31 Ogos, 2010

Masuk Islam selepas hadir majlis Gaddafi


GAMBAR menunjukkan seorang wanita yang didakwa telah memeluk Islam semasa menghadiri majlis anjuran Muammar Gaddafi di Rom kelmarin.

ROM - Tiga wanita muda Itali memeluk Islam semasa menghadiri satu majlis anjuran pemimpin Libya, Muammar Gaddafi (gambar kecil) yang diadakan di kediaman rasmi duta negaranya di sini kelmarin.
Pada majlis itu, sekumpulan wanita muda mendengar penerangan mengenai Islam yang disampaikan oleh pemimpin itu dan mereka kemudian diberi senaskhah al-Quran.
Ratusan wanita menyertai majlis itu walaupun terdapat dakwaan mereka dibayar untuk menghadirinya.
"Ia merupakan satu pertemuan yang sungguh indah dan berjalan lancar. Beliau (Gaddafi) seorang yang mudah berbincang dan memberi kami senaskhah al-Quran sebelum mereka bertiga memeluk Islam," kata seorang tetamu yang hanya mahu dikenali sebagai Michela.
Antara 200 hingga 500 wanita muda menghadiri majlis itu dan mereka tiba dengan 10 buah bas sebelum pesawat yang membawa Gaddafi mendarat di Lapangan Terbang Ciampino di sini untuk beliau memulakan lawatan selama dua hari di Itali.
Program lawatan itu diadakan bagi memperingati ulang tahun kedua perjanjian persahabatan antara Libya dengan Itali.
Pemerintah Itali sebelum ini bersetuju untuk membayar pampasan AS$5 bilion (RM15.7 bilion) kerana menakluk Libya selama 30 tahun sehingga 1943.
Gaddafi pernah melakukan kunjungan rasmi ke Itali pada November lalu semasa menghadiri sidang kemuncak program makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menganjurkan majlis sama yang dihadiri 200 wanita muda. - AP

Puasa beri kekuatan kepada saudara baru

SEREMBAN 30 Ogos - Pengalaman berpuasa bagi insan yang bergelar saudara baru sudah pasti banyak mengajar erti kesabaran dan memerlukan kekuatan iman yang tinggi.

Ini dibuktikan apabila saudara baru dari masyarakat India dan Orang Asli melihatkan keupayaan berpuasa dalam bulan Ramadan serta tidak sabar menantikan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Program dianjurkan oleh sebuah pertubuhan yang menghubungkan generasi muda dinamakan Nisa' mempunyai cawangannya di negeri ini.

Utusan Malaysia yang berkesempatan bersama-sama saudara baru ini dalam majlis berbuka puasa kelmarin, nyata diberikan satu gambaran indah betapa mereka bersemangat menjalankan ibadah berpuasa seperti yang dituntut dalam Rukun Islam.

Normala Thevi Abdullah, 34 berkata, berpuasa banyak mengajar erti kesabaran bukan sahaja menahan lapar tetapi perkara yang wajib dilakukan oleh umat Islam.

"Kita juga perlu menahan nafsu seperti mengawal perasaan, menjaga percakapan, tidak boleh melihat benda yang tidak baik dan sebagainya," ujarnya ketika ditemui di Surau Dusun Nyior, dekat sini kelmarin.

Facebook : Pro dan kontra


BOLEH MENJADI HARAM

Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.
Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
 “Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]

Berdusta Terhadap Nabi Atau Berdusta ‘Untuk’ Nabi?


Bismillah ar-Rahmaan ar-Raheem.

Sabda Nabi Sallallahu ‘alayhi wa Sallam:
من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

“Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api Neraka”

Hadith di atas diriwayatkan oleh lebih 70 sahabat secara langsung dari Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan ia merupakan contoh paling tepat berkenaan dengan Hadith Mutawatir, iaitu hadith yang diriwayatkan oleh sekumpulan perawi dengan jumlah yang tidak masuk akal mereka itu boleh berpakat untuk menipu atau melakukan kesalahan terhadap periwayatan tersebut.
Memang menggerunkan, untuk kita berfikir tentang adanya perbuatan seseorang yang mendustakan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Berdusta terhadap baginda, merupakan suatu keingkaran yang memanifestasikan kekufuran dan kedegilan manusia untuk tunduk kepada hidayah dan penyerunya.
Mungkin di dalam senarai bayangan kita, golongan musyrikin Mekah menjadi pelopor golongan ini. Mereka menolak seruan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, bahkan melemparkan pula kepada Baginda tuduhan-tuduhan jahat seperti ahli sihir dan orang gila. Atau mungkin yang terpampang di kefahaman kita, bahawa yang mendustakan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu adalah mereka yang mengeluarkan kata-kata yang keji untuk mendatangkan kemudaratan kepada Islam dan pengikutnya. Mereka inilah yang dengan sengaja berdusta ke atas Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan mereka inilah yang berhak ditimpakan amaran yang tegas oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam di dalam Hadith yang disebut sebentar tadi.

