30 April, 2011

Handset & Dosa : Ingatan Untuk Remaja Wanita




Ustaz Adou ( http://ad-diyari.com/ )

1- Saya ingin mengulas sedikit isu tentang remaja wanita dan handset.

2- Saya melihat ramai remaja wanita menggunakan handset, dan mereka menggunakannya dalam hubungan sosial mereka.

3- Saya melihat bahawa inilah satu bentuk ikhtilat (pergaulan bebas) zaman moden, yang mendatangkan dosa, terutama kepada golongan wanita.

4- Ramai wanita menggunakan handset – dengan segala kecanggihan teknologinya – dalam cara yang tidak menepati ajaran Islam.

5- Kata Nabi: 

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ 

«Sesungguhnya Allah telah menetapkan ke atas anak Adam bahagiannya daripada zina, dia akan mencapainya tanpa terkecuali. Maka zina mata adalah penglihatan, dan zina lidah adalah ucapan, dan jiwa menginginkan dan berkehendak, dan kemaluan membenarkan hal itu semuanya, atau mendustakannya» [Al-Bukhariy/ 6243]

6- Dalam kes ini, zina tangannya adalah apa yang ditaipkannya (SMS), zina lidahnya adalah perbualannya, dan dirinya yang berkhayal dan mengharapkan.

7- Begitu juga dengan orang yang dihubungi/ berhubungan dengannya: tangannya berzina dengan apa yang ditaipkannya (SMS), zina lidahnya adalah perbualannya, dan diri lelaki itu yang membayangkan sesuatu dan keinginannya.

8- Saya melihat ramai wanita – terutama remaja – yang sengaja berhubungan pada perkara yang tidak perlu, atas alasan ingin berkawan, ingin bercouple, ingin mencari pasangan, keboringan, kebosanan atau saja suka-suka.

9- Begitu juga remaja wanita yang sengaja meRQ kepada rakan-rakan lelakinya, atau diRQ oleh rakan-rakan lelakinya, dan mereka memberikan kredit kepada mereka.

10- Berapa ramai pula remaja wanita yang sengaja menghantar/ memberi kredit kepada rakan lelakinya (atau boyfriend, atau cowoknya, atau kekasihnya), kerana ingin menjaga hubungan mereka, atau takut kehilangan kekasih.

11- Berapa ramai pula remaja wanita yang sengaja menelefon/ menghubungi rakan lelakinya (atau boyfriend, atau cowoknya, atau kekasihnya), atas alasan sayang, atau cinta, atau cinta sejati, atau rindu.

12- Lihatlah berapa banyak masa dan wang (kredit) dihabiskan untuk tujuan ini, sekali gus menyebabkan wanita itu kehilangan banyak wang, yang sepatutnya digunakan untuk duit belanja sekolah/ kolej/ universiti, atau wang perbelanjaan harian.

13- Ketahuïlah wahai remaja wanita, bahawa semua perbuatan ini adalah permainan syaytan, yang ingin menjerumuskan anda ke jurang-jurang neraka.

14- Syaytan ingin mengkhayalkan anda daripada pelajaran anda, atau agama anda, atau daripada tanggungjawab anda.

15- Ketahuïlah bahawa syaytan sedang memainkan nafsu dan perasaan anda, atas nama cinta, atau hubungan kawan, atau kasih sayang.

16- Remaja wanita hendaklah menjaga maruah diri mereka, dan tidak terkejar-kejarkan mana-mana lelaki, dengan menelefon lelaki itu berjam-jam, atau menghantar beratus-ratus SMS dalam sehari.

17- Ketahuïlah bahawa wanita yang beriman tidak akan berikhtilat (bergaul bebas), dalam kehidupan, termasuklah dalam penggunaan handset (SMS atau berbual) bersama lelaki lain.

18- Begitu juga wanita yang menghantar gambar mereka melaluï MMS kepada rakan-rakan lelaki mereka.

19- Ketahuïlah bahawa gambar-gambar itu akan menjadi zina buat mereka, pada matanya, dan tangannya, dan keinginannya, dan angan-angannya.

20- Dan ingatan ini turut meliputi penggunaan laman sosial seperti Facebook, atau YahooMessenger, atau Skype.

21- Ittaqina Llah! Takutlah kepada Allah wahai para wanita. Takutlah kepada Allah wahai remaja wanita. Takutlah kepada perbuatan yang anda tidak sedar dosanya!

22- Dan kepada ibu bapa, kenalilah anak-anak perempuan anda.

23- Hindarkanlah mereka daripada zina tangan, zina mata, zina lidah dan perbuatan zina.

24- Allah berkata dalam Al-Qur’an:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ

«Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri-diri kamu dan keluarga-keluarga kamu daripada neraka, yang bahan bakarnya manusia dan batu» [At-Tahrim: 6]

WaLlahu a`lam.
 


1 comments:

nycthophilia berkata...

=D..tu jah hok saya boleh komen~~!!

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share