03 Jun, 2012

Musim Kenduri , Tiba Masa Bakar Lemak




AbuAqil aka AbuSakeena

Setiap kali tiba musim cuti sekolah secara otomatik tiba juga musim kenduri kahwin atau dalam loghat Kelantan dipanggil ‘musim make gulai’. Saya menerima banyak jemputan ke majlis kenduri. Jadi diet pemakanan sihat agak terganggu kerana terpaksa memakan gulai lemak, daging campur lemak, daging kambing dan air sirap yang manis.

Ada sekali terpaksa makan ayam goreng KFC  yang di’sponsor’ oleh abang yang  pulang bercuti dari KL.  Jamuan sempena  berkumpul adik-beradik dan anak-anak saudara. Jadi terpaksa makan seketul ketul, tidak tergamak untuk menolak jemputan kakak ipar. “Tak apalah…jarang-jarang sekali”. Ungkapan untuk menyedapkan hati.

Kepenatan setelah menghabiskan 6 pusingan
Pada awal pagi ini tiba misi untuk membakar lemak. Setelah bersarapan dengan nasi goreng dan telur separuh masak 3 biji saya dan keluarga keluar seawal pukul 6.50 pagi menuju ke tempat riadah biasa iaitu di Taman Perbandaran tengku Anis, Tanjung Mas. Agak jauh juga lebih kurang 22 KM. apa boleh buat, dah tiada tempat lain untuk bersenam selain di rumah sendiri.

Disamping dapat berjoging, anak-anak juga dapat bermain di taman permainan yang disediakan khas untuk kanak-kanak. Tiba pada pukul 7.20 pagi, tempat parkir kereta hampir penuh. Begitulah kesedaran warga Kota Bharu untuk menjaga kesihatan. Sanggup berkorban waktu tidur pada awal pagi namun saya yakin lebih ramai yang masih mendakap bantal dalam selimut atau berehat di rumah tidak keluar bersenam. Mereka dah sihat barangkali dan tiada penyakit.

Setelah memakan pelbagai makanan yang kurang menyihatkan pada  seminggu yang lalu, pada  pagi ini berpeluang untuk menyingkirkan lemak-lemak yang terkumpul dalam badan.

Bertemankan MP3 yang menyajikan lagu-lagu rancak dan bersemangat untuk terus berlari dan jam digital yang berharga RM10 untuk mencatat masa saya bermula dengan berjalan laju untuk pusingan pertama  sebagai warm-up.  Seterusnya berlari dengan kelajuan sederhana  sebanyak 4 pusingan dan di akhiri dengan  berjalan sederhana laju pada pusingan terakhir. Alhamdulillah dapat menghabiskan 6 pusingan trek joging.

Isteri memantau aktiviti anak

Sementara  isteri dan Aqilah Ahla mengawasi Sakeena, Aqil dan Syamil bermain di tempat khas untuk mereka.

Alhamdulillah, walaupun berasa penat dan letih setelah beriadah hampir sejam tanpa henti tetapi berasa sungguh segar dan sihat bila peluh keluar membasahi baju. Kali ini dah kali keempat datang berjoging di sini. Kali terakhir pada Selasa lepas, datang seorang diri dan beriadah 5 pusingan.

Sebelum pulang singgah sekejap di Pasaraya Tesco untuk membeli barang keperluan dapur dan lauk-pauk.

Semoga Allah sentiasa memberikan semangat dan kekuatan agar saya dapat beristiqamah untuk terus menjaga kesihatan dengan menjaga pemakanan dan bersenam.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share