14 April, 2012

Anda Penggemar Burger? AWAS!



Siapa yang tidak pernah makan burger? Kebanyakan penduduk negara ini tentu pernah merasai kelazatan burger dicampur sos lada hitam, mayonais, telur dan keju dan ada yang sudah menganggap ia sebagai makanan kegemaran. Malah ia lebih murah dan boleh didapati dengan kadar segera. Ada yang menganggap ia makanan yang berzat kerana daging dan rotinya. Yang berselera besar pula akan menempah daging "double" supaya ia lebih mengenyangkan.

Jika suka tidur lewat malam, kemudian perut terasa lapar, sebahagian orang pergi keluar mencari gerai burger di tepi-tepi jalan pada waktu-waktu yang kebanyakan restoran sudahpun menutup tirainya. Tidak hairanlah burger begitu popular di kalangan rakyat Malaysia.

Apa yang melucukan, kebanyakan orang tidak tahu apakah yang mereka makan itu benar-benar memberi khasiat atau memudaratkan tubuh badan mereka. Hakikatnya, jika tubuh badan mereka boleh berkata-kata, ia tentu akan berkata "apakah yang kamu makan ini? Itu bukan makanan, ia hanya sesuatu yang mengisi ruang kosong di dalam perut".

Kebanyakan orang memang tidak suka mendengar syarahan tentang makanan dan nutrien, tambahan pula jika ia menuju terus kepada makanan yang ia sedang suap ke mulutnya.
 Ada seseorang yang sedang menyuap burger ke mulutnya, kemudian bertanya kepada saya, bagaimana dengan makanan ini? Apabila seseorang bertanya, saya rasa bersalah jika tidak memberitahu perkara yang sebenar. Jawab saya, "baiklah, mari lihat dahulu apa yang terkandung di dalam makanan (burger) tersebut. kemungkinan anda sedang menderita sebahagian dari penyakit yang disebabkan oleh makanan ini, atau ia sedang menyusun strategi untuk merosakkan tubuh badan anda."

Antara ‘racun’ yang terkandung dalam sebiji burger yang anda makan ialah :

- Bahan pengawet dan kemungkinan besar adalah bahan kimia sodium(natrium) nitrite yang merangsang pertumbuhan sel kanser.
Beginilah rupa lemak dalam daging burger yang masuk ke dalam tubuh & menyumbat salur darah anda!


- Di dalam burger juga ada lemak tepu (saturated fat) di dalam daging burger tersebut yang boleh mendatangkan masalah jantung. Anda boleh lihat sendiri gambar yang saya ambil sendiri dalam percubaan untuk menguji kandungan lemak di dalam daging burger. Apabila memasak daging burger, terdapat minyak jernih yang keluar dari daging tersebut, ia minyak yang cair tetapi apabila minyak tersebut ditinggalkan semalaman di dalam kuali tersebut, anda akan terkejut mendapati minyak tersebut telah berubah bentuk kepada krim pekat berwarna putih dan sifatnya seperti marjerin padahal ia bukanlah marjerin. Tidak ada marjerin yang digunakan semasa memasak daging ini. 


Peniaga burger di gerai-gerai di tepi jalan tentu mengetahui perkara ini, dan kebanyakan mereka sendiri tidak memakan burger kerana menyedari hal ini. Gambar di atas sudah cukup memberitahu saya supaya menjauhkan diri dari memakan burger!

- Roti (bun) yang diperbuat dari tepung putih index glycemic tinggi yang sudah diproses - yang menyebabkan Nutritional Deficiencies (ND) dan menggalakkan diabetes dan obesiti.
- Kepingan keju yang diperbuat dari lemak haiwan yang menambahkan masalah jantung.
-  Sos cili, tomato, lada hitam yang mengandungi sirap jagung dan gula.
- Terakhir sekali, garam yang terdapat di dalam hampir semua bahan-bahan di atas sama ada roti, daging, keju dan sos. Ia mendatangkan masalah tekanan darah tinggi dan kerosakan organ dalaman seperti buah pinggang, hati dan juga mengganggu fungsi sistem imunisasi.

