriti yang menari bersama mereka ialah
golongan hawa. Tapi ada juga beberapa orang lelaki yang tersesat masuk dalam
kumpulan tersebut. Entahlah apa niat mereka. Untuk ‘cuci mata’ barangkali.
Ramai juga golongan remaja yang masih bersekolah turut
sama beriadah bersama kawan-kawan. Cuma yang tidak sedap mata memandang ialah
mereka datang dengan berkasut tanpa stokin dan memakai seluar pendek ‘Hawaii’
yang berwarna-warni.
|
kepenatan setelah selesai beriadah |
Ada yang bermain badminton dan ada juga bermain
sepak-sepak dan menggelecek bola bersama rakan dan anak.
Kelihatan juga ramai ibubapa yang sibuk melayan kerenah
anak-anak mereka di kawasan
permainan kanak-kanak seperti jongkang-jongket,
gelongsor dan lain-lain.
Saya hanya sempat menghabiskan tiga pusingan sahaja. Baju habis basah kuyup. Letih, penat dan dahaga. Namun berasa puas. Puas kerana telah melakukan usaha untuk menjaga amanah Allah, menjaga jasad kurniaanNya.
Pada pukul sembilan pagi pengunjung telah mula
berkurangan dan beransur pulang kerana matahari semakin meninggi.
|
khusyuk menjamu selera |
Saya dan famili mengakhiri santai di taman tersebut
dengan lepak di bawah pokok sambil menikmati air minuman, sandwich, pisang dan
kacang tanah.
Alhamdulillah, cuti yang diberikan oleh kerajaan negeri
bersempena Kelantan layak ke Final Piala FA [ muncul juara] dimanfaatkan sebaik
mungkin untuk bersantai bersama keluarga. Kemungkinan dalam cuti pertengahan
tahun yang akan bermula pada minggu depan akan hadir lagi ke sini untuk hiburan
kepada anak-anak dan mengamalkan tuntutan menjaga kesihatan…Insya Allah.
0 comments:
Catat Ulasan