Soalan Percubaan b. Arab PMR Negeri Perak


Berikut ialah link untuk soalan percubaan B. Arab PMR negeri Perak.

Sila  KLIK SINI untuk muat turun. semoga bermanfaat.

kredit kepada akhi idhar kk kerana sudi share.

Ruginya Ramadan Berlalu Tanpa Mendapat Keampunan Allah


Setiap kita mempunyai dosa samada dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja.  Apatah lagi kita yang hidup pada zaman mutakhir ini, kita sering kalah dengan godaan luaran dan pujukan nafsu dalam diri kita sendiri.  Kita sepatutnya berasa malu dengan ALLAH Subhanahu wa Ta’ala disebabkan oleh kelemahan ini.


Walaupun begitu, ALLAH Subhanahu wa Ta’ala sentiasa tahu kelemahan kita.  DIA tahu kita selalu lupa.  DIA tahu kita sering gagal menghindari dosa.  Dan DIA tahu fitrah manusia yang mahu kembali kepadaNYA.  Betapa baiknya DIA, betapa lembutnya DIA dengan kita.  Kita seharusnya berterima kasih dengan sungguh-sungguh kerana DIA sentiasa bersedia memberi keampunan kepada hamba-hambaNYA yang ingin bertaubat.
Firman ALLAH Subhanahu wa Ta’ala yang lebih kurang maksudnya:
Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”  (Surah az-Zumar 39:53)

Info Berguna Berkenaan Malam al-Qadar


Oleh : Zaharuddin Abd Rahman ( http://www.zaharuddin.net/  )

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :

Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

30 Ogos, 2010

Manfaatkan Keutamaan Malam al-Qadr


Sungguh pantas masa berlalu. kita telah berada pada satu pertiga akhir Ramadan. Ini menandakan Ramadan akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Kemuncak Ramadan ialah pada 10 hari terakhir di mana di dalamnya terdapat malam al-Qadr. Satu malam yang lebih baik dari pada seribu bulan. Oleh itu mari kita sama-sama memanfaatkannya kerana Ramadan tahun depan belum pasti menemui kita.


Berikut beberapa perkara mesti diketahui oleh kita semua agar kita ‘ghairah’ dan bersungguh-sungguh untuk memburu kelebihan malam tersebut.

1. Keutamaan Malam  al-Qadr

Kemuliaannya dinyatakan dalam al-Quran bahawasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman:

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al Qur'an pada malam  al-Qadr, tahukah engkau apakah malam  al-Qadr itu? Malam  al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan, Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Rabb mereka (untuk membawa) segala urusan, Selamatlah malam itu hingga terbit fajar." (Al Qadar : 1-5)

28 Ogos, 2010

Contoh karangan (insyak) : الرحلة إلى شاطئ البحر (Berkelah di pantai)

Berikut adalah contoh insyak ( karangan) bertajuk 'Berkelah di pantai' untuk dimanfaatkan oleh calon PMR 2010. Anda boleh menghafal karangan ini untuk membiasakan diri dengan karangan (insyak) dalam Bahasa Arab. Semoga bermanfaat untuk anda.

Sila klik kiri pada imej di bawah untuk lebih jelas dan besar, kemudian klik kanan dan klik 'save image as' untuk disimpan.








Soalan Percubaan b. Arab PMR Negeri Selangor

Berikut adalah link untuk muat turun soalan bahasa arab PMR iaitu soalan percubaan negeri Selangor untuk latih tubi anda.

sila KLIK SINI untuk muat turun.

kredit kepada Ustazah Seri kenanga Juwit kerana sudi share soalan ini. JAZAKALLAH.

Semoga Bermanfaat untuk semua.

27 Ogos, 2010

Santai : Kisah Sebuah Handphone


Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab exclusive lagi mewah di pusat bandar setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut...

Lelaki: "Hello?"

Perempuan: "Abang, ni sayang ni,"

Lelaki: "Emmm"

Perempuan: "Abang masih ada di kelab lagi ke?"

