23 April, 2011

PMR : Teknik soalan ungkapan bagi situasi



AbuAqilAdnan

Soalan bahagian ini merupakan soalan pertama pada bahagian ( ج ) iaitu soalan no lima ( السؤال الخامس ). Pelajar dikehendaki membina lima ayat berdasarkan arahan yang diberikan dalam tulisan jawi.Teknik untuk menjawab soalan ini ialah :

1. Perhatikan arahan yang diberikan dengan teliti.

2. Kenalpasti arahan tersebut sama ada  kepada seorang, dua orang atau ramai. Ubah katakerja kepada yang sepatutnya.

3.Hafal ucapan asas bahasa arab serta jawapannya seperti selamat pagi, terima kasih, selamat datang, selamat tinggal dan sebagainya.

4. Kuasai kemahiran membina ayat menggunakan :

- Fe’el Amr ( kata perintah) :

اقْرَأْ الكِتَابَ يَا أَخِي
bacalah buku wahai saudaraku

- Ayat larang :


لَا تَأْكُلْ فِي الفَصْلِ يَا طَالِب
jangan awak makan di dalam kelas wahai pelajar

- Ayat ajakan :

هَيَّا نَذْهَبْ إِلَى المَطْعَمِ يا الأصدقاء
mari kita pergi ke kantin  wahai kawan-kawan

5. Perbanyakkan hafal tharwah/ mufradat seperti tempat-tempat yang terdapat di sekolah dan seumpamanya.

6. Gunakan perkataan wahai ( يا ) kepada yang dituju seperti wahai ibu ( يا أمي ) wahai kawanku
( يا صديقي ) dan sebagainya.

7. Elakkan kesalahan qawaid dan salah ejaan. Setiap kesalahan akan dipotong markah.

8. Berikanlah jawapan yang munasabah. Jangan tinggal kosong kerana setiap perkataan yang sesuai layak mendapat markah.

Faktor asas untuk anda mendapat markah penuh soalan ini ialah mengetahui makna perkataan yang dikehendaki dalam soalan. Oleh itu perbanyakkan menghafal perbendaharaan kata dalam bahasa arab.

Semoga bermanfaat untuk anda.

Contoh soalan dan jawapan :

 ممنيتا كبنرن/ دغن كورو/ اونتوق كتنداس -

أريد ان أذهب/ إلى المرحاض / يا معلم

- اوجفن تريما كاسيه كفد ايبو

شكرا لك / يا أمي

- ميوروه فلاجر2 منوليس نوتا

يا التلاميذ / اكتبوا / الكتاب

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

KALAU B0LEH..LETAK SEBANYAK MUNGKIN UNGKAPAN...UTK SNG DIRUJUKI.. :)

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share