|
Putih berseri tapi tanpa nutrien |
AbuAqil aka AbuSakeena
Posting kali ini saya ingin berkongsi
amalan dan ilmu mengenai pemakanan yang lebih sihat. Sebelum ini saya dan
keluarga memakan roti putih iaitu roti [ roti yang berwarna putih] yang dimakan
oleh kebanyakan kita sama ada berjenama terkenal seperti gardenia, High 5 atau
keluaran tempatan. Namun setelah saya menimba ilmu mengenai penjagaan kesihatan
melalui pemakanan didapati roti putih sebenarnya boleh membahayakan kesihatan.
Terdapat banyak kajian terbaru yang diterbitkan di
dalam jurnal-jurnal perubatan membuktikan bahawa pemakanan roti putih secara
banyak atau berterusan boleh mendatangkan kanser.
Satu kajian mendapati individu yang memakan roti
pound putih sebanyak 5 keping sehari mempunyai risiko dua kali ganda mendapat
kanser buah pinggang dari individu yang hanya memakan sekeping roti. Kajian ini
dilakukan untuk melihat sejauh mana kaitan antara gaya hidup dan penyakit.
Kenapa pengidap penyakit kencing
manis dilarang memakan roti putih?
Pemakanan roti putih yang banyak
menyebabkan tubuh kita menghasilkan gula yang banyak di dalam darah (ia
dipanggil makanan indeks glikemik yang tinggi). Untuk menangani masalah ini,
tubuh secara automatik akan menghasilkan hormon insulin yang banyak untuk
meneutralkan gula di dalam darah. Hasilnya
proses perubahan biokimia ini mendatangkan kesan yang memudahkan penghasilan
sel-sel kanser di dalam tubuh.
Ada banyak lagi kajian yang menunjukan makanan
indeks glikamik tinggi (High Glycaemic Index Food - GI) mempunyai kaitan yang
rapat dengan kanser. Ia sudah diterbitkan dalam beberapa jurnal antarabangsa
seperti International Journal of Cancer.
Berdasarkan maklumat daripada majalah
i-sihat. Antara sebab roti putih mesti dihindari ialah :
1. Semasa proses
pembuatan roti putih terdapatnya proses penyulingan – roti putih diperbuat
daripada tepung putih halus daripada butiran tepung gandum. Ia melalui proses
penyulingan sebelum diPUTIHkan dengan agen peluntur kimia yang mengandungi
klorin. Setelah itu, tepung akan dikeringkan pada suhu yang tinggi sebelum
“gluten” sejenis bahan ditambah untuk menghasilkan lebih udara dalam roti.
Impak
daripada hasil campuran bahan kimia ini sebenarnya akan memudaratkan tubuh.
Metabolisme badan terganggu kerana ketiadaan serat dalam roti yang hilang
ketika proses penyulingan. Serat sangat diperlukan tubuh badan untuk
melancarkan proses pencernaan, mengawal berat badan, mencegah risiko sakit
jantung, kanser dan diabetis.
2.
Kandungan karbohidratnya yang tinggi tidak mampu membantu kita untuk mencapai
berat badan yang diimpikan. Kecekapan sistem pencernaan akan semakin
berkurangan dan ini menyebabkan lemak-lemak terkumpul. [ ternyata ia tidak baik
untuk mereka yang mengamalkan diet]
3.
Kekurangan khasiat dalam roti putih akan menyumbang kepada penyakit
Osteoatritis atau tulang rapuh. Keadaan ini selalunya akan berlaku pada tulang
belakang, pergelangan tangan dan pinggul yang berubah menjadi semakin nipis,
lemah dan mudah retak.
Roti Altenatif
Sebagai pilihan, makanlah roti gandum penuh
(wholemeal bread) yang berwarna perang dan tidak menggunakan tepung putih yang
telah melalui berbagai proses "pembersihan" atau "pengurangan
nutrien" yang dipanggil "refine" atau "bleach.
Antara kelebihan roti ini ialah kaya
dengan vitamin B kompleks, roti gandum yang dihasilkan daripada bijian penuh (whole
grain) yang belum diproses juga kaya dengan serat, vitamin E, zat
besi, zink, asid folat dan anti oksidan.
Kandungan karbohidrat kompleks di
dalam roti mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Amat sesuai kepada
mereka yang mengamalkan diet sihat. Roti gandum penuh ini juga dianggap salah satu 'superfood' yang mesti dimanfaatkan untuk kesihatan.
|
roti gandum penuh keluaran High 5 |
Roti gandum penuh ini juga dikeluarkan oleh
Gardenia dan High 5 dan boleh didapati di pasaraya. Harganya lebih mahal
daripada roti putih. Biarkan mahal sedikit asalkan kita dan keluarga tidak
berdepan dengan musibah penyakit kronik satu hari nanti.
|
Keluaran Gardenia |
Roti ini agak kasar dan berwarna perang.
Mungkin mula-mula pengambilan roti ini rasa tidak sedap dan sukar ditelan. Kanak-kanak sukar untuk memakannya kerana dah
biasa makan roti putih yang lembut dan ‘berseri’ dengan zero nutrien. Jangan
fikirkan sedap no 1. Ubah kepada sihat sebagai keutamaan.
Namun demikian diingatkan bahawa kandungan
roti gandum penuh ini tidak dijamin 100% baik dan tulen kerana semua makanan
yang diproses tidak dapat dielakkan daripada dicampur dengan bahan kimia atau
pengawet. Tetapi roti ini dijamin bukan roti yang telah ‘DIKLOROKKAN’ sehingga
menjadi putih. Wallahu A’lam.
Rujukan :
Majalah i-sihat
Blog secret medicines
Blog Muslim comsumer
11 comments:
Betul ke nii ??
sy da bhenti mkn roti putih, sy mkn roti gandum penuh je. patut la slalu tgk mat saleh ske mkn roti gandum penuh je. bila da biasa mkn roti gandum ori ni rasa sedap jugak. hehe
Baru 3 hari start makan roti gandum ni...hahahaiii
Di kedai2 juga lebih banyak dijual roti putih kerana katanya permintaan roti putih adalah lebih tinggi. Ramai yang tidak tahu kebaikan roti serat
Di kedai2 juga lebih banyak dijual roti putih kerana katanya permintaan roti putih adalah lebih tinggi. Ramai yang tidak tahu kebaikan roti serat
Betul tu. Roti putih sama seperti tepung zero khasiat. Tepung kaya gluten yg menyerap mineral Dan vitamin daripada badan serta tidak memberikan apa manfaat dari pengambilannya.
Betul tu. Roti putih sama seperti tepung zero khasiat. Tepung kaya gluten yg menyerap mineral Dan vitamin daripada badan serta tidak memberikan apa manfaat dari pengambilannya.
Dulu saya kurang gemar roti serat wholemeal ni sb rasanya tidak sedap dan tawar serta susah mahu hancur bila dikunyah...tp sekarang saya tahu roti ni punya banyak khasiat dan badan jadi bertenaga..jadi saya pilih roti ni sebagai menu sarapan dan mlm...manakala tengahari saya makan nasi...
Diet sht
Begitu juga dgn beras..kalau boleh ambik beras perang..
Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπ’
π Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπ’π
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺ππ»
3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πͺπΌ
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
Catat Ulasan