Lelaki: "Iya."

Perempuan: "Sayang sekarang ni ada kat shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru. Cantik bang. Boleh ke sayang beli?

Lelaki: "Berapa harganya?"

Ajaib : Bayi hidup semula dalam pelukan ibu

Pelik tapi benar. Seolah-olah mustahil bayi yang telah disahkan mati, tiba-tiba kembali bernafas dalam pelukan ibunya. Sama ada kesilapan doktor yang mengesahkan atau kehendak Allah yang menghendaki sedemikian. Tiada yang Mustahil bagi Allah Yang Maha Berkuasa......Abu Aqil

---------------------------------------------------------

GAMBAR menunjukkan Kate dengan anak lelakinya yang didakwa mati pada satu program televisyen di Australia baru-baru ini.


SYDNEY - Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.
Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit.
Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.

Benci Islam Bertukar Cinta

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Kaya. Siapa sangka seorang anti-Islam akhirnya memilih Islam sebagai cara hidup. Teringatkan kisah Islamnya saidina Umar bin al-Khattab bila membaca kisah ini......Abu Aqil

-------------------------


DAN mereka tidak sekali-kali berhenti memerangi kamu sehingga mereka dapat mengembalikan kamu daripada agama kamu (kepada kekafiran). (al-Baqarah: 217)

Kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka. (al-Baqarah: 120)

Maka ini tidak menghairankan apabila sehingga hari ini umat Islam sentiasa dicabar dan tercabar dek pelbagai tindak tanduk Barat yang tidak pernah senang dengan Islam.

Bagi mereka tidak ada sisi yang positif dan baik kecuali yang hitam dan gelap sahaja mengenai Islam.
Justeru, menghapuskan Islam adalah satu agenda dan matlamat yang dilancarkan dalam apa juga bentuk.

Daripada soal yang remeh termasuk purdah, janggut, menara masjid, azan dan sebagainya lagi mereka jadikan isu dan polemik.

Ini sebagaimana yang menjadi misi dan visi kepada ahli politik Switzerland, Daniel Streich (gambar) yang mencipta populariti murahan supaya negaranya bersih daripada sebarang binaan suci yang bernama masjid.

26 Ogos, 2010

Pekerja Filipina Akhirnya Masuk Islam

Pintu Masuk ke Mekah

Marion, seorang pemuda berasal dari Filipina berusia 46 tahun, telah tinggal di daerah Mekkah Tanim, yang jaraknya hanya beberapa meter dari perbatasan wilayah Haram, setelah ia tiba dari UK hampir lima bulan yang lalu.
Tempat tinggalnya sangat dekat dengan daerah Haram, dimana bukan Islam tidak dibenarkan masuk, namun hal itu telah memberinya inspirasi untuk memeluk Islam.
Kurang dari setengah tahun waktu yang cukup untuk Marion mendapat petunjuk. Dia mulai belajar tentang Islam dan mengucapkan selamat tinggal kepada agama lamanya, yang telah ia anuti selama lebih dari empat dekad.

25 Ogos, 2010

Masa Terbaik Untuk Berhenti Merokok

JIKA bagi wanita, kedatangan bulan puasa masa paling baik untuk mula berdiet, berbeza pula lelaki yang lebih kepada untuk berhenti merokok.

Tapi untuk menghilangkan tabiat merokok bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi jika rokok sudah menjadi teman sejati sejak sekian lama.

Menurut Dr. Azrul Rozaiman Abdullah dari Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi, Selangor, perokok terbahagi kepada beberapa kategori dan ini ditentukan menerusi satu ujian yang dinamakan Fagerstrom test for Nicotine Dependence.

"Secara umumnya, ketagihan ada empat kategori iaitu rendah, rendah hingga sederhana, sederhana dan ketagihan tinggi.

Kakitangan Kerajaan Dapat Duit Raya RM500


Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500.

Dalam satu kenyataan hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.
 

Soalan Percubaan b. Arab PMR Negeri Pahang

Berikut adalah link untuk muat turun soalan bahasa arab PMR iaitu soalan percubaan Negeri Pahang untuk latih tubi anda.

sila KLIK SINI untuk muat turun.

kredit kepada Ustazah Seri kenanga Juwit kerana sudi share soalan ini. JAZAKALLAH.

Semoga Bermanfaat untuk semua.