Saya sedar ramai orang yang ingin tahu tentang khasiat makanan yang mereka makan tetapi apabila disebut makanan yang sedang disuap ke mulutnya mendatangkan mudarat, mereka mula tidak mahu mendengar, malah mahu menafikannya.

Ini berlaku dari 3 sebab yang sangat biasa di kalangan rakyat Malaysia:

Sebab pertama, mereka memang tidak percaya selagi tidak melihat bukti di depan mata. Mereka berpendapat, jika ia merbahaya, sudah lama kerajaan mengharamkan makanan tersebut. Doktor tentu memberitahu supaya jangan mengambil makanan tersebut. Tetapi mereka tidak tahu bahawa bukti sudah boleh dilihat di mana-mana sahaja, jikalau mereka ingin ambil tahu. Mereka juga tidak tahu bahawa pihak berkuasa hanya membuat peraturan penguatkuasaan dalam memproses makanan, tetapi sejauh mana pula ia diikuti oleh pengusaha makanan. Mereka tidak tahu bahawa bidang kedoktoran hanya mencakupi bidang perubatan dan mereka tidak boleh mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan menentang industri makanan proses yang berbilion-bilion ringgit kerana akan berdepan dengan masalah kemungkinan disaman atau diheret ke mahkamah.

Sebab kedua ialah mereka tidak ambil peduli tentang kesihatan. Bagi mereka, kesihatan tubuh badan biarkan ia melalui dengan sendiri. Tidak perlu berusaha mempertingkatkan kualiti makanan selagi mereka boleh berjalan, membuat kerja dan sebagainya. Mereka ini orang-orang yang tidak berterima kasih kepada tubuh badan sendiri dalam masa yang sama terus-menerus mengambil apa saja makanan yang ada di depan mata dengan harapan ia makanan yang mengenyangkan. Sangat pelik orang jenis begini.

Sebab ketiga, mereka faham dan sedar tentang maklumat yang diperolehi tetapi tidak mampu membuat perubahan atau corak pemakanan. Kadang-kadang nafsu menguasai diri sehingga mengabaikan apa yang sedang diusahakan. Mereka sudah biasa dengan makanan yang mereka makan sejak bertahun-tahun lamanya. Di rumah, segalanya sudah sedia ada, di dalam peti sejuk, di dalam kabinet dapur. Di tempat kerja, mereka ada kafeteria yang lengkap dan menghidangkan makanan yang segera kerana ingin mengejar masa. Bagaimana mungkin mereka ingin berubah? Ini kerana ia sudah menjadi keselesaan dan kebiasaan setiap hari. Ini adalah jawapan yang paling umum kepada kebanyakan orang di Malaysia. Ia bukan kerana mereka hendak merosakkan tubuh badan sendiri, bukan juga kerana mereka tidak percaya, tetapi ia sudah menjadi corak pemakanan mereka. Walaupun corak itu merosakkan tubuh badan sendiri.

Untuk mengubah corak pemakanan bukanlah mudah. Anda memerlukan kekuatan melawan nafsu dan pelbagai godaan yang sukar dielakkan. Kesungguhan dan azam untuk merubah corak pemakanan adalah sangat penting sebelum anda boleh mendakwa diri anda bebas dari segala bentuk makanan yang memudaratkan.
-----------------------------------------------
Penulis adalah pengamal herba asli dan makanan semulajadi, seorang aktivis blog. Lawati blog beliau yang sangat bermanfaat di : http://thesecretmedicines.bogspot.com

3 comments:

Unknown berkata...

alhamdullillah...
nasib baiklah saya tak pernah makan burger begitu....
sebab keluarga kami jarang makan burger....
Terima kasih...ustaz...
untuk maklumat tersebut...

Tanpa Nama berkata...

sy pniage burger,ape yg anda kata kn di aatas memg benar..sy sndri tidak gemas makan ape yg sy jual,krana sy taw,sume akan mendatag kan pnyakit..rata2 dri plaggan sy semuanye india.

Nur haura afeeya berkata...

Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share