29 April, 2011
Pmr : Teknik Bina Ayat Berdasarkan Rangkai Kata
Soalan bahagian ini merupakan soalan kedua pada bahagian ( ج ) iaitu soalan no enam (السؤال السادس ). Pelajar dikehendaki membina lima ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang terdapat dalam soalan. Bentuk soalan sama ada iklan, carta, graf atau seumpamanya.
Antara teknik yang boleh digunakan untuk menjawab soalan ini ialah :
- Bina ayat mudah menggunakan perkataan yang terdapat dalam soalan
- Kekalkan perkataan tersebut dan jangan ubah atau menambah huruf
- Bina ayat mudah menggunakan perkataan yang ada dalam soalan. Bina ayat menggunakan :
- jumlah fi’liyyah [ fe’el + fa’il + maf’ul]
- jumlah ismiyyah [ ism + ism] atau [ ism + harf jar]
- Ayat tidak perlu panjang
- Elakkan kesalahan qawaid [ fe’el = fa’il]
- Elakkan salah ejaan
- Bina ayat sebanyak mungkin
Sila perhati contoh soalan dan jawapan di bawah :
1 comments:
sangat membantu mereka yang baru & ingin mempelajari bahasa arab
Catat Ulasan