24 Ogos, 2010

Minuman Bertenaga Tidak Sesuai Untuk Berbuka Puasa

JEDDAH: Memang benar selepas berpuasa sepanjang hari dan berbuka, seseorang akan merasa lemah dan mengantuk.

Ramai di kalangan remaja di Arab Saudi dikatakan mengambil minuman yang boleh mengembalikan tenaga bagi meningkatkan kecergasan mereka untuk kegiatan malam Ramadan, termasuk berjaga hingga sahur dan waktu subuh.

Bagaimanapun, pakar pemakanan menasihatkan supaya tidak minum minuman seumpama itu kerana selepas berpuasa, badan memerlukan cecair untuk membersih dan mengembalikan kecergasan serta mengimbangkan tahap gula dalam darah. “Minum minuman bertenaga yang mengandungi kadar gula dan kafein yang tinggi boleh menjejaskan kesihatan,” kata Dr Khalid Madani, pakar pemakanan di Jabatan Pemakanan, Kementerian Kesihatan Arab Saudi. – Agensi


Kesilapan-kesilapan Dalam Bulan Ramadan


Oleh : Zaharuddin  Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

23 Ogos, 2010

Sara Phang dan Balqis Elaine: Demi Islam, Sanggup Dihalau Dari Rumah

Sara Phang (kiri) dan Elaine Balqis ketika menceritakan pengalaman memeluk Islam.

KUALA LUMPUR (voa-islam.com) – Ketika hidayah datang, tak satupun orang yang sanggup merintanginya. Godaan duniawi tidak mampu  mengeluarkan iman para muallaf yang sudah tertanam iman dan Islam di dadanya. Setelah menemukan hidayah Ilahi, dua gadis, Siti Sara Phang Abdullah dan Nur Balqis Elaine teguh dalam Islam. Imannya tak goyah, meski dengan ujian yang berat hingga terusir dari rumah Di bulan Ramadan ini, kedua muallaf belia ini sangat bersemangat menjalani puasa.

Berpakaian sederhana, kedua gadis belia ini muncul di tengah khalayak di Perkim dalam acara buka puasa untuk para muallaf. Acara itu diselenggarakan oleh sebuah organisasi kesejahteraan Islam yang didirikan untuk membantu para muallaf supaya dapat membiasakan diri dengan kehidupan baru mereka sebagai Muslim.

Dibesarkan dalam keluarga Kristian Protestan, awalnya Sara Phang terpesona oleh budaya Islam. Gadis berusia 19 tahun ini terpikat dengan busana muslimah seperti jilbab. Sara juga mengagumi aktiviti teman-temannya yang Muslimah yang sangat beragama, di mana mereka senantiasa melantunkan doa dalam setiap aktiviti, seperti berdoa sebelum dan sesudah makan, berdoa sebelum masuk ke kamar mandi, dll.

22 Ogos, 2010

Contoh karangan ( insyak) : هوايتي (hobi saya)

Berikut adalah contoh insyak ( karangan) bertajuk 'hobi saya' untuk dimanfaatkan oleh calon PMR 2010. Anda boleh menghafal karangan ini untuk membiasakan diri dengan karangan (insyak) dalam Bahasa Arab. Semoga bermanfaat untuk anda.

Sila klik kiri pada imej di bawah untuk lebih jelas dan besar, kemudian klik kanan dan klik 'save image as' untuk disimpan.








Soalan B. Arab PMR Percubaan Negeri Melaka



Berikut adalah link untuk muat turun soalan bahasa arab PMR iaitu soalan percubaan Negeri Melaka untuk latih tubi anda.

sila KLIK SINI untuk muat turun.

kredit kepada Ustaz Idhar KK kerana sudi share soalan ini. JAZAKALLAH.

Semoga Bermanfaat untuk semua.

Kisah Bumi Memuntahkan Jenazah Orang Murtad


Abu Aqil Adnan

Kisah ini terjadi pada zaman Rasulullah saw sebagai pengajaran dan tanda kekuasaan Allah SWT.
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, berkata:

Di antara kami ada seorang lelaki dari Bani Najjar yang beragama Nasrani, dia telah membaca surah Al Baqarah dan surah Ali-Imran serta selalu menulis untuk Rasulullah Saw. Kemudian dia melarikan diri untuk bersama-sama ahli kitab.

Anas berkata:'Ahli kitab menyanjungnya'

Mereka ( ahli Kitab) berkata: 'Lelaki ini telah menulis untuk Muhammad menyebabkan mereka mengaguminya'.

Setelah beberapa ketika bersama-sama ahli kitab, laki-laki tersebut meninggal dunia.

