01 Jun, 2012

Video Motivasi Pembakar Semangat



AbuAqil aka AbuSakeena

Sepanjang minggu lepas saya menyampai beberapa ceramah teknik menjawab Bahasa Arab untuk anak-anak didik sendiri sama ada untuk PMR dan SPM. Semalam pula saya dijemput untuk menyampaikan ceramah yang sama untuk pelajar SMI Aman yang diadakan di Redzwan Resort Melawi.

Saya mencari beberapa video motivasi di Youtube untuk dikongsikan bersama pelajar. Ada yang muzik menarik tetapi gambar tidak jelas dan sebaliknya. Akhirnya saya mendapat ilham untuk membikin video sendiri bertujuan untuk memotivasikan diri sendiri, anak-anak didik dan sesiapa sahaja yang mencari video untuk membakar semangat agar maju mencapai kejayaan.

Saya mula membuat video ini petang semalam dah sempurna pada pagi tadi. Dengan bantuan google image untuk memilih gambar yang sesuai saya memerah otak untuk menghasilkan kata-kata yang dapat membangkitkan semangat. Saya menggunakan software Ulead VideoStudio yang lebih canggih berbanding Movie Maker. Akhirnya terhasil juga video tersebut. 

Kepada sesiapa yang berdukacita dan dilanda kesedihan ekoran musibah yang menimpa digalakkan menonton video ini untuk membangkitkan semangat. Video ini akan saya uploadkan di youtube untuk dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja Insya Allah.

Segala puji bagi Allah yang mempermudahkan urusan…

4 comments:

aenn3995 berkata...

asslamualaikum ustz...
mcm mnapun,video ustz 2 thn lps adlh pmbkar smngt sy....^^

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

waalaikumussalam aenn,
hahaha...tu video khas utk anak-anak didik. ni umum

aenn3995 berkata...

xleh3...hk 2 lg special....heehee

abuaqil berkata...

ho lah holah.hok tuh laaagi spesel. ustaz tengok balik video tu,meme awk & kwn2 murid terbaeeek ustaz..mengimbau kenangan 2010

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share