21 Ogos, 2010

Cerita Lawak Bulan Puasa


Suatu hari di bulan puasa...
Jam telah menunjukkan 1 tengah hari. Kaki2  tak berpuasa mula mengerumuni kedai Pak Dol yg terkenal dengan pekak badak. Memang sudah menjadi rutin tahunan kedainya memang tak menang tangan bila menjelang bulan puasa. Pinggan yg belum basuh mula menimbun di sinki dan sesudah melayan pelaggan untuk mengambil nasi Pak Dol pon mula ke sinki untuk membasuh pinggan.
Tiba2 kedainya diserbu oleh Majlis Agama dan terus mengarahkan semua pelanggan ke satu sudut sambil memegang pinggan makan masing2. Pak Dol yang masih khusyuk membasuh pinggan tidak perasan yang gerainya sedang diserbu.
Kemudian ketua Majlis Agama yang berserban menepuk bahu Pak Dol sambil berkata "Minta I/C'.
Pak Dol pun cepat2 membersih tangannya dan ke terus meja lauk mengambil pinggan dan terus mengisi nasi. Dalam tersengih2 dia pun berkata "ai.. Pak Haji pon tak pose ke?..
Pak Haji yang masih dalam keadaan bingung tersentak."Aku bukan nak nasi... aku nak I/C" pekiknya..
Serentak dengan tu pelanggan yang mulanya ketakutan ditangkap ketawa terkekeh-kekeh melihat gelagat Pak Dol.

Ramadan : Puasa Lidah


Lidah merupakan seketul daging yang amat sukar dikawal. lidah dapat merosakkan puasa seseorang. Kerana lidah yang tidak dikawal boleh menyebabkan seseorang itu tidak mendapat balasan pahala melainkan hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata. ِAlangkah ruginya kita sekiranya tiada ganjaran untuk penat letih  dan berlapar sehari suntuk.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

 “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini” (al-Bukhari dan Muslim)

Kisah Islamnya Saidina Umar bin al-Khattab

Abu Aqil Adnan

Saidina Umar bin al-Khattab memeluk Islam pada bulan Zulhijjah tahun keenam kenabian iaitu tiga hari selepas Saidina Hamzah memeluk Islam.

Sebelum itu Rasulullah saw berdoa dengan bersabda :

Ya Allah, kukuhkanlah Islam dengan salah seorang yang paling engkau cintai iaitu Umar bin al-Khattab atau Abu jahal bin Hisyam.(al-Tirmizi dan al-Tabaraniy)

Umar yang terkenal dengan sifat tegas dan bengis keluar pada satu hari dengan membawa pedang untuk menamatkan riwayat Nabi saw. Dalam perjalanan beliau bertemu dengan Nuaim bin Abdullah iaitu lelaki dari keturunan Bani Zuhrah.

Nuaim bertanya : Engkau nak ke mana  wahai Umar?

Aku hendak menghapuskan  Muhammad. Jawab Umar.

Apa yang dapat menjamin keamanan dirimu dari pembalasan Bani Hasyim dan Bani Zuhrah jika engkau membunuh Muhammad.

20 Ogos, 2010

Seminggu Ramadhan, 200 Orang Masuk Islam di Kuwait

Komite Pengenalan Islam di Kuwait dalam laporan terbarunya menyatakan bahwa selama minggu pertama Ramadhan tahun ini sudah 200 orang dari berbagai bangsa masuk Islam lewat kantor mereka.
Kantor berita Kuwait mengutip pernyataan Komite pengenalan Islam Kuwait yang menyatakan: "Jumlah orang yang telah menyatakan masuk Islam sejak pembentukan Komite, sejauh ini sebesar 50 ribu orang," tercatat bahwa Komite telah lebih dari delapan puluh berdakwah mengenalkan Islam dengan berbagai bahasa di dunia serta keberadaannya telah ada lebih dari 15 cabang dari berbagai bidang di Kuwait .
Komite mengatakan dalam sebuah pernyataan bahwa tujuan organisasi mereka adalah untuk mengundang dan mengajak berdialog non Islam untuk dikenalkan dan diajarkan tentang bahasa Arab dan Islam.
Komite juga menyatakan adanya kesedaran dan dukungan yang baik dari pemerintah dalam menghadapi meningkatnya permintaan orang yang ingin masuk Islam pada bulan suci Ramadhan kali ini.(fq/imo)

Contoh karangan ( insyak) : أحب اللغة العربية (Saya Cintakan B. Arab)

Berikut adalah contoh insyak ( karangan) bertajuk 'saya cintakan Bahasa Arab' untuk dimanfaatkan oleh calon PMR 2010. Anda boleh menghafal karangan ini untuk membiasakan diri dengan karangan (insyak) dalam Bahasa Arab. Semoga bermanfaat untuk anda.

Sila klik kiri pada imej di bawah untuk lebih jelas dan besar, kemudian klik kanan dan klik 'save image as' untuk disimpan.



Soalan B. Arab PMR Pra Percubaan Negeri Melaka

Berikut adalah link untuk muat turun soalan bahasa arab PMR iaitu soalan pra percubaan Negeri Melaka untuk latih tubi anda.

sila KLIK SINI untuk muat turun.

kredit kepada Ustaz Idhar KK kerana sudi share soalan ini. JAZAKALLAH.

Semoga Bermanfaat untuk semua.

Wanita Islam saman Disneyland



Imane Boudlal

LOS ANGELES 19 Ogos - Seorang wanita Islam memfailkan saman ke atas Disneyland yang didakwa melakukan diskriminasi kerana tidak membenarkannya melayan pelanggan kerana memakai tudung.

Jurucakap kesatuan sekerja UNITE HERE Local 11, Leigh Shelton berkata, Imane Boudlal, 26, beberapa bulan lalu meminta kebenaran majikan di Grand Californian Hotel milik Disneyland untuk memakai tudung semasa bertugas sebagai pelayan.

Jelasnya, disebabkan tiada jawapan diterima, Boudlal memutuskan untuk memakai saja pakaian menutup aurat itu sejak bermulanya Ramadan baru-baru ini.

"Disney memberitahu Boudlal sekiranya dia mahu bekerja sebagai pelayan, hijab tidak boleh dipakai kerana tidak mematuhi cara berpakaian 'Disney Look'.
"Syarikat kemudian menasihatkan Boudlal enggan membuka tudung, dia boleh bekerja di bahagian belakang yang tidak dilihat orang ataupun pulang saja ke rumah," kata Shelton dalam satu kenyataan.

Boudlal tidak mahu menuruti syarat tersebut dan membawa kes itu ke Suruhanjaya Kesamaan Peluang AS, agensi persekutuan yang mengendalikan dakwaan diskriminasi di tempat kerja.

"Tawaran mereka meletakkan saya di bahagian belakang adalah memalukan. Mereka seolah mengatakan oleh kerana saya Arab dari Maghribi dan beragama Islam, mereka tidak mahu melihat saya berada di depan," kata Boudlal dalam satu kenyataan.

Timbalan Pengarah Eksekutifnya, Ameena Mirza Qazi yang juga peguam kumpulan itu berkata, tiada alasan untuk Disney tidak membenarkan Boudlal memakai tudung di tempat kerja. - AFP

sumber 

19 Ogos, 2010

Kisah Kembara Salman al-Farisy Mencari kebenaran


Sesungguhnya sesiapa yang mencari kebenaran, pasti akan menemuinya. Kisah ini adalah kisah benar pengalaman seorang manusia mencari agama yang benar (hak), iaitu pengalaman SALMAN AL FARISY seorang sahabat Rasulullah saw yang utama.

Marilah kita semak Salman menceritakan pengalamannya selama mengembara mencari agama yang hak itu. Dengan ingatannya yang kuat, ceritanya lebih lengkap, terperinci dan lebih terpercaya.

Dari Abdullah bin Abbas Radliyallahu ‘Anhuma berkata, “Salman al-Farisi Radliyallahu ‘Anhu menceritakan biografinya kepadaku dari mulutnya sendiri. Kata Salman, “Saya pemuda Parsi, penduduk kota Isfahan, berasal dari desa Jayyan. Bapa saya pemimpin Desa. Orang terkaya dan berkedudukan tinggi di situ. Saya adalah insan yang paling disayangi ayah sejak saya lahir. Kesayangan beliau semakin bertambah besar sejalan dengan pertumbuhan diri saya, sehingga kerana teramat sayang, saya dibela di rumah seperti anak gadis.

Saya membaktikan diri dalam agama Majusi (yang dianut ayah dan bangsa saya). Saya diangkat menjadi penjaga api yang kami sembah, dengan tugas menjaga api itu supaya menyala siang malam dan agar jangan padam walau pun agak sejenak.

Related Posts with Thumbnails
